Bab 43

3.8K 278 29
                                    

Aku tergamam di mana aku berada. Darah. Darah di mana mana. Nafas Faz juga naik turun melihat apa yang terjadi. Dengan sekelip mata, Helena rebah dengan darah yang mengalir ke lantai. Pistol yang dipegang jatuh ke lantai. Dia bagaikan ingin menjerit namun tidak lagi sedarkan diri.

Aku terkesima. Dia... Masih hidup kan ? Dengan menggunakan sebelah kaki lagi aku menjauhkan diri darinya.

Kedua lelaki itu bagaikan panik dan segera melihat sekeliling rumah.

"Siapa tu??!!! Kalau korang datang aku tem...,"

PONG !!!

"FAN !!!!," jerit lelaki berbadan besar.

"Jahanam !!!!," lelaki itu beroaling dan menembak secara rawak ke luar. Sebelum dirinya juga ditembak. Tepat pada dadanya. Lelaki berbadan besar tidak sedarkan diri. Dia... pun tak mati kan ?

Dengan itu, segerombolan polis berpakaian sut lengkap datang menggeledah rumah itu. Tiga orang dari mereka datang ke arah kami dan segera membuka ikatan.

"Erghh... Arrghh !!," Faz mengaduh.

"Tangan abang cedera ke ?," soal aku dengan segera. Dia tidak berkata apa. Tanpa dipinta, dia terus memeluk aku. Mukaku hampir memerah.

"Syukurlah kita selamat... Saya tak boleh bayangkan kalau apa apa jadi dekat awak," mukanya disembam ke bahuku. Air mata syukur mengalir dari mata lelaki itu. Aku juga turut memeluk kembali. Air mata bergelinangan.

"Terima kasih... Sebab sentiasa ada dengan saya," balas aku. Kami berdua berpelukan meluahkan segala rasa. Takut, risau, bimbang dan marah. Tapi rasa sayang dan syukur mengatasi segalanya.

Ya Allah.. Terima kasih kerana masih beri aku peluang untuk hidup. Peluang untuk aku beribadah dan taat pada suamiku serta melayaninya dengan lebih baik.

Terima kasih ya Allah... Kerana dah beri jodoh yang terbaik buat aku. Jodoh yang aku yakin.. Akan bersama aku di dunia dan diakhirat.

............

Setelah semua selesai, kami diiringi keluar dari hutan tebal itu. Katanya, Helena masih lagi hidup namun mengalami kecedaraan serius akibat tembakan yang hampir mengenai jantungnya. Lelaki yang bernama Fan ditembak kedua bahunya. Manakala lelaki yang seorang lagi maut ditembak.

Kaki aku mungkin patah namun harus diperiksa di hospital. Tangan Cikgu masih kekal terseliuh namun dengan lebih teruk dari keadaan sebelumnya. Sudahlah itu tangan yang sama dia ditembak dahulu. Dia nak angkat tangan pun dah tak boleh akibat sakit yang amat.

Aku dapat pengalaman yang berbeza setelah kahwin. Hidup bagai bertukar 360°. Semua yang aku lihat semata mata di kaca tv atau hidup orang lain kini berlaku di hadapan mata aku. Melihat orang ditembak mati di depan mata bukanlah pengalaman yang menyeronokkan.

Akan tetapi aku redha kerana aku tahu. Allah uji kerana Allah sayang. Malah, ujian aku ini kecil berbanding ujian orang lain di luar sana. Ya Allah.. Lindungilah kami semua dari bala dan bencana. Sesungguhnya kau maha pengasih lagi maha mengasihani.

Tapi.... Ada satu lagi yang tak lengkap.

...............

Kami tiba di tapak perkhemahan. Semua orang dikumpulkan ke dewan. Kami tidak ke dewan, namun ke kawasan khas untuk diperiksa jabatan kesihatan yang datang dengan ambulans.

Polis wanita yang mengandong aku meletakkan aku dengan perlahan lahan. Kami berbalas senyuman dan dia duduk untuk menemani aku. Faz pula duduk agak jauh dengan aku. Kejadian ni jadikan aku tak nak berenggang pula dengan dia. Eiii gediknya aku.

"MAIRAH !!!!!," dari jauh kedengaran suara seseorang. Suara yang aku tunggu tunggu. Suara sahabat susah senang yang sentiasa bersama aku.

"OREO!!," bagaikan pertemuan jejak kasih. Dia terus datang memeluk aku. Dia menangis teresak esak.

Murid Itu Crush Aku (Completed ✅✅)Donde viven las historias. Descúbrelo ahora