Bab 1

18.8K 553 28
                                    

"Jangan tinggalkan daku Umairah Nasuha !!! Sesungguhnya aku mencintaimu!!!," kata seorang lelaki kacak dan tampan. Tangannya seolah olah mahu menghalang wanita di hadapannya pergi. Berlatar belakangkan Pantai di waktu petang. Sungguh romantik!!

"Awak!!! Awak tipu!! Awak lebih sukakan Raina dari saya.. Pergi !! Pergi!!," Umairah bersuara. Air mata bergenang. Sungguh tak sangka lelaki yang dicintai telah bermain kayu tiga. Ohh sedih.

"Tidak Umairah... Cinta saya pada awak tiada tolak bandingnya..," kata lelaki itu seraya menghampiri Umairah. Dia tersenyum.

"Apa buktinya?, " soal Umairah kembali. Matanya merah. Hidungnya merah. Muka pun dah merah. Semua lah merah.

"Nak bukti?," lelaki itu tersenyum manis menampakkan lesung pipitnya. Memang tak boleh sekali pandang!!

Umairah kekal membisu. Namun, tiba tiba lelaki itu melutut di hadapannya. Umairah tergamam. Dia menutup mulutnya yang ternganga luas.

Cliche seperti drama lain. Lelaki itu menyeluk poket seluarnya dan mengeluarkan satu kotak berbentuk love. Lalu dibuka.

Umairah masih terkejut. Kini terlihat sebentuk cincin emas putih yang amat cantik dihadapannya.

"Will you marry me?, " soal lelaki itu. Umairah masih tidak boleh menuturkan sebarang kata. Terkelu lidah agaknya.

"I want to live with you till we old... I love you Umairah Nasuha Binti Azizul Hasni..," lelaki itu tersenyum manis. Dia memaparkan muka yang mengharap.

"Yes or no?,"

"Yee.. Yes....,"

"UMAIRAH!!!!," tiba tiba kedengaran satu jeritan. Kedua mereka berpaling ke arahnya.
Umairah terkejut. Matanya terbuntang.

"Mairah!  Mairah!,"

"UMAIRAH NASUHA BINTI AZIZUL HASNI!!!, "

KEDEBUK!!!

"Jangan pergi !!! Jangan pergi!! Oh Rayyan!!," Umairah berguling di atas lantai biliknya. Tangannya tergapai gapai ke atas. Ish ish dah jatuh pun mengigau lagi.

"Ya Allah Ya Tuhanku!!! Mengigau siang hari budak ni... Bangunlah!!! Tolong Ibu kat dapur," kata Puan Suraya. Ibu kepada Umairah.

"Erhh.... Wuarrghh!!!  Ibu ni kacaulah!! Rayyan baru je lamar adik tau!!, " aku mencebik. Kacau je pagi pagi ni.

"Hahahahah!!!  Rayyan lamar adik? Jangan mimpilah dik..," abang yang tiba tiba lalu di hadapan pintu bilik terus ketawakan aku. Ish mamat ni tak sedar diri... Dasar umur 20-an tidak ada yang mahu!!  Forever alone !

"Memang dah mimpi pun," aku menjawab. Tidak endah dengan cemuhan dari abangku.

"Eh.. Sudahlah macam budak budak.. Itulah ibu dah pesan.. Lepas subuh.... Jangan tii?, "

"Durrr.... Hehehehe.. adik bukan nak tidur... Tertidurlah Ibu..," aku mengenyitkan sebelah mata.

"Alasan..," Abang jalan meninggalkan bilikku. Eleh dia ni. Menyibuk je. Shooh sana jauh jauh.

"Dah jom tolong Ibu masak!!," kata Ibu seraya bangun dan berjalan keluar.

"Baik Ibu!!, " aku memaniskan senyuman. Tiba tiba teringat mimpi pasal Rayyan tadi. Kikikikiki... Esok nak cerita dekat Oreo ah!!

"Berangan apa lagi tu ??,"

"Ye Ibu!!!, "

..........

"Ibu!!!!!  Kunyit habislah!!, " aku menjerit. Saja nak jerit padahal bukan jauh pun dengan ibu. Dekat bebenor. Memang perangai aku macam ni... Kalau boleh nak bagi satu Taman dengar.

Murid Itu Crush Aku (Completed ✅✅)Where stories live. Discover now