9

62K 952 497
                                    

Zara menyikat rambutnya, dia hanya diam. Mukanya nampak tak bermaya. Zach masuk bilik dan pandang Zara, bajunya dibuka. "Zach" panggil Zara. Zach pandang Zara lama dan merenung. Zara bangun dari duduk mendekati Zach, pipi Zach dia sentuh "saya sayang awak sangat, saya cintakan awak sangat Zach, kenapa awak buat saya macamni Zach" kata Zara merenung dalam mata mencari pembalasan.

Zach diam tapi matanya tepat memandang mata Zara. "saya tak mampu nak hadap kesakitan ni lagi, saya tahu akan pilih Liya, dia seorang perempuan yang baik" kata Zara lagi. Usapan dipipi Zach tidak terhenti.

"lepaskan saya Zach, saya tak nak jadi pemuas nafsu awak lagi" kata Zara. "Zara" panggil Zach. Bibir Zara dia cium kuat.

skip

"Papa, boleh tak bagi masa untuk Zara dengan Zach berdua dan kami akan berpisah nanti? kalau Zara dah sedia" soal Zara. Rayden Naim sudah mengeluh "tak sakit ke Zara, dia sayangkan orang lain?" soal Rayden Naim. "sakit memang sakit pa, tapi Zara dah terlanjur sayang." kata Zara.

"papa bagi masa sampai tengah tahun ni, kalau dia tak buat keputusan yang boleh membuat papa lega, papa akan bawa Zara duduk dengan papa dan mama , faham ?" kata Rayden Naim. "baik papa"

Zach Nayden

Zach membawa Liya tinggal bersama Zara. Ni kerja gila yang pernah dia lakukan. Seperti menempah keranda sendiri. Liya pandang Zach dari tadi. "Zara, Zach cuma nak ada perhatian pada Liya memandangkan dia mengandung, jadi..."

"Dia mengandung, perlukan perhatian. Nanti bawa beg Liya pergi bilik kita, saya tidur dekat guest room" kata Zara. "saya nak kemas baju saya kejap" kata Zara naik keatas. Zach sudah tercengang pandang Zara.

Selepas mengemas. Zara baring dikatil guest room, dia menutup matanya sebentar. Kerana sayang dia sanggup korbankan hatinya sendiri. Mulutnya merasa mual dia pantas ke toilet memuntahkan isi perutnya. Haih aku ni demam ke ? merasa suhu dikepala sendiri.

Kepala pening semacam. Kuat keluhan dilepaskan. Nampaknya dia perlu rehat dan tidur secukupnya.

Zara Nafela

"Kael , awak boleh tolong saya tak ?"soal Zara pada Kael. "yes ladybos , nak apa malam2 ni" soal Kael. "belikan saya icecream mcd, saya teringin" kata Zara. "la tu je ke, yela jap saya pergi beli" kata Kael. Zara tersenyum gembira bila keinginannya dituruti. Zara duduk diruang tamu dan tunggu Kael balik.

"sayang, buat apa kat sini ?" soal Zach. "saya suruh Kael beli icecream" kata Zara. "malam2 makan icecream nanti demam cemana ?" soal Zach. "saya janji malam ni je, sebab saya teringin" kata Zara. "oh okay, promise okay" kata Zach.

"ye promise". Kael datang bersama icecream, Zara lari dan pergi ambil icecream dia "thank you Kael" kata Zara. "takde hal la ladyboss" kata Kael lalu beredar. Zara masuk dalam dan buka kdrama dia dan menyuap icecream dalam mulut. Zach hanya geleng.

"Hubby ?" panggil Liya. Zara sudah menoleh. oh i get it why Zach tak nak Zara panggil dia Hubby rupanya dah ada orang panggil dia hubby. Zara geram dan menyuap icecream dalam mulutnya kasar.

Zach bangun dan dekat dengan Liya sambil memegang perut buncit Liya. "Zara, abang..."

"tak apa, saya boleh tengok tv sorang" kata Zara sambil tengok tv lagi. Zara tak nak nangis lagi.

morning

sudah hampir sepuluh kali Zara ulak alik toilet memuntahkan isi perutnya, mukanya nampak pucat benar. Zach sudah ke office, manakala Liya juga sudah ke butik. Dia berjalan longlai ke arah Kael. "Kael, bawa saya pergi klinik, saya tak larat ni" kata Zara lalu tubuh wanita itu cempung masuk kereta.

apabila sampai dia terus meletakkan Zara, "awak suami dia ke ?" soal nurse. "eh tak2, saya pekerja dia je" kata Kael. "oh really? handsome betul" kata nurse itu. Zara sudah mencebik, memang kembanglah si Miekael tu.

