6 | Part time

4.9K 475 53
                                    

Guni-guni beras diluar kedai dimasukkannya ke dalam. Perbuatannya diperhatikan oleh tuan kedai sejak tadi. Namun, Iskandar hanya tