part 16

231 6 0
                                    

Azan subuh membuatkan aku bangun dari tidur ku. Aku membersihkan diri dan menunaikan solat. Usai solat aku keluar ke balcony. Sejuk!

Lagi dua hari birthday aku. Aku nak buat apa eh? Nak sambut ke tidak? Alisa dengan Risma cadang nak pegi reunion tu tapi aku tak nak begitu juga dengan Sabrina. 'Tak pe lah aku sambut dengan Sabrina jer lah' aku bermonolog sendirian. Aku masuk semula ke dalam bilikku dan turun ke bawah. Bosan! Tak tahu nak buat apa. Ayah outstation. Tinggal aku berdua aje la dengan ibu di rumah besar gedabak ni. "Morning bu" ucapku sebaik melihat ibu keluar dari arah dapur. "Eh morning princess ibu. Meh sini kita breakfast" balas ibu. Lalu aku duduk di meja makan untuk bersarapan.

Usai sarapan aku menolong ibu mengemas meja dan mencuci pinggan kemudian aku keluar untuk menyiram bunga. "Apa aku nak buat hari ni ye? Window shopping best gak. Nanti aku ajak diorang lah gi window shopping" aku berkata sendirian. Selepas menyiram bunga aku duduk di buaian sambil mendengar lagu.

~because tonight will be the night that I will fall for you.

Over again don't make me change my mind~

Kemudian aku menukar lagu lagi.

~Cause All of me Loves all of you love your curve and all your edges
All your perfect imperfection

Give your all to me I give my all to you, you're my end and my beginning even when I lose I'm winning

Cause I give you all of me. And you give me all of you ohh~

Aku masih ingat saat habib menyanyikan lagu itu padaku di depan semua orang. Hanya Allah saja yang tahu betapa aku rindu padanya, suaranya, matanya, senyumannya. Aku rindu! Permata jernih jatuh mengalir di pipi ku. Tidak tahan aku menanggung semua ini.

Brttz brtzz~

1 notification dari whatsapp.

Aku membukanya dan ternyata chat dari Sabrina.

-Baby, whatcu doin' ? Shopping jom?-

-Pehal kau ni be baby2 segala. Ish geli aku haahha. Shopping? Ok gak tu. Shall we?- balasku

- Tak boleh ke? Alaa kau ni hahaha. Pukul 1 aku ambik kau ok? Kite guna tudung kaler pink eh biar matchong sikit. Okay set!- balasnya

-pink? Euw I don't like pink kaler lah. Hm whatever dol. Tak paya nak gedik gedik dengan aku eh. Bye- balasku

Aku masuk ke dalam rumah mencari ibu ku. "Hah ibu jumpa pon. Reen nak hangout dengan Sab nanti pukul 1 eh ibu?" Kata ku sebaik melihat ibu di belakang rumah. "Pukul 1? Hah elok lah tu. Ibu pun nak meet up dengan umi kesayang kamu tu hihi" balas ibu. 'Umi?' Desis hati ku. "Nanti Sab yg amik reen. Ibu dont worry ok" balasku. "Ok then. Oh yer, reen dgn habib macam mana? Bila dia nak balik sini?" Tanya ibu. Terkejut aku mendengar nama itu. Hm buat muka selamba je reen. "Hah? Kitorang ok aje.....tak tau pulak reen, dia busy lah semenjak dua menjak ni. Nanti ibu tanya lah umi eh" balasku dengan nada yang agak mendatar. Ibu hanya mengangguk. Lalu aku masuk ke dalam.

Jam sudah menunjukkan pukul 12 tengah hari. 'Baik aku siap awalawal' aku bermonolog sendiri. Lalu aku naik ke bilik ku dan membuka almari pakaian ku lalu mengambil tudung bawal berwarna pink. "Nasib ahh budak Sabrina tu suruh aku guna kaler pink kalau tak, tak de nya aku nak guna." Aku berbicara sendiri. Entah kenapa aku tak suka sangat dengan kaler pink. Menyampah aku dengan kaler tu. Aku membelek belek pakaian ku dan mengambil t-shirt long sleeves yang berwarna biru tua manakala seluar aku memilih skinny jeans berwarna biru muda. Setelah siap mendandan diri ku aku melihat cermin "hm okay jgak pink ni eh" aku berkata sendirian kemudian memakai jam dan mengambil beg ku yang berwarna coklat tua lalu turun ke bawah. Sesampainya di bawah aku melihat ibu pun sudah siap. "Kenapa ibu tak jalan lagi?" Tanyaku. "Tunggu reen jalan barulah ibu gerak jugak. Alaa tak jauh mana pun butik umi reen tu" balas ibu sambil tersenyum. Tidak lama kemudian Tett Tettt bunyi hon kereta. Aku mengintai dari tingkap dan melihat kereta Sabrina. Aku pun menyalam ibu ku kemudian menyarung sneakers di kaki ku dan keluar menuju ke kereta makcik kesayangan aku tu haha!

"Hey, you look so gorgeous today!" Kata sabrina sebaik sahaja aku masuk ke dalam kereta. "First time puji. Kau nak ape hah?" Balasku dengan nada sinis. "Eh eh kita puji ikhlas tau awak. Dah lah pasang seatbelt kau tu. Lets go bebeh!" Balas sabrina lalu dia memecut laju keretanya. Mampus je aku tak dalam kereta ni rasa macam dalam jet aje. Destinasi kami ialah Berjaya Times Square. Uhh memang sesuai sangat dengan kitorang yang kaki shopping ni. Selepas hampir setengah jam kami di dalam kereta, akhirnya sampai jugak. Alhamdulillah! Jalan jem punya pasal la kitorang lambat sampai ergh takpa yang penting dah sampai. "Here we are. Let's shopping!" Jerit sabrina.

Queen of the NightWhere stories live. Discover now