7

67.7K 863 265
                                    

Sejak akhir ni Zach selalu balik lambat, balik mesti 2 atau 3 pagi. Zara mula rasa terabai, hari cuti pon kerja tak bagi peluang langsung nak bermanja. Zara mengeluh perkahwinan mereka pon hampir mencecah setahun tapi perubahan Zach membuatkan dia susah duduk diam. Zach balik rumah awal sikit dari sebelum ni.

Zara sedang menonton televisyen "abang dah balik , nak makan ?" soal Zara membuka kot pada badan suaminya. "takpelah abang dah kenyang" balas Zach usap tangan Zara. "abang mandi la dulu, nanti Zara naik atas" kata Zara menolak badan suaminya. Zach angguk.

macamni la mereka setiap hari hanya bertemu pada malam hari dan waktu pagi sebelum pergi kerja. Zara mematikan suis televisyen dan suiz lampu, bilik dituju.  Zach keluar dari bilik air sambil meramas rambutnya yang basah. Zara membuka ikatan getah rambutnya. Rambutnya yang mengurai terhempas ke punggungnya.

Zara hanya pakai baju satin biru, Zach menuju ke almari. Badan Zach ditarik Zara, "ye sayang" kata Zach apabila berpaling kearah Zara. "i want you, dah lama kita tak macamni" kata Zara lalu menjinjitkan kakinya mencapai mulut Zach. Tuala dipinggang Zach, Zara tarik.

Zach angkat Zara naik katil. "i miss you". Hanya mereka yang menikmati malam malam penuh rindu.

Zara Nafela

Zara mengemas bilik, dia menghampiri meja sebelah katil "Zach lupa bawa phone dia, nanti susah pula nak contact" kata Zara sendiri. "Kael, awak teman saya pergi pejabat Zach tak ? saya nak hantar phone dia" kata Zara. "baik, ladybos siap la dulu, saya tunggu dekat kereta" kata Kael.

Zara bersiap, hari ni dia hanya mengenakan jeans hitam dan baju putih , simple hanya kalau hantar barang suami. Bangunan suaminya itu dimasuki dia menghampiri rakan sekerjanya dulu "eh busy nampak" tegur Zara pada Mia. Mia terkejut beruk "kau ni datang bukan nak bagitahu" kata Mia peluk Zara.

"aku nak hantar phone laki aku tertinggal" kata Zara. "aku tengok kau Zara makin happy sekarang" kata Mia. "berkat kahwin dengan bos kau la, k lah aku naik atas dulu tau bye" kata Zara lalu naik ke tingkat 8 yang menempatkan suaminya.

Arfan yang duduk sambil minum kopi itu melihat kearah Zara. "eh ladybos" kata Arfan tegur isteri bosnya itu. "Zach ada?" soal Zara. "ada tapi dia... tak boleh diganggu" kata Arfan. "oh macamtu, takpelah. Nanti awak pas kan phone ni kat dia" kata Zara.

"baiklah Ladybos" balas Arfan mesra. Bunyi pelik menerjah ke rongga telinga milik Zara ketika dia hendak pergi. "awak dengar apa yang saya dengan Arfan ?" soal Zara. "ada ke ? saya tak dengar pon" kata Arfan. "boleh awak cakap dekat Zach yang saya nak jumpa dia kejap ?" soal Zara.

Arfan berkerut dan mula membuat panggilan ke pejabat Zach. "hello bos, ada orang nak jum..."

"aku da cakap ahh takde siapa ganggu aku hari ni ergh" desahan kuat dihujung talian membuat Zara terus merombos pintu pejabat Zach tanpa persetujuan Arfan. Seorang gadis yang tidak berbaju duduk diatas riba Zach. Zara mengeluh "Astagfirullah Zach, apa awak buat ni?" jerit Zara.

Zach yang nampak Zara didepan pintu biliknya terkejut. "Sayang" panggil Zach. Airmata Zara jatuh mengikuti langkahnya keluar. "bangun kejap Liya, i nak jumpa Zara kejap" kata Zach pada gadis itu. Zach memakai seluarnya semula dan kejar Zara dari belakang. "sayang... ! berhenti"bertalu talu memanggil nama Zara. Zara tak endah terus masuk kereta

Kael yang berada dalam kereta terus bergerak bila Zara kata dia nak balik. Zach sudah buntu dia pergi kearah Arfan. "kau tak halang dia ke ?"soal Zach. "dia dengar sendiri bos, saya da cuba halang dah" balas Arfan.

Zach Nayden

Pintu utama rumahnya dibuka , sungguh gelap sekali seperti tidak berpenghuni. Bilik utama dituju kosong tiada menunjukkan ada orang pon. Tetapi bilik tetamu tingkat 2, aircondnya terpasang menyebab Zach menerjah masuk bilik itu. Zara sedang menangis dihujung bilik didekati.

"Zara... sayang" panggil Zach. "jangan dekat" kata Zara pada Zach. "abang tahu sayang tengah marah abang sekarang ni tapi abang ada alasan sendiri Zara" kata Zach pada isterinya. "alasan apa kalau buat hubungan tak senonoh belakang saya" kata Zara.

"abang minta maaf, sebenarnya..." Zach mahu terangkan apa yang terjadi. "sebenarnya dia isteri pertama abang sebelum Zara" kata Zach. Zara terkesima dia bangun dari duduknya. "adakah saya yang merampas kebahgiaan awak dengan dia" soal Zara. "tak Zara tak" kata Zach.

"patutlah awak tak pernah cakap awak sayang saya, awak cintakan saya. Adakah saya pelepas nafsu awak je" jerit Zara. Zach terdiam. "kenapa diam ? jadi betul lah ?" soal Zara lagi.

"dia mengandung" kata Zach lagi. Zara sudah kehilangan kata. "dah lah Zach awak keluar dari bilik ni, jangan cakap dengan saya buat masa ni" kata Zara lalu Zara masuk toilet bilik tetamu itu.

Zara membuka paip shower membiarkan air menghujani bilik air itu. Dia tidak pernah terfikir untuk merasakan sakit seteruk ini. Hatinya hancur teruk seperti baru digilis lori. Dia duduk dipancuran air itu dan airmatanya laju sama dengan pacuran itu. "rupanya selama ni aku berkongsi, apa yang aku dapat adalah bekas orang, dan dia hanya cintakan isteri dia bukan aku, dia kahwin dengan aku sebab dia hanya kesian" kata Zara.

skip

Zach bangun dari lenanya, permukaan katil disebelah diraba perlahan. Kosong. Dia bangun lalu menenyehkan kelopak matanya. Dia bangun dan turun tingkat 2, pergi bilik tetamu. Kosong. Dia sudah cemas adakah Zara lari rumah. Bunyi kaca didapur menyedarkan kekalutannya.

ya, Zara kat dapur tengah buat air. Zach melepaskan nafas lega. Dia menghampiri Zara, Zara tahu Zach semakin dekat dengannya tapi dia buat tak tahu. "Sayang buat apa ni" soal Zach. Hanya kesunyian yang menerpa telinga Zach. Badan Zara , Zach peluk dan rambut Zara juga dia cium. "lepaskan, saya nak mandi" kata Zara lalu naik bilik.

Zach sudah pandang makanan dihadapannya. Walaupun Zara kecewa dengannya sarapan tetap dia buat. Zach bersiap ke tempat kerja kelihatan Zara sedang membaca novel diruang tamu. "Sayang tolong abang sini" kata Zach pada Zara. Selalunya wanita itu tanpa disuruh sudah buat

berlainan dengan hari ni, Zach memang tak pernah pakai tie sendiri. Zara bangun dan mendekati suaminya. Tie dileher Zach ditarik dan dipakaikan langsung tidak mengamati wajah lelaki itu. Selepas selesai dia sambung baca novel semula.

"Zara.. abang pergi dulu" kata Zach. Diam sahaja disitu, Zach bergegas ke tempat kerjanya. "bawa Zara makan malam syarikat malamni, pastikan dia pergi" kata Zach pada Kael. "baik bos" balas Kael.

Malam

Zara dipaksa kerana Kael sudah merayu pada Zara untuk pergi makan malam kalau tak dia akan dipecat, malas mahu bercantik cantik, Zara hanya mengenakan dress labuh berwarna hitam dan bertudung putih. Ini kali pertama dia mengenakan tudung, itupon Puan Sri Ziela yang berikan "kalau Zara dah sedia Zara pakailah, mama tak paksa" itu yang dikatakan Puan Sri Ziela tempoh hari.

"cantiknya bertudung" kata Kael apabila dia nampak Zara turun dari rumahnya. "terima kasih, jom kita pergi" kata Zara. Kael angguk lalu membawa Zara ke Z'Lya Hotel. "dah jom" kata Kael bila kereta telah terparkir. "Ladybos masuk la dulu, saya nak pergi toilet kejap" kata Kael. Zara angguk.

Dia masuk dan ramai orang memandangnya. Wajah Qarl menarik perhatiannya memandangkan lelaki itu sahaja yang dia kenal. "Qarl" panggil Zara. "eh Ladybos dah sampai, kejap jangan masuk dulu" kata Qarl apabila tempat yang menempatkan Zach dia halang.

Suara Zach mula kedengaran "Liya, i tak nak u gaduh2 dengan Zara, dia pon isteri i" kata Zach pada Liya. "i mengandung anak u Zach kenapa u buat i macamni ?" soal Liya. "I tak curang Liya, i cuma nak jaga dia, dia tak ada sesiapa dalam dunia ni" kata Zach merayu. "u pikirlah sama ada u nak dia atau nak i" kata Liya pada Zach lalu duduk dikerusi yang ada.

to be continued

[C] Nayden'sWhere stories live. Discover now