• 012 •

69 36 1
                                    

Bunyi tarikan bangku membuatkan Yoorin terdongak. Telefon yang sibuk dilayan dari awal dia datang ke cafe itu disorok di dalam poket.

"Selamat pagi." ucap Wonwoo mesra.

Sememangnya Wonwoo telah mengajak Yoorin menemuinya pada awal pagi di sebuah cafe yang dijanjikan.

Yoorin menundukkan sedikit kepalanya tanda membalas ucapan Wonwoo tadi.

Dipanggil pelayan cafe untuk membuat pesanan sebaik sahaja Wonwoo melabuhkan punggungnya.

"Awak nak pesan apa-apa tak?" soal Wonwoo sebagai tawarannya untuk belanja Yoorin sarapan pada pagi itu.

"Tak nak la." tolak Yoorin lembut.

Mendengar jawapan Yoorin tadi, pelayan di cafe tersebut terus pergi meninggalkan Yoorin dan Wonwoo.

"Yoorin, saya nak tanya sikit boleh?"

"Nak tanya? Pasal apa?"

"Sampai bila agaknya awak nak tinggal dekat rumah Jungkook?"

"Sampai saya dapat kerja baru. Lagipun, saya baru kena buang kerja." jawab Yoorin selamba, tanpa segan-silu.

Wonwoo tersenyum sendiri. "Okey. Faham." Wonwoo mengangguk sekali.

"Apa?" Yoorin berkerut dahi.

"Okey la, macam ni la. Kalau saya bagi awak kerja baru dengan rumah sekali, awak nak?"

"Tak nak." Yoorin menggeleng laju.

Memang tidak lah dia bersetuju dengan tawaran Wonwoo itu. Masih banyak lagi bukti yang perlu dikutipnya selagi dia tidak dihalau dari rumah Jungkook.

"Kenapa?"

"Jungkook suruh saya jaga Junnie, budak kecil yang dia bawa balik rumah tu."

"Sampai bila awak nak jaga budak tu?"

"Mungkin sampai bila-bila."

Jawapan ringkas daripada Yoorin tadi sudah cukup memberi satu kejutan istimewa kepada Wonwoo. Lelaki berumur separa 30 tahun itu mendengus geram.

"Budak ni memang cari masalah la." monolog Wonwoo perlahan.

****

Langkah Yoorin perlahan memasuki ke dalam kawasan rumah Jungkook. Setelah mengahabiskan masa selama 20 minit di cafe, gadis itu membuat keputusan untuk pulang sendiri ke rumah.

Menyedari pintu kereta milik Jungkook terbuka luas menjadikan Yoorin menuju pada kereta yang terparking di tepi rumah.

Terdapat dua buah beg yang tersumbat pada tempat duduk di belakang kereta menyakinkan Yoorin lagi bahawa tuan beg tersebut ialah Yejun dan Jungkook.

"Nak pergi mana diorang ni?" soal Yoorin sendiri.

"Nak pergi pantai." Jungkook yang mendengar monolog Yoorin tadi menjawab.

Yoorin menoleh ke belakang, melihat sebuah kotak sedang diangkat oleh Jungkook untuk dimasukkan ke dalam bonet kereta.

"Perghh, pergi pantai tak pelawa orang sebelah ni kan." Yoorin memuncungkan mulutnya ala-ala merajuk.

"Elehh, orang tu yang keluar tak nak ajak kita." sampuk Yejun selamba bersama lollipop di mulut.

Pintu kereta dibuka sebelum budak kecil itu memilih untuk duduk di seat hadapan kereta.

"Cepat siap. Lebih lima minit tinggal." pesan Jungkook.

Kelam-kabut Yoorin melangkah laju masuk ke dalam bilik untuk bersiap mengikut masa yang ditetapkan.

Mnemophobia + jjkWhere stories live. Discover now