🌾6

705 75 16
                                    

Tidurku di ganggu dengan bunyi bising.

Hari ni aku tiada sebarang aktiviti, jadi...

BAGILAH AKU TIDUR DENGAN AMAN!!!😣

Aku melihat jam di telefon aku.

Baru Pukul 6 pagi?!😮

Aku nak tidurlahhh😣

Apa yang diorang buat pagi-pagi ni?

Aku bangkit dari katil aku dengan sakit hatinya.

Aku memakai penutup mulut dan cermin mata bulat.

Aku berjalan ke pintu lalu membukanya.

Kelihatan banyak perabot di depan pintu aku

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Kelihatan banyak perabot di depan pintu aku.

Untuk pengetahuan semua aku tinggal di apartment.

Apartment aku di tingkat 4.

Setiap tingkat akan ada 2 rumah.

Kalau tengok semua barang tu, seperti ada orang baru pindah dekat depan rumah aku.

Aku hanya melihat mereka melakukan aktiviti mengangkat barang-barang.

"Tolong letak katil ni dalam bilik ni" suara seseorang menarik perhatian aku.

Seorang lelaki yang cukup kenal menjadi tatapan aku.

"Oh! Hyunjae?"

"Mina!"

Hyunjae datang ke arah aku.

"Awak tinggal dekat sini?" Soalnya.

"Nae."

"Wow! Tak sangka saya akan berjiran dengan awak!" Hyunjae menutup mulutnya terkejut.

"Hahaha....saya pun tak sangka..." gumamku.

"Saya kacau awak tidur ke?" Soalnya apabila perasan pakaian yang aku pakai.

"Ha? T-Tak...saya pun memang nak bangun. Hehehehe" bohongku.

"Ouh...emm..Awak sibuk ke hari ni?" Soalnya.

"Tak. Wae?"

"Saya ingatkan nak pergi makan. Awak nak sertai saya?"

Aku berfikir sejenak.

Dekat rumah aku tak ada makanan.

Elok sangatlah tu ada orang ajak makan.

"Boleh je. Saya pergi mandi sekejap"

-

Aku keluar dengan menutup mulutku dengan topeng mulut beserta cermin mata hitam bagi mengelak orang cam aku.

Aku dan Hyunjae berjalan kaki menunju ke kedai makan yang berdekatan.

"Wow. Saya tak percaya yang saya sedang berjalan dengan Top Idol Star" Hyunjae tersenyum kagum memandang aku di sebelahnya.

"Tak payahlah nak kagum sangat. Saya cuma orang biasa macam awak" balasku.

"Macam mana saya nak anggap awak macam orang biasa kalau gambar awak bersepah. Tengok dekat sana tu" Hyunjae menujuk ke arah gambar aku yang terpapar besar di badan bas.

Okey...aku tak tahu nak cakap apa.

"Emm...awak pergi malam ni?" Aku cuba mengubah topik.

"Malam ni? Ada apa malam ni?" Soal Hyunjae.

"Perjumpaan kelas"

"Ouhh...perjumpaan tu. Kalau tak ada halangan saya pergi. Awak?"

"Pergi. Emm..Hyunjae. Malam nanti awak naik je lah van dengan saya. Manager saya akan hantar saya ke sana" pelawaku.

"Boleh ke?"

"Boleh je."

"Terima kasih. Saya menyesal kerana tak mengenali awak lebih dalam dari dulu."

Baru sekarang kau nak menyesal Hyunjae?

Aku pun menyesal sebab menyimpan perasaan pada kau, Hyunjae.

"Sebenarnyakan, Mina. Saya pernah cuba nak mengenali awak dulu" beritahu Hyunjae.

Aku kembali memandangnya.

"Tapi saya takut nak dekat dengan awak sebab awak selalu diam. Saya ingat awak suka bersendirian. Sebab tu saya batal niat saya untuk mengenali awak lebih dalam"

Aku suka bersendirian?

Hahahah..itu benda paling kelakar yang pernah aku dengar.

"Mina" panggil Hyunjae.

Aku memandang tepat ke arah matanya.

"Saya sebenarnya..."







TBC
Maaf kalau bahagian ni bosan

Meet Again || Hyunjae TBZWhere stories live. Discover now