🌾8

643 78 2
                                    

Van aku menuju ke stesen rakaman Music Bank di KBS.

Pada awal-awal pagi, sudah ramai peminat dari pelbagai group berkumpul di depan bangunan KBS.

Sebaik sahaja aku melangkah keluar dari van itu, ramai orang menjerit memanggil nama aku.

Flash kamera tidak habis-habis menyala.

Aku berhenti di tengah-tengah kawasan itu untuk mengambil gambar.

"Senyum" arah salah seorang jurukamera.

"Free style" aku menunjuk mini love ke arah kamera.

"Mina, awak boleh gerak" arah Manager Kim.

Aku menganggukan kepala lalu sambung berjalan masuk ke dalam bangunan KBS itu.

Aku juga sempat mengambil surat dan hadiah yang di beri oleh peminat.

---

Bomin: Hari ni kita ada penyanyi yang membuat kemunculan semula selepas lama berehat. Dia ialah...

Bo&Ye: Hwang Mina!

Yeeun: Silakan.

"Annyeonghasaeyo, Hwang Mina imnida" sapaku pada kamera.

Bomin: Woah! Saya tak sangka saya akan jumpa dengan Mina Sunbaenim di sini. Saya peminat sunbaenim

"Kamsahamnida...saya pun minat awak juga. Without you~"

Bomin: woah!!👏

Aku tergelak kecil melihat riaksi dia.

Yeeun: Mina-ssi. Sila perkenalkan lagu anda untuk kemunculan semula ni

"Baiklah. Tajuk Lagu saya untuk kemunculan semula ni adalah Find Me. Lagu ini mengisahkan seorang yeoja menggunakan kecantikannya untuk menarik perhatian lelaki" terangku.

Bomin: wow!! Tak sabar saya nak tengok persembahan Sunbae.

Yeeun: Saya pun. Ouh ye. Syarikat Dreamlike telah mendebutkan seorang penyanyi solo iaitu Lee Hyunjae. Hari ni dia akan membuat persembahan untuk kali pertama di atas pentas MUSIC BANK. Boleh Mina-ssi memberi sedikit kata-kata semangat kepadanya sebagai Sunbae dia?

"Nae. Sudah tentu. Hyunjae-ssi jangan gementar dan buat yang terbaik. Fighting!!"

Ya Tuhan...kekoknya...🙈

---

Bilik menunggu.

"Mina-ssi, awak perlu ke pentas sekarang untuk penutup rancangan"

"Baiklah."

Aku memakai semula kasutku lalu keluar dari bilik menunggu aku.

Pada masa yang sama, Hyunjae yang berada di depan bilik aku juga turut keluar.

Dia melemparkan senyuman kepada aku.

Aku hanya balas dengan tundukkan kecil.

Kekoknyaaa..

Semua idol sudah bersedia di tepi pentas untuk menaiki pentas.

Aku perasan yang Hyunjae hanya mengikuti aku dari belakang.

Kadang-kadang aku rasa kesian juga sebab dia masih baru dalam dunia ni.

Persembahan terakhir iaitu group SF9 akhirnya telah berakhir.

Semua idol mula menaiki pentas.

Aku memandang Hyunjae yang keseorangan di belakang.

"Hyunjae, kajja" ajakku sambil menarik lengan bajunya.

Meet Again || Hyunjae TBZWhere stories live. Discover now