"taniah Puan, puan dah mengandung 2 minggu" kata Doktor Sharifah. "betul ke ni doktor ?" soal Zara. "ye betul, alhamdulillah kandungan puan sihat, nanti datang check up okay" kata Doktor Sharifah. "baiklah doktor"

"Kael, saya nak awak rahsiakan benda ni, faham ?" soal Zara. "tapi kenapa Ladyboss" soal Kael. "saya cuma tak rumitkan lagi keadaan, dah lah Liya mengandung, saya pon mengandung nanti Zach stress" kata Zara. "baiklah Ladyboss kalau macamtu" kata Kael.

Zach Nayden

hampir 5 kali Zach mual2 dan pening kepala. "tak kan la baru ada alahan Liya pregnant" keluh Zach. Zach ambil keputusan nak balik rumah. Dia betul tak larat hari ni. Kelihatan Liya sedang masak didapur. "mana Zara kenapa you masak sorang2 ni" kata Zach.

"saya balik awal, Zara keluar" kata Liya. "dah tahu you mengandung boleh pula dia keluar ke mana ntah" kata Zach. Zara balik bersama Kael dan membawa barang dapur. "ha pergi mana ?!" jerkah Zach kuat. "saya keluar beli barang" kata Zara. "kau tahu Liya tengah mengandungkan, kenapa kau biarkan dia masak sorang2?!"soal Zach.

"tapi saya tak tahu pon dia nak..." kata Zara terhenti apabila Zach menamparnya. "pandai melawan sekarang, kau ke dia yang mengandung, janganlah bagi dia keje berat2" kata Zach. Zara sudah memegang pipinya yang kebas ditampar Zach. Kael sudah tergamam. "Zara beli barang dapur nak masak hari ni" kata Kael.

Zara letak barang tu dan naik bilik. "marah sikit naik bilik, mula la tu nak nangis"kata Zach lalu kearah Liya semula. Kael sudah hilang kata2 dengan perangai Zach yang semakin berubah.

~

tangisan Zara sudah hampir habis. Dia sedih dia ditampar tanpa sebab yang munahsabah. kalau betul la dia salah dia akan minta maaf tapi sekarang bukan salah dia. Zara turun bila dia rasa haus. Pasangan suami isteri itu sedang duduk bersembang diruang tamu. "Zara mari la sini kite berbual
sekali" ajak Liya

"tak apalah, saya nak minum air je" kata Zara. "biarkan la dia, dia ganggu kita je kalau dia ada" terkesima Zara apabila ayat itu keluar sendiri dari mulut Zach. Zara minum air dan mula naik bilik semula.

Zara mencuci pinggan mangkuk yang malam tadi digunakan. "eh Zara, janganlah buat tadi malamkan Liya yang makan biarlah liya yang basuh" kata Liya. "eh takpelah lagipon Zara baru je basuh ni" kata Zara. "takpe, biar Liya buat" kata Liya. Zara hanya senyum.

"auchh" tangan Liya berdarah kerana membasuh pisau. "patutnya saya yang buat tadi tengok tangan awak dah darah" kata Zara. "jap saya amik plaster" kata Zara berlari naik tangga. Zach yang diruang tamu pergi kedapur dan memegang jari Liya.

Zara datang semula kedapur, "nah Liya..." pipi Zara ditampar buat kali kedua kalau campur semalam. Zara memegang pipinya. "aku dah cakap jangan bagi dia kerja, kenapa kau ni degil sangat ea Zara, kau nak dia mati baru kau puas ke apa?!" jerit Zach.

"saya cuma nak bagi plaster, saya tak berniat pon nak dia buat kerja" kata Zara. "kau melawan lagi Zara" kata Zach. Zara naik bilik. "sayang kejap ye , saya nak bagi pelajaran kat perempuantu" kata Zach lalu naik tangga pergi ke bilik Zara.

badan Zara ditolak ke katil dan tali pinggang Zach, Zach tarik dan pukul badan kecil Zara sehingga bergaris. "zach sakit Zachh arghh" jeritan Zara. Airmata Zara tak habis tumpah.

selepas habis memukul Zara, Zach duduk atas katil. "kau kenapa buat aku marah Zara" kata Zach. Zara bangun dan merangkak pergi toilet, Zara membasuh mukanya. Selepas itu keluar semula dari bilik air. "Zach" panggilnya.

"ceraikan saya, saya bukan patung Zach" kata Zara lemah. "saya bagi peluang pada awak lebih dari sekali tapi awak tak pernah hargai" kata Zara. "kau memang menyusahkan aku Zara, okay ni yang kau nak, Aku ceraikan kau Zara dengan talak satu"

to be continued

[C] Nayden'sWhere stories live. Discover now