FARHAN dan Medina kelihatan lemah duduk diatas sofa sambil menonton televisyen. Sejak aktiviti kawalan pergerakan dijalankan yang mengarahkan untuk semua manusia duduk dalam rumah diam-diam, Farhan dan Medina tampak tidak bermaya dan mereka lebih gemar membuat kerja sendiri.
Puas aku dan Hanif cuba mencari idea untuk menceriakan hari-hari cuti Farhan dan Medina.
"Far, Dina! Sini dekat abi," panggil Hanif sebaik sahaja dia melabuhkan punggung diatas sofa empuk. Tanpa kata, Farhan dan Medina meluru kearah Hanif. Aku hanya memerhati dari arah dapur.
"Abi... Dina bosan." Dapat aku dengar suara Medina mengadu. Farhan juga mengangguk tanda setuju.
"Apa pula cakap macam tu. TV ada banyak siaran, Dina tengok jelah. Cerita kartun pun banyak. Apa yang bosannya?" Hanif membalas lembut.
"Memanglah cerita kartun banyak tapi tetap bosan. Asyik menghadap TV je mata boleh rosak tau, abi." Giliran Farhan pula meluahkan apa yang terpendam. Aku tergeleng kepala. Dulang yang berisi buah-buahan yang telah siap dipotong itu aku bawa kearah mereka.
Pinggan itu diletak elok diatas meja kecil berhadapan dengan televisyen.
"Dina... Far... berapa banyak kali umi nak pesan? Tak baik merungut kan? Eloklah cuti lama. Dapat jugalah Dina dan Far rehat dekat rumah puas-puas. Dulu, kalau cuti sekejap, kemain nak cuti lama. Ni kerajaan dah beri cuti lama, taknak pula. Cuba bersyukur sikit." Aku memberi nasihat kepada kedua anakku. Farhan dan Medina hanya menunduk menekur lantai.
Kepala mereka diusap Hanif. "Sayang pun... ceramah budak macam dia tak pernah merungut pula. Sudahlah, Far, Dina. Pergi makan buah. Korang kan suka buah?" Sempat lagi Hanif mengusik sebelum menyuruh kedua anaknya makan buah. Jelingan diberikan kepadanya.
Mulalah tu nak ungkit.
"Saya nasihat dekat diri saya juga," balasku ingin membela diri. Hanif tergelak kecil.
"Yelah tu. Ni, taknak suapkan abang buah ke?"
"Suruh anak-anak suapkan. Hazel banyak kerja nak buat kat dapur tu. Dina, Far, suapkan abi sampai abi kenyang okay?" Aku mengarah anak-anakku. Mereka tidak membantah malah dengan sekelip mata sahaja mereka menerpa kearah Hanif. Hanif mencebik tidak puas hati.
Sebenarnya, aku sengaja mahu mengusik dia. Tergelak kecil aku dari dapur melihat Farhan dan Medina tak berhenti hendak menyuap buah kedalam mulut Hanif.
"Perlahan-lahanlah, anak-anak. Ingat gigi abi ni tajam macam naga ke?" Suara Hanif bercakap dengan mulut yang separa penuh mengundang tawa besarku. Comel aje semua!
"Abi! Cakap pasal naga, abi janji dengan kitorang haritu nak cerita pasal naga. Betul ke naga wujud, abi?" Suara si kecil Farhan kedengaran ligat menyoal.
"Ah, yelah! Abi terlupa pula tentang tu. Sebenarnya, itu sekadar fantasi sahaja. Abi pun tak pasti sama ada naga tu memang betul wujud ke tidak. Tapi, cerita ni abi karang sendiri tau? Nak dengar tak ceritanya?"
"Nak!"
"Eh, abang. Sejak bila abang pandai karang cerita fantasi ni? Hazel tak pernah tahu pun." Aku mencelah dari ruangan dapur. Hanif tersengih malu.
"Mehlah sini sekali. Abang nak mula bercerita ni."
"Sabar jap. Umi pun nak join dengar cerita abi hahahaha."
"Tersebutlah kisah....," Hanif mula membuka cerita. Dekat setengah jam jugalah Hanif bercerita tentang kisah naga itu dan membuatkan aku dan anak-anak terkebil-kebil.
"Apahal epic sangat cerita naga dia?" soalku kepada Hanif. Hanif sudah tayang sengih nampak gigi.
"Sebab abang yang reka. Epic kan?"
"Hebatnya cerita abi! Boleh jadi penulis cerita pasal naga," puji Medina pula. Farhan terangguk menyokong kata-kata kakaknya.
"Entahlah. Abi pun tak pasti. Biarlah korang aje tahu tentang kisah tu. Kalau korang nak share dekat orang, share jelah. Itu pun kalau orang nak terimalah cerita abi yang sememangnya imaginasi semata."
"Imaginasi pun hebat tau, abang..."
"Hahaha. Sudahlah. Dah pukul 10 malam ni. Time for sleep!" Hanif bangun dari duduknya.
"Nak abi tidurkan!" Serentak dengan itu, Medina dan Farhan menjerit minta ditidurkan oleh Hanif. Aku sudah tersenyum melihat kemesraan antara anak dan bapa ini.
"Semalam abi dah tidurkan kan? Suruhlah umi pula."
"Kesian umi penat. Dari siang dia tak berhenti buat kerja, bila malam, bagilah umi rehat pula." Terkedu aku dan Hanif mendengar bicara Farhan. Kanak-kanak berusia 5 tahun dah pandai menghargai? Aku melutut dihadapannya untuk menyamai ketinggian dia yang sememangnya pendek.
Dahi itu dikucup penuh kasih sayang. Tak lupa juga ciuman untuk Medina sekali.
"Terima kasih anak umi."
"Sama-sama umi! Jom abi." Tangan Hanif ditarik meniti anak tangga menuju ke bilik mereka. Hanif hanya menurut. Sementara itu, aku mengemas ruang tamu yang sedikit berselerak dan basuh pinggan apa yang patut sebelum masuk tidur.
PINTU bilik yang terbuka dari luar menunjukkan Hanif masuk kedalam bilik. Aku yang sedang menyikat rambut di meja solek hanya memerhati gerak geri Hanif di refleksi cermin itu. Aku nampak Hanif sedang menapak kearahku dengan senyuman yang melebar.
Dia meletakkan kedua tangannya di atas meja solek, menghalang aku untuk kemana-mana. Ciuman singgap di pipiku. Rambut yang aku ikat gaya sanggul diusik oleh Hanif.
"Jangan usiklah, abang," marahku kepadanya. Hanif hanya ketawa kecil. Kami berpandangan di refleksi cermin. Senyuman kecil terlakar di bibirku.
"Thank you tau sayang."
Dahiku berkerut. "Thank you for what?"
"For everything. Thank you for being my wife, my child's mom, my queen and my world. Kalau sayang tak hadir dalam hidup abang, abang tak tahulah apa jadi dekat abang sekarang. Kehadiran sayang banyak mengajar abang erti kehidupan yang sebenar. Sayang ajar abang cara untuk menghargai orang. Sayang ajar abang erti kehilangan," kata Hanif sambil tersenyum.
"Sayang adalah perempuan yang paling kuat pernah abang jumpa. Sayang sanggup taruhkan nyawa sayang untuk lahirkan anak-anak kita. Banyak benda lagi yang sayang buat just for our family. Terima kasih sangat-sangat, sayang." Hanif menyambung lagi. Pipinya aku usap sebelum aku bangun dari duduk.
Aku menarik tangannya untuk duduk diatas katil. Kami berpandangan lagi.
"I love you, my king."
"I love you too, my queen," balas Hanif seraya membaringkan aku keatas katil. Dia sudah melakar senyuman nakal. "Dah lama kita tak having time together. Anak-anak asyiklah tanya bila nak ada baby lagi. So?" soal Hanif nakal.
"Abang!" Dadanya aku pukul dengan geram. Ketawanya meledak satu bilik dek kerana melihat mukaku yang sudah merona merah. Dia bangun untuk menutup suis lampu sebelum kembali padaku semula.
"Good night, sayang."
"Good night, abang."
Kini tamatlah special chapter Cinta Tanpa Suara! Saya nak cakap thankyou very much for 20K readers dan almost 1K vote. Tanpa korang saya bukan sesiapa. Saya harap walaupun buku ini sudah tamat, buku ini tetap menjadi kegemaran anda semua. Baca jika bosan sebab cuti PKP akan dilanjutkan lagi!
Anyway, saya ingin mengucapkan selamat mereput awak semua! Hahahaha.
YOU ARE READING
✓ | 𝐂𝐈𝐍𝐓𝐀 𝐓𝐀𝐍𝐏𝐀 𝐒𝐔𝐀𝐑𝐀
Romance⋆ ˚。⋆୨୧˚ 1st Cinta Series ˚୨୧⋆。˚ ⋆ Nurul Eira Hazel. Sebut sahaja nama itu pasti sudah dikenali ramai. Siapa lagi kalau bukan penyanyi terbaik Malaysia yang telah memperolehi pelbagai anugerah disetiap pelosok dunia. Tetapi, dirinya yang angkuh dan...