Untitled Part 35

75 3 0
                                    

"Aisyah, jom masuk...tentu mama risau...lagipun akak lapar la..."

     "Jom..."dia menarik tanganku masuk semula ke dalam.

     Aku duduk semula di sebelah ibunya dan Kyra...sementara Aisyah mengambil makanan di sudut dewan...

     "Lamanya Ain ke tandas..."ujar ibunya.

     "Ain ambil angin kat luar ma...ma dah makan...?"aku menjamah makanan yang diletakkan oleh Aisyah di hadapanku..

     "Mama dah kenyang Ain, Ain makan la, kesian mama tengok Ain..."ujar ibunya memandang simpati padaku...

     Acara petang itu ditamatkan dengan bergambar beramai-ramai bersama peminatnya...aku hanya memandang dari jauh...mesra sekali dia melayani setiap tamunya...patutlah dia disenangi ramai...nasib tak ada yang bertanya mengenai aku...atau ada yang dah tahu tapi buat-buat tak tahu...ah biarlah...selagi privasiku tak diganggu....

     Mujurlah mama juga jenis yang tak suka bergambar..., jadi adalah peneman aku...setelah semua bersurai, kami pun bergerak pulang...

      "Malam ni makan malam kat rumah mama ye..."ujar ibunya setelah kami berpisah petang itu..

     Aku mengikut Ahmad Sufri ke keretanya untuk pulang ke rumahnya.

     "Sayang..., I miss you like crazy..."ujarnya bila sahaja aku melabuhkan punggung di sebelahnya...

     Aku cuma tersenyum tawar padanya...mendapatkan kedua tangannya, bersalam dan mengucupnya...dia mengucup keningku seperti biasa.

     "Rajuk abang dah habis..?"soalku memandang wajahnya yang jelas penat itu.

       Dia cuma memandangku cuak...membulatkan sepasang mata redupnya padaku...lama kurindukan muka cuak comelnya itu...cermin mata gelapnya ditolakkan ke atas kepala.

     "Mana ada merajuk..!"ujarnya lagi.

      "Why don't you tell me about this..?"soalnya sambil menyentuh perutku yang menonjol seraya memandangku mengharapkan penjelasan.

     "Ain tahu tak, bila sahaja Ain masuk ke dewan dengan Aisyah tadi, mahu saja abang lari dari pentas mendapatkan Ain, peluk Ain...and when I realize that you are pregnant...,I feel so sad..how come you didn't tell me, tell my family about this...?"ujarnya lagi sambil memegang erat kedua-dua tanganku dan merenung tepat ke mataku.

     Aku cuma memandang kosong padanya...mahu sahaja ku luahkan segala padanya..tapi ini bukan masa yang sesuai...

     "Boleh tak kita bincang benda ni kat rumah..."ujarku sambil memandang ke luar menahan rasa.

     Terasa benar hati ini bila dia menyuarakan rasa hatinya setelah sedar aku mengandungkan zuriatnya tika itu...tidakkah dia faham untuk apa ku rahsiakan perkara sebesar ini...ah, tak mahu mengikut rasa hati, nanti lain pula jadinya...bukankah aku datang dari jauh hanya untuk memujuk rajuknya bukan pula nak merajuk padanya,..aku terus mengeluarkan hadiah hari jadinya dari beg...ku serahkan padanya..,

     "Selamat hari lahir abang...ini sahaja yang mampu Ain bagi..."aku tunduk, tak berani memandang redup matanya...

     Dia mengambil pemberianku...dia menarik riben putih pada kotak dan membuka penutup kotak hitam itu...mengeluarkan jam yang ku beli bulan lepas...dia menanggalkan jam pada tangan kirinya,...menyerahkan padaku...,

     "Thanks sayang,..tolong pakaikan untuk abang..."ujarnya seraya menyuakan tangan kirinya padaku.

     Aku mengambil jam dari tangannya dan pakaikan untuknya...memasukkan jam yang ditanggalkan tadi ke dalam kotak kosong...mengambil beg sandangnya di belakang dan memasukkan ke dalamnya..

SUMPAH CINTA  (2)Where stories live. Discover now