🌱4

763 83 3
                                    

••▪▪☆☆☆▪▪••======

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

••☆☆☆▪▪••
======

Mata kami saling bertentangan.

Dia melemparkan senyuman yang sudah lama aku tidak lihat.

Tubuh aku membeku tidak tahu nak buat apa.

Kami saling bertentangan mata selama beberapa saat.

"A-A-Awak nak apa?" Perlahan sahaja suaraku ketika menyoalnya.

"Maafkan saya. Saya lupa nak ambil topi saya" katanya yang masih merenung mata aku.

Aku memandang sekeliling bilik latihan itu.

Ada topi hitan di sudut bilik.

Aku kembali memandangnya.

"A-Ambillah" kataku sambil melemparkan senyuman yang kekok.

"Terima kasih" ucapnya lalu berlari kecil ke arah topinya.

Mata aku hanya memandangnya.

Aku berharap sangat tak nak cakap benda ni, tapi aku terpaksa.

Aku...

Rindukan dia.

-

Aku pandang satu per satu wajah peserta yang berdiri di depan aku.

Wajah mereka menunjukkan mereka rasa sangat gementar.

Siapa je yang tidak gementar menanti keputusan tentang diri mereka dapat debut atau tidak.

Tetapi.

Kebanyakkan pelatih di situ, Hyunjae juga menjadi tatapan aku.

Aku betul-betul rindukan dia.

Tapi, aku perlu buang perasaan tu juga.

Aku dah janji pada diri aku yang aku takkan sukakan Hyunjae.

Aku takkan suka dia.

Aku takkan on crush terhadap dia.

Dan tidak membiarkan hati aku menerimanya dengan senang lenang.

Buat apa nak suka orang yang tidak pernah notice kita.

Betul bukan?

Benda tu semua hanya membuatkan hati aku sakit je.

"Sebelum itu Taniah atas usaha kamu sumua. Sila beri tepukan pada diri anda."

👏

"Seperti mana yang kamu semua tahu, Dreamlike Entertainment ingin debutkan seorang sahaja.

Jadi, jangan putus asa jika kamu tidak terpilih. Saya percaya dengan kebolehan awak semua, kamu akan berjaya mengejar impian kamu semua.

Sekarang saya akan umumkan pelatih yang dapat debut di bawah label Dreamlike Entertainment ini. Pelatih yang berjaya debut ialah...

Lee Jaehyun(Hyunjae)"

Aku melihat wajah Hyunjae yang terkejut selepas mendengar kenyataan yang diberitahu oleh Hana Unnie sebentar tadi.

Dia tersenyum lebar.

Bibir aku perlahan-lahan melemparkan senyuman.

"Kamsahamnida!" Hyunjae membongkokkan badannya kepada kami berdua.

Okey. Aku janggal sekarang ni.

Kita sebaya kot. Tak payahlah bongkok macam tu sekali.😟

Terasa jahat pulak disini.

Di sebabkan perasaan janggal menguasai diri aku, aku keluar dari bilik latihan itu sebelum suasana bertambah janggal.

-

Aku berdiri di depan Dreamlike menunggu manager Kim datang dengar van peribadi aku.

Mana manager Kim ni...

Aku tak sabar nak baring atas katil empuk aku ni.

"Mina"

Aku menoleh ke arah pemilik suara yang menyebut nama aku.

Oh?

"Maksud saya...Mina sunbaenim?" Sambungnya.

Dia melemparkan senyuman.

Okey. Aku cair sekarang ni.

Sabar Mina... kau kena bertahan dengan senjata senyuman dia tu.

Kau kena berlagak yang kau tak pernah simpan apa-apa perasaan terhadap dia.

"Hyun-Hyunjae. A-Awak nak apa?" Soalku gagap.

Macam mana aku boleh gagap ni?!😳

Aku Hwang Minalah!

Idol World Star! Idol yang boleh buat apa-apa sahaja!✊

Hyunjae tersenyum malu sambil mengosok tengkuknya.

Pose tu!

Pose yang membuat aku gila ketika waktu sekolah dulu!

"Terima kasih sebab terima saya sebagai sebahagian dari syarikat ni" ucap Hyunjae yang masih buat pose mengosok tengkuknya.

Okey Mina. Kau boleh atasinya!✊

Ehem! Ehem!

"Sama-sama. Memang awak layak untuk jadi sebahagian dari syarikat ni dengan kebolehan awak tu" kataku sambil cuba menampakkan diri aku seperti seorang yang profesional.

Hyunjae sekali lagi melemparkan senyuman.

Tolonglah...

Tolong berhenti senyum boleh tak!😣

Aku tak tahan.

Aku tersengeh apabila melihat van perbadi aku masuk ke dalam kawasan syarikat.

"Saya pergi dulu." Kataku pada Hyunjae.

"Baiklah. Harap kita boleh berjumpa lagi" ujar Hyunjae dengan berharap.

Jumpa lagi?

Aku harap kita tak perlu jumpa lagi.

Aku menunduk sedikit kepala aku kepada Hyunjae lalu masuk ke dalam van aku.

Hyunjae melambai tangan ke arah aku sebelum van bergerak.

Aku...

Rasa kesian pada dia.

Sebab dia berada di bawah aku walaupun kami sebaya.

Aku banyak kali melihat dia menyanyi dan menari.

Kenapa dia masih menjadi pelatih?

Dari pandangan aku, dengan kebolehan yang dia ada, dia layak untuk menjadi seperti aku.

Atau lebih daripada aku.

Aku pelik.

Aku pelik kenapa dia masih sedang mengejar impiannya?

Dia ada masalah yang aku tak tahu ke sebelum ni?😟

TBC

Meet Again || Hyunjae TBZWhere stories live. Discover now