DAH masuk dua hari sakit pinggang aku masih tidak hilang. Jika aku sentuh sahaja, mesti sakit itu kembali mencucuk. Kulitku yang putih itu menampakkan lebam keunguan dibahagian pinggang aku. Setiap malam, aku tidak lupa dari menyapu minyak gamat dengan berharap agar sakit itu bakal hilang dua tiga hari nanti.
Nasib Hanif tidak pulang kerumah dari hari dia mengamuk kelmarin. Aku tak tahu dia kemana dan aku malas mahu ambil kisah. Pesanan ringkas yang diberinya cukup menyakitkan hati. Dia sengaja mahu menyusahkan aku.
[6:30 p.m. Wednesday]
From : Hanif
To : EiraMalam ini aku tak balik rumah. Kau jangan nak acah tunggu aku pula. Esok aku balik macam biasa. Make sure makanan aku siap ya. Kalau rasa makanan itu tak ikut citarasa aku, siap kau aku kerjakan. Lagi teruk dari apa yang aku buat pada kau tadi.
Aku hanya beri dia bluetick sahaja. Malas mahu membalas. Aku balas pun, bukan dia mahu baca ataupun seen. Buat habis data aku sahaja.
Seperti yang disuruh, esoknya aku masakkan dia asam pedas. Aku siap hidang hidangan untuknya sambil menanti kepulangannya sehinggalah pukul 8 malam. Penat menunggunya pulang, aku terus terlelap dimeja makan itu. Dalam pukul 8:50 malam, lenaku terganggu dek kerana bunyi notifikasi mesej masuk. Mesej dari Hanif.
[8:50 p.m. Thursday]
From : Hanif
To : YouAh, lupa nak beritahu. Aku tak balik juga malam ni. Aku pun dah kenyang makan masakan kawan aku yang dua kali ganda lebih sedap dari masakan kau tu. Esok pun aku rasa aku tak balik kot. Kalau ikutkan aku taknak balik langsung sebab malas nak hadap muka kau tapi aku taknak Kak Anna atau ibu soal macam-macam pula nanti. Kau diam-diam je kat rumah. Kau beritahu mereka apa-apa, siap kau. Kau tahu apa aku akan buat kan?
Tika itu, hanya Allah sahaja tahu betapa peritnya hati aku menahan sakit. Lauk-pauk yang elok terhidang itu aku tenung sebelum perlahan-lahan aku bawa semula masuk kedapur. Lauk yang sememangnya tidak diusik itu aku letak kedalam periuk semula lalu aku masukkan kedalam peti ais. Boleh dipanaskan untuk esok. Perutku yang mula membuat konsert itu aku usap.
Plastik yang berisi roti Gardenia dan botol kaya itu aku bawa bersama kemeja makan. Roti putih itu aku sapu dengan kaya lalu aku sumbat kedalam mulut. Mesti ramai yang tertanya mengapa aku tidak makan lauk yang aku masak itu kan? Aku bukan sengaja tidak makan, tapi aku Hanif tak bagi aku makan apapun bahan yang dibeli menggunakan duitnya. Jika aku makan, dia takkan halalkan. Nasib wang saku yang diberi oleh Kak Anna kerana aku telah membantu dia dan ibu Hani menguruskan perkahwinan tak jadi Hanif dan Elly ada lagi. Cukuplah sekadar mampu membeli roti dan kaya ini buat alas perut.
Aku duduk sahaja di kondo dua tingkat dan mengahwini seorang lelaki berada tetapi diriku dilayan seperti orang gaji. Malah, orang gaji pun tidak dilayan seperti mana Hanif melayan aku. Aku mungkin boleh dicopkan title hamba abdi. Ya Allah, sungguh berat ujianmu buatku.
Tanpa aku sedar, air mata mula mengalir. Skrin televisyen yang tidak menyala itu aku tenung dengan perasaan yang kosong. Lebihan roti yang disapu kaya itu aku simpan semula. Tiba-tiba sahaja seleraku tiada dan perutku terasa kenyang. Saat aku mengenangkan nasib, air mataku akan terus mengalir.
Kadang aku terfikir, adakah aku akan kekal kuat dan tabah menghadapi ujian ini? Dan kadangkala aku terfikir, aku memang patut diberi hukuman sebegini. Atas perbuatanku yang teruk dahulu Hanif membenci aku sehingga kini.
Walaupun aku sudah menjadi isterinya yang sah.
IMAN mengeluh kasar seraya menyandarkan tubuh kekerusi empuk miliknya. Sudah tiba waktu rehat dan dia sepatutnya berehat namun waktu rehatnya diisi dengan mencari maklumat gadis pujaan hatinya. Sudah nak dekat dua minggu dia menjalankan misi mencari maklumat gadia itu tapi tidak diketemui.
Baru dia teringat yang bukan gadis pujaan hatinya seorang sahaja yang bernama Eira. Ada juga yang lain dan dia juga tidak tahu nama penuh gadis itu. Ejaannya macam mana? Yang dia tahu hanyalah sebutan Eira sahaja.
Seperti biasa, pintu biliknya dibuka oleh Josh tanpa diketuk. Dia pun sudah lali dengan perangai Josh yang main terjah sahaja bilik orang. Nasib dia buat kat Iman sahaja. Kalau dengan orang lain, tak tahulah mana nak letak muka ni sebab ada kawan yang muka tebal seinci.
"So, Iman? Jumpa tak?" soal Josh buat entah keberapa kali. Setiap kali dia masuk kebilik pejabat Iman, mesti dia akan menyoal soalan yang sama. Dan jawapannya selalunya sama. Iaitu gelengan dari Iman.
"Tak jumpalah, Josh. Penat aku duk cari kat bilik fail tu. Dah dekat dua minggu aku ikat perut tahu tak?" Iman mengadu kepada sahabat baiknya. Josh hanya diam seraya mengangguk faham. Dia duduk dikerusi berhadapan dengan meja kerja Iman. Jarinya diketuk keatas meja.
"Seriouslah tak jumpa?"
"Kau ni harap belajar je pandai, dapat jadi doktor tapi ada juga terselit bodohnya. Kau fikirlah sikit macam mana aku nak cari perempuan nama Eira kalau aku tak tahu nama penuh dia. Bukan dia seorang je Eira yang dirawat kat hospital ni. Berpuluh jugalah aku jumpa fail rawatan pesakit yang namanya Eira. Ada Syafira. Ada Syahira. Ada Imiera. Ada Eira. Macam mana aku nak tahu antara nama-nama yang aku nampak tu ialah Eira?" kata Iman. Keluhan dilepaskan lagi. Rasa macam putus asa pula nak cari gadis pujaannya sehingga dapat. Entah kenapa hatinya terlalu inginkan gadis bisu yang bernama Eira itu.
Josh mengurut dagu memikirkan sesuatu. "Kau dah cuba tanya Dr Hannah? Mana tahu dia tahu pasal pesakit yang kemalangan lepastu terus bisu? Dia kan pakar bedah." Josh cuba memberi idea kepada Iman. Iman mengurut pelipisnya seraya menjawab.
"Kau pun tahu kan kerja Dr Hannah tu macam mana? Dia pakar bedah, Josh. Time aku free and nak jumpa dia, dia ada oncall. Time aku tak free, dia pula free. Ah! Stress lah macam ni." Iman meraup rambutnya kebelakang. Josh pun sudah kematian idea nak tolong Iman bagaimana.
Baru sahaja Iman ingin membuka mulut, seseorang menerjah masuk kedalam pejabat Iman bersama sebuah fail. Lelaki itu adalah trainer Iman untuk enam bulan ini. Setelah dia berjaya habiskan kontrak sebagai doktor praktikal dan dia berjaya memperoleh markah yang cemerlang, baru dia boleh jadi doktor yang sebenar.
"Ha, kau Hanif. Tak reti nak bagi salam ke sebelum masuk? Main terjah je. Tak reti nak jaga privacy orang ke macam mana?" marah Iman dengan nada yang tegas. Otaknya sudahlah tengah serabut, tambah lagi dengan perangai tak semenggah Hanif yang dari mula dia training disini ditunjukkan oleh lelaki itu. Iman sudah banyak kali memesan namun Hanif tetap dengan kepala batunya. Kalau bukan kerana Hanif ini adalah adik kepada doktor atasannya, sudah lama dia memaki lelami itu.
Hanif toleh kearah Iman dan Josh sekilas sebelum pandangannya kembali fokus kepada fail pesakit yang diberi oleh jururawat tadi.
"Maafkan aku. Aku tak tahu kau ada kat dalam bilik ni dalam waktu macam ni. Aku ingat kau keluar rehat dengan kawan kau," ujar Hanif dengan nada dinginnya. Tanpa mengendahkan kewujudan dua lelaki didalam bilik itu, Hanif terus membuat kerjanya sendiri. Josh pandang Iman dan Iman pandang Josh.
"Walaupun perangai dia macam itu, kerja yang dia buat tak pernah tak bagus. Jadi, aku takda alasan yang kukuh untuk memberi dia markah rendah. Nanti apa pula kata pihak atasan. Aku kena juga jalankan tugas aku dengan betul walaupun perangai dia entah macam apa tu," beritahu Iman tiba-tiba dan separa berbisik. Tidak mahu didengari oleh Hanif yang sedang sibuk menilik kertas pesakit dan mula membuat laporan. Setelah siap, dia akan beri fail itu kepada Iman.
"Ah, forget about that la. Aku tak kisah pasal semua tu. Yang aku kisah sekarang ini... kau tak pernah cuba tanya si Hanif tu ke? Mana tahu dia tahu. Yelah... dia ada older sister yang kerja kat sini. Lagipula, kakak dia tu Dr Hannah." Cadangan Josh kali ini membuatkan dahi Iman berkerut.
"Apa kau merepek ni, Josh? He's new here. Walaupun kakak dia kerja kat sini, tak semestinya dia tahu segalanya. Takkanlah kakak dia nak beritahu setiap detail pasal pesakit yang dia rawat, Josh? Fikir logik tak boleh ke, Josh?" Iman membangkah. Josh mengeluh.
"Lantak kau lah, Man. Aku dah try bagi kau idea tapi semua idea aku tu kau kata tak boleh pakai lah apa lah. Dah. Lepasni, aku malas nak beri kau idea. Kau bukan terima pun. Sudahlah. Rehat dah habis. Aku nak sambung buat kerja. Good luck dan teruskan mencari," balas Josh seraya bangun dari duduknya. Kakinya melangkah keluar dari bilik pejabat Iman dan meninggalkan dua lelaki itu sahaja didalam bilik.
Iman in the house! Salute la dengan usaha Iman nak cari Eira. Itulah sape suh hilang nombor tu lagi kan dah susah.
YOU ARE READING
✓ | 𝐂𝐈𝐍𝐓𝐀 𝐓𝐀𝐍𝐏𝐀 𝐒𝐔𝐀𝐑𝐀
Romance⋆ ˚。⋆୨୧˚ 1st Cinta Series ˚୨୧⋆。˚ ⋆ Nurul Eira Hazel. Sebut sahaja nama itu pasti sudah dikenali ramai. Siapa lagi kalau bukan penyanyi terbaik Malaysia yang telah memperolehi pelbagai anugerah disetiap pelosok dunia. Tetapi, dirinya yang angkuh dan...