14

47.4K 765 126
                                    

"kau tu sama je macam aku Nayden, bekas tentera tapi apa yang kau buat ? last2 kau jadi mafia kau tak rasa kau pengkhianat ke ?" soal Darius. "kau jangan samakan aku dengan kau, aku paling tak suka" kata Zach menjeling kerana tangannya kedua duanya digantung. "macam ni ke kau layan aku lepas aku dah bagi adik aku pada kau ?" soal Darius.

"adik kau yang buat hal sial !!" marah Zach. "kalau kau tak kahwin lain , adik aku tak tinggalkan kau tahu tak ?!" marah Darius semula. "dia tak cintakan aku ! dia sendiri cakap pada aku" kata Zach.

"kau tahu apa pasal cinta Nayden ?! aku ni yang sama2 dengan kau masa kat tentera dulu, aku kenal kau bukan setahun dua Nayden, kau cuma mempergunakan wanita untuk keinginan kau, kau bukan tahu pon pasal cinta" kata Darius.

"aku cintakan adik kau. aku tak tipu tentang hal ni" kata Zach jatuh melutut bila dah lemah kerana tangannya diikat kuat. "kenapa kau kahwin lain kalau kau sayang adik aku, Liya tu sebaik baik manusia" kata Darius.

"dia baik pada pandangan semua orang sampai aku sendiri buta dengan kejahatannya" kata Zach. "aku nak kau rasa bertapa sakitnya orang yang kau sayang dipermainkan" kata Darius. "kau jangan ganggu Zara! aku tak benarkannnn!!!" jerit Zach. "jangan risau aku takkan kacau dia, tapi aku nak kau banyak berdoa sebab nyawa kau bila2 masa je boleh terbang Nayden" kata Darius dengan angkuh.

"kau memang sial!"

Zara Nafela

Pinggan dalam pegangan Zara jatuh ke lantai "alaa takde rezeki makan nasi ayam ni" kata Zara sambil memuncung. Hatinya mula tak sedap "kenapa hati aku tak sedap ni" soal Zara sendiri. Zara mengutip serpihan kaca dilantai. Zayn datang dari arah tangga "akak, jangan buat kerja ni, bahaya takpe biar Zayn je yang kemas" kata Zayn.

"takpe ke ? tapi akak yang pecahkan" kata Zara. "takpe kak" kata Zayn lembut. "tapi..." Zara terdiam bila Zayn angkat dia pergi sofa. "duduk sini ye akak, bahaya" kata Zayn mula kedapur semula. selepas selesai Zayn datang semula ke ruang tamu "nasi ayam dah takde, akak nak makan apa2 tak ? Zayn order food panda" kata Zayn.

"kalau nak nasi ayam lagi boleh ?" kata Zara mengedipkan matanya. Zayn tersenyum dia membuat pesanan ditelefonnya. "aku jamin dah besar Zayn ni hot gila tengoklah cara dia layan perempuan" bisik Zara sendiri. "apa akak cakap ?" soal Zayn. "takde pape" balas Zara gelabah.

3 bulan kemudian

Gibran Haiqarl

Qarl parking kereta dihadapan rumah agam bosnya itu. Pintu utama dibuka kelihatan Zara sedang menyapu sampah diruang tamu. "eh Qarl, dah balik dah ? nak makan tak ? Zach mana ?" soal Zara. "Zara duduk kejap" kata Qarl. Zara sudah berkerut "kenapa Qarl, jangan buat saya takut" kata Zara duduk di sofa berdekatan dengan Qarl.

"kalau Qarl bagitahu ni please terima dengan hati yang terbuka dan kuatkan semangat" kata Qarl. Zara angguk. Qarl pandang Zara dan menghembuskan nafas berat "Tuan Zach dah tak ada" kata Qarl.

Zara terdiam, badannya menggigil. Airmatanya beransur-ansur deras menitis. "Qarl jangan tipu saya, saya tak suka" kata Zara sambil menggoyang2 tubuh Qarl "buat apa saya tipu Zara lagi, saya sendiri tak boleh terima kenyataan" kata Qarl.

"awak tipu sayaaa, saya nak pergi cari Zach sekarang juga" kata Zara menolak lengan Qarl dan keluar rumah. Kael yang baru sahaja mahu masuk rumah terkejut apabila Zara keluar rumah tanpa memakai kasut berlari kearah keretanya. "Zara nak pergi mana ni ?" soal Kael. "saya nak cari Zach, jangan halang saya" kata Zara menolak lengan Kael yang memegang lengannya.

"tak guna cari Zach, dia tak ada Zara" kata Kael menarik lengan Zara kuat. "kenapa korang tipu saya, saya tak suka lah lawak korang sekarang ni" kata Zara merayu sambil matanya sudah kembang dengan airmata.

"saya tak tipu Zara" kata Kael. Zara sudah jatuh lemah dia tak mampu berdiri tegak lagi. Akhirnya dia pengsan. "Zaraaa !!"

Zara Nafela

matanya dibuka perlahan terasa berat sekali kepalanya. Wajah Kael dan Qarl ada dihadapan matanya dia menganggap semua yang berlaku tadi hanya mimpi tapi tidak, lelaki kesayangannya tiada di hadapan matanya. "siapa yang boleh bagitahu Zara, apa jadi pada dia ?" soal Zara. Qarl mengeluh dan duduk disisi Zara.

"Boss suruh kami balik hotel dulu, tinggal dia dan beberapa ahli yang lain yang jumpa dengan Darius. Darius tu abang Liya, Darius memang marah betul tentang Zach ceraikan Liya dan dalam masa yang sama kahwin dengan Zara. Tak tahu pertengkaran apa antara Darius dengan Zach, tak lama lepas kitorang balik. Beberapa anak buah yang lain balik hotel cedera parah dan dia cakap Zach terperangkap kat sana. Kami pon apalagi kumpul orang nak serang, kami sampai je memang tempat tu dah hangus"

"yang kami tahu, Zach sempat hantar chat pada Kael yang menyatakan

"jaga isteri aku baik baik. Cakap kat dia aku sayang dia"

itu yang kami terima. Pada mulanya kami ingat Zach ditangkap oleh Darius. Tapi bila kami mengintip, mereka mengatakan yang diorang bakar bangunan yang Zach kena kurung, tiada jalan untuk keluar dari situ. Terus kami terkesima, maafkan kami Puan" kata Qarl.

Zara memegang perutnya mengumpul tenaga dan semangat dari bayi di perutnya. "saya tak tahulah apa jadi pada bayi ni lepasni kalau tahu ayah dia dah tak ada nanti" kata Zara lalu bangun dari katil. "kamu semua pergilah berehat, saya nak bersendirian" kata Zara.

Qarl dan Kael pon keluar meninggalkan Zara, Zara menuju ke gambar perkahwinannya dengan Zach. "saya rindu awak Zach" kata Zara perlahan sebelum airmatanya menitis.

skip

"sampai bila Zara tak nak makan ?" soal Makcik Rozie. "saya tak ada selera la makcik" kata Zara. Makcik Rozie angkat juga makanan tu masuk bilik "makcik tahu kamu sedih sayang, tapi kamu kena ingat baby nak kena makan, kena kuat dan sihat" kata Makcik Rozie.

"makcik" panggil Zara. "ye sayang" balas Makcik Rozie. "bila kita rindu orang yang tak ada dan tak boleh kita jumpa tu yang paling sakit kan ?" soal Zara. Makcik Rozie tarik Zara ke dakapannya. "sabar Zara ni dugaan kamu Zara" kata Makcik Rozie mengusap belakang badan Zara. Zara menangis teresak esak.

~

Zara baring dan pandang ruang kosong di sisinya. Dia meraba ruang itu. "mana awak ?" kata Zara meneroka tangannya.

masuk ni sudah 4 bulan dia hidup tanpa jawapan, kosong dan kehilangan. Lagi beberapa bulan lagi dia akan melahirkan anak sulungnya tapi dia tiada semangat untuk itu kerana semangatnya sudah hilang dibawa pergi dengan kenangan dia bersama Zach.

to be continued

[C] Nayden'sWhere stories live. Discover now