Untitled Part 45

79 3 0
                                    

     "Dah lewat ni mama...jom la kita tidur..."

"Ya la kak, Aisyah pun dah ngantuk ni...tak pe kami angkat mereka ke bilik ye..."ujar Aisyah sambil bangun mengangkat Affwan, sementara Kyra mendukung Fiyya...dibawa keduanya masuk ke bilik. Aku mengikuti mereka dari belakang...sementara ibunya turut bergerak ke biliknya.

"Good night kak.."ujar Aisyah seraya menutup pintu bilikku..keadaan makin sepi tika itu..aku merebahkan tubuh di sebelah si kembar berdua..

Ya Allah, macam mana aku nak tidur ni...setiap penjuru bilik itu mengingatkan kenanganku bersama dia...bagaimana dia mencuri masuk ke bilik ini tatkala kunjungan kali pertamaku ke sini...bagaimana dia menarikku ke pelukannya tatkala aku menyambut pemberian baju darinya...dan bagaimana aku terpukau dengan renungan sepasang mata lembutnya..aku kembali lemah...berjuraian air mataku gugur ke pipi...rindu amat aku padanya...

Aku bangun dari katil...lantas ku capai telefon bimbit dari beg tanganku...check mesej...tak ada satu pun mesej darinya...mesej aku semalam terbiar sepi di situ...walau pun ku tahu dia telah membacanya.

AKU : Abang, Ain nak minta izin jenguk mama kat Spore esok..Ain

bawa Affwan dan Fiyya sekali..

Ku lihat statusnya pada bahagian atas telefon.. 'online'...

"Astaghfirullahalazim..."aku beristighfar lagi minta diberikan ketenangan hati...

Aku bergegas ke bilik air, ambil wuduk, solat sunat istikharah seperti selalu...

"Ya Allah, kau berilah ketenangan hatiku saat-saat getir ini ya Allah, kau berilah juga ketenangan hati pada ibu mertuaku, pada adik-adik iparku yang ku sayang...kau rahmatilah mereka ya Allah...kau tunjukilah kami ke arah jalanmu ya Allah..kau berkatilah suamiku walau di mana sahaja dia berada...sesungguhnya aku amat merindui dia saat ini ya Allah...Kau ketuklah pintu hatinya supaya turut mengingati aku dan anak-anaknya saat ini ya Allah...Kau bawakanlah angin rinduku supaya menyapa pipinya saat ini ya Allah...Amin ya rabbal alamin..."ku akhiri solatku dengan doa diirigi juraian air mata yang menitis laju..

Aku tersedar dari sejadah setelah mendengar rengekan si kembar...aku ke dapur, menyediakan susu untuk keduanya...kembali semula ke bilik dan tertidur di sisi keduanya hingga ke subuh setelah selesai mereka menyusu..

Pagi itu entah kenapa teringin benar aku nak ke apartmentnya yang mengambil masa hampir setengah jam perjalanan dari rumah ibunya...lagipun aku ada kunci spare...

"Nah, Ain ambil kunci spare ni...senang nanti Ain nak masuk ke rumah kalau abang tak ada..."teringat aku pada kata-katanya semasa kunjungan terakhirku sebelum Affwan dan Fiyya lahir dulu..

Lantas kutinggalkan si kembar pada mama...aku menaiki uber ke sana...tak nak lagi menyusahkan Aisyah dan Kyra yang masing-masing sibuk di tempat kerja...

Menapak masuk ke dalam seakan membuka kembali memori bahagia aku dan dia lebih kurang setahun yang lepas...ruang tamu masih begitu...seakan tidak terusik barang-barang di situ...aku faham sekali dengan sikapnya yang suka berkurung dan melakukan tugasan di dalam biliknya...dan dia tak gemar untuk mengundang sesiapa ke rumah jika aku tiada..

Terasa bersalah juga bila memasuki rumah itu tanpa pengetahuannya..ah inikan juga rumahku,

"Boleh ke Ain nak datang rumah abang ni kalau abang tak ada...abang tak marah...?"ujarku dulu ketika dia menyerahkan kunci rumah padaku.

"Bukan rumah abang la, rumah kita...takkan nak masuk rumah sendiri pun nak minta kebenaran abang..?"guraunya sambil mencuit pipiku..

"Ain kan pandai buat deko dalaman ni...abang serahkan seratus peratus untuk Ain hiaskan rumah ni"ujarnya lagi.

SUMPAH CINTA  (2)Where stories live. Discover now