part 13

272 5 0
                                    

Kekok! Ya lah sekarang ni aku dah jadi girlfriend dia and dia ni dari tadi asyik perhatikan aku sambil tersengih je. 'Malu lah' jeritku dalam hati. "Fuyooo, tak sangka lah habib ni. Dalam hati ada taman rupanye" kata shah. "Kenapa? Jeles? Tu dekat sebelah kau tu dah ada" balas habib sambil menunjuk ke arah Sabrina. Sabrina apalagi blushing lah dia. Dari dulu lagi aku tak tau status hubungan dia ngan Shah tu. Couple ke atau tidak. Nampak macam couple je tapi eihh tak tahulah aku. Aku melihat mereka berdua hanya tersipu-sipu malu. Tidak lama kemudian lampu di pentas dihidupkan dan aku lihat jam di tangan ku 'ini lah masanya. Ceh'. Yer lah, pengumuman siapa yang jadi king and queen of the night. Ada chance ke eh?.

"Hai you" Rina berkata. Tiba tiba aje budak sorang ni datang eh. Yang buat aku lagi sakit hati dia berpaut lengan dengan habib. Aku melihat habib seperti tidak selesa. "Lepaslah" kata habib. "Apa you nak?" Sambungnya lagi. "Korang tipu aku, kata dah tunang rupanya couple pun belum. Macam mana lah aku boleh tertipu ngan korang ni eh" balas rina panjang lebar. Eh eh makcik satu ni siapa suruh percaya cakap habib. "Tapi takpa, now I dah jumpa lelaki yang 3 kali ganda lagi hensem dari you Habib Indraputra!" Sambungnya lagi lalu dia pun pergi. "Siapa kesah. Now pun aku dah ada princess yang bertakhta di hati ku ini" habib berkata. Amboii jiwangnye dia. Tiba tiba jadi peramah pulak eh mamat ni, dulu serius aje.

"Agak-agak siapakah yang menjadi King and Queen of The Night eh? Korang rasa?" Kata Is selaku mc majlis malam. Semua orang membuat bunyi bising. Habib melihat ku dan tersenyum. "What?" Kata ku. Habib hanya menggeleng sambil tersenyum. Senyuman itu yang buat aku jatuh hati dengan dia. Dengan mata dia yang mengancam ergh. Perfect!

"Okay, keputusan dah ada. Make some noise please!" Kata Is. Agaknya siapa lah yang jadi king and queen eh. Berdebar juga jantung aku eh. Kot kot aku dengan habib yang menang. Memang hari bersejarah lah harini kalau macam tu. "King of the Night ialahhhhhhhhhhhhhhhh Habib Indraputra, woooo" sambung Is. "Mesti kau yg jadi queen nya. Tak lain tak bukan lah" kata Shah. 'Aku ke? Kalau orang lain mcm mna?' Aku bermonolog sendirian. "Queen of The Night ialahhhhhhhhhhhhhhh Syehreen Adam Muhd Shah. Woooooo. Berikan tepukan. Syehreen di minta naik ke pentas bersama habib" jerit Is.

What? Biar betul. Aku jadi queen? Macam mimpi jer. Semua orang disekeliling melihat aku yang berjalan ke arah pentas. Banyak yang mengucapkan "congratz" "tahniah" "you deserve it". Setelah aku sampai di atas pentas, habib melihat ku sambil tersenyum dan dia berbisik kepada ku "I'm your king and you're my queen". Lalu aku dipakaikan crown begitu juga dengan habib. Is memberikan mikrofon kepada habib untuk berucap. "Thanks for all teachers and friends. Terima kasih sangat-sangat sebab memilih saya dan reen. I have something to say to reen. I love you so much reen sejak pertama kali kita jumpa. Saya tahu saya tak sempurna tapi saya cintakan awak reen. Saya harap awak boleh terima baik dan buruk saya. Saya harap kita kekal sampai bila-bila. Hari ni, malam ni lah memori terindah saya bersama awak.

~Cause all of me, loves all of you. Loves you curve and all your edges, all you perfect imperfection.

Give your all to me, I give my all to you, you're my end and my beggining even when I'm lose I'm winning. Cause I give you all of me. And you give me all of you ooh."

Dia menghabiskan ucapannya dengan menyanyi. Tidak aku sedar airmata ku jatuh. Terharu.

"Don't cry dear" bisiknya. Lalu kami berdua pun turun ke bawah dan semua orang bertepuk tangan. Airmata ku masih lagi mengalir. 'Reen, stop crying!' Jerit hati ku. Habib yang perasan akan airmata ku yang mengalir dia menarik tangan ku dan memusingkan badan ku ke arahnya. Lalu dia mengelap air mata ku dan berkata "tak mau lah nangis nangis ni sayang. Nanti tak cantik" dan ketika itu kami berada di tengah-tengah dewan dan semua orang memerhatikan kami. Argh malu. Lalu aku berjalan ke arah Sabrina dan meninggalkan dia sendiri. "Congratulation guys. Kan aku dah cakap confirm korang berdua yang jadi king and queen ni" kata Shah. "Well bro. Haha btw thanks. Bukan nasib korang kali ni" habib berkata sambil menepuk bahu Shah. "Amboi, berlagaknya engkau. Mentang mentang dah dapat reen" kata Sabrina. Habib hanya tersengih. "Jom lah kita balik, penatlah" sambung Sabrina. Lalu kami pun keluar dari dewan dan tidak lama kemudian yang lain pun beransur-ansur pulang. Jam dah menunjukkan pukul 1 malam. Cepat sangat masa berlalu kan. Aku dan habib menuju ke keretanya. "Kami balik dulu. Bye, lain kali kta jumpa lagi eh. Shah, hantar Sabrina pulang rumah terus eh! Awas kau" aku berkata kemudian terus masuk ke dalam kereta. Grrr sejuk.

Habib menghidupkan enjin kereta dan memulakan perjalanan. Aku hanya diam, mengantuk! Kalau hari hari biasa jam 1 ni dah besar dah peta aku buat. "Reen, kenapa senyap jer?" Habib memulakan perbualan. "Penatlah" jawab ku. Alahai kenapa suara manja semacam jer ni. "Balik rumah ni, mandi, solat lepas tu terus tidur eh?" Balasnya. "Ok" jawabku ringkas. "Awak tidur lah kejap, lama lagi nak sampai rumah awak ni" sambungnya lagi. "Its okay, saya teman awak drive" balasku. Tak nak lah aku tidur nanti dia apa apakan aku, susah! "Awak, awak. Dah sampai dah ni" kata habib mengejutkan aku. Eh dah sampai rupanya, takkan aku terlelap kot. "Ah?" Tanyaku. Kabur penglihatan ku. Baru bangun dari mimpi indah lah katakan. "Dah sampai rumah awak dah sayang" habib membalas. Membuntang mata aku mendengar perkataan 'sayang' tu. Awkward! "Oh, oklah saya turun dulu. Bye" jawab ku lalu membuka pintu kereta. Baru sahaja aku ingin keluar habib memegang tangan ku. "Goodnight my queen, sleep tight. Esok esok kita jumpa eh. Jangan lupa bersihkan diri,solat sebelum tidur. Iloveyou" katanya sambil mengusap kepala ku. Arghh so sweet mamat ni. "Awak hati hati drive eh. Ok. Bye" aku membalas. Lalu menutup pintu keretanya dan masuk ke dalam rumah. Bedtime!

_________________________________________

Im so sorry kalau part ni merepek sikit. Haha i have no idea right now! Tinggal berapa part ja lagi. Tunggu tau!

Queen of the NightWhere stories live. Discover now