Bab 33

20.1K 905 159
                                    

HAMPIR hendak bengkak mata Hanif menangis dek kerana terlalu meratapi pemergian si isteri. Masuk hari ini, sudah tiga hari Eira Hazel telah betul-betul meninggalkan dunia. Seperti tidak dijangka semua ini berlaku begitu pantas. Hanif masih tidak dapat menerima kenyataan bahawa buah hatinya sudah pergi meninggalkannya buat selama-lamanya.

"Hazel..." rintih Hanif dalam tangisnya.

"Kenapa tinggal abang?"

"Abang sayang Hazel..."

"Sampai hati Hazel buat abang macam ni..."

"Abang rindu Hazel..."

"Abang tak ready nak hilang Hazel..."

"Hazel..."

"Hanif! Hanif! Hanif!" Suara seorang wanita yang memanggil namanya mengejutkan dia dari alam mimpi. Pipinya yang terasa pijar ditepuk oleh Dr Hannah diusapnya perlahan. Terpisat-pisat dia melihat keadaan sekeliling.

Dia sedang duduk diatas sofa berhadapan dengan katil yang dimana Eira terlantar tidur tidak sedarkan diri. Matanya pantas dingonyoh-gonyoh perlahan. Sisa air mata yang berpunca dari mimpinya tadi dikesat laju. Dia beristighfar panjang. Apa punya mimpi lah...

"Mimpi apa sampai teruk sangat menangis ni, Hanif? Risau kakak tengoklah." Dr Hannah menyoal sebaik sahaja dia melabuhkan punggung disebelah Hanif. Terkejut dia tadi apabila terdengar esakan kecil Hanif memanggil nama isterinya ketika dia sedang memeriksa keadaan Eira.

"Takda apalah, kak. Eira macam mana? Okay?"

"Keadaan dia dah stabil. Han janganlah risau. Kejap-kejap lagi dia sedarlah tu. Ni, Dian tu pula macam mana Han nak uruskan?"

"Dian tu lain ceritalah, kak. Han dah call polis dah dan mereka akan berkerjasama cari Dian. Dian memang patut pun diberi hukuman. Mereka kata kalau dah jumpa nanti, mereka beritahu. Harap cepatlah jumpa."

"Takpalah, Han. Sepandai-pandai tupai melompat akhirnya ketanah jua."

"Ya. Kak Anna busy tak? Tolong tengokkan Eira kejap. Han nak ke tandas lepastu nak ke pejabat sekejap. Ada hal sikit nak uruskan."

"Ai, isteri tengah terlantar kat atas katil tu pun nak buat kerja lagi ke?"

"Sekejap aje. Sekali arung ke tandas. Kakak jagakan kejap eh? Bolehlah..." Hanif memujuk dengan muka yang sengaja dicomelkan. Dr Hannah hanya mengangguk. Masak sungguh dengan perangai adik keduanya itu. Kalau si Haikal tu, lagilah manja! Ini kalau dia nampak Hanif bermanja dengan Dr Hannah mahunya merajuk. Nasib sahajalah dia dan ibu Hani sudah pulang sejam yang lalu dan akan datang semula pada esok hari.

Usai sahaja Hanif membasuh muka ditandas, dia terus menuju ke pejabat yang dikongsi dengan Iman. Dia masuk tanpa memberi salam dan hanya menerjah kerana dia menyangka tiada orang dibilik itu. Tetapi, tanggapannya salah. Ada Iman dan seorang doktor pakar ibu mengandung disitu yang sangat dikenalinya.

"Amboi, amboi. Berdua nampak," tegur Hanif kepada kedua manusia itu. Iman sudah tersengih manakala Nabila sudah menyorokkan wajahnya dibalik fail yang dibawanya kesini. Niatnya nak berjumpa dengan Iman sebab nak ajak lunch sama-sama tapi tak sangka pula Hanif akan menerjah mereka. Sudahlah tadi tergagap-gagap, sekarang ini lagi tergagap lagi lah jadinya.

"Mana adalah. Bella ni haa nak ajak lunch sama-sama. Eh, kau bukan off ke harini? Tu baju kenapa macam ada tompok-tompok darah tu? Kau okay tak, Hanif?" Pelbagai soalan ditujukan kepada Hanif. Naik pening lelaki itu ingin menjawab soalan Iman.

"Aku okay jelah. Aku datang sini pun sebab nak ambil baju spare lah. Cuma itulah... bini aku tu tak okay. Baru lepas accident tadi. Itu yang aku nampak tak terurus ni," beritahu Hanif sambil menyelongkar pantas dari dalam lokernya kerana dia tak mahu Eira ditinggalkan lama dengan kakaknya.

✓ | 𝐂𝐈𝐍𝐓𝐀 𝐓𝐀𝐍𝐏𝐀 𝐒𝐔𝐀𝐑𝐀Where stories live. Discover now