Bab 12

6.3K 335 14
                                    

"Ya Allah !!!! Banyaknya kerja sekolah !!!," Oreo berkata. Kepalanya diletakkan di atas meja. Aku tergelak kecil.

"Well... Biasalah.. Budak sekolah nak cuti mesti banyak kerja sekolah," aku cuba memujuk. Minggu ni minggu terakhir sekolah. Masuk minggu ni... Dah dua minggu aku tak jumpa atau bercakap dengan Rayyan. Majlis watikah pengawas lepas cuti.

Aku mengeluh sambil menyandarkan diri di kerusi milik sekolah. Aku memejamkan mata sebentar.

"Dua minggu lagi kamu kahwin !!!!!,"

'Kahwin ?,' hatiku terdetik. Siapa yang mahu kahwin umur muda macam ni.

"Oii !!! Mairah...," kedengaran Oreo memanggilku. Ah !! Kacau je orang tengah fikir tentang perkara yang penting. Kahwin ni kalau boleh dengan orang tu je sampai mati !!

"Mairah !!!," aku membuka mata. Serta mata jantung berdegup laju mata terbuntang.

Kelihatan wajah Rayyan betul betul depan muka aku. Terus aku terkenangkan peristiwa lepas. Aku cepat cepat membetulkan kedudukan. Muka aku merah menahan malu atau barangkali aku rasa marah ?

"Rayyan !!!,"

"Ya saya," seperti biasa senyuman diberikan. Namun hairan, kali ni hatiku sudah tidak seperti dulu. Adakah aku sudah tawar hati ?

"Erm kenapa awak kata sini ?," aku tanya selamba. Rayyan seperti perasan akan perubahan nada suaraku. Dahulu suara aku mesti kedengaran ceria bila jumpa dia. Tapi sekarang suara aku selamba dan tidak berperasaan.

"Tak... Saya just nak bagi benda ni... Take care cuti nanti... Ingat saya tau," satu dikenyitkan kepadaku. Satu kotak sederhana besar berwarna hitam dihulur Aku membalas dengan senyuman.

"Apa ni ?,"

"Awak akan tahu nanti... Surprise !!," kata Rayyan. Aku senyum senget. Entah apalah mamat ni bagi.

Satu kelas memandang tepat ke arah kami. Oreo hanya diam dan tidak menyampuk. Limah pula tidak habis habis tergelak. Sehinggalah semuanya senyap sepi.

"Well.... Kamu tak nak bagi saya surpise sekali ke ?," kedengaran satu suara. Kami berdua menoleh ke depan. Patutlah senyap !!! Hantu tu dah muncul !!!! Hantu baju putih.

"Er.. Cikgu," Rayyan memberi senyuman. Kotak yang diberi Rayyan segera aku simpan. Ekor mata Cikgu Fahrezzi memerhati tajam.

"Kenapa budak tingkatan 6 atas boleh ada kat sini ? Boleh saya tahu urusan kamu ke sini ?," cikgu Fahrezzi menyoal serius. Tangan disilangkan. Wajahnya serius memandang tepat wajah Rayyan. Serius, aku tak pernah tengok cikgu serius macam tu. Marah ke ?

"Erm... Cikgu saya cuma nak bagi maklumat tentang watikah perlantikan sebelum cuti... Saya nak ingatkan Mairah itu aje..," Rayyan ternyata berbohong. Cikgu memandang aku. Aku menelan air liur. Aku tidak suka berbohong, tapi jika aku berkata benar... Mungkin Rayyan akan dikenakan tindakan. Lebih teruk mungkin kotak yang diberi akan dibuka sekarang.

"Mairah.. Betul ke ?," Cikgu melihat ke arahku. Aku teragak agak. Rayyan memandangku dengan wajah simpati.

"Er....," aku tidak tahu. Otak aku masih berfikir akan kesan disebalik dua jawapan. Ya atau tak.

"Mairah !!! Saya tanya ni !!!!!," tiba tiba suara cikgu meninggi. Satu kelas diam membisu. Aku juga tersentak.

"Ya !! Ya Cikgu betul !!!," aku berkata dengan mata terpejam. Cikgu memandang aku dengan wajah yang tidak percaya. Gigi sendiri dia ketap.

"Baik... Kalau macam tu awak boleh pergi.. Pergi masuk kelas !!! Sedar diri tu sikit !!!," kata Cikgu Fahrezzi. Rayyan tersentak. Langkahnya menuju ke arah Cikgu. Tangan dihulur untuk bersalaman. Cikgu memandang panas murid di depannya.

Murid Itu Crush Aku (Completed ✅✅)Where stories live. Discover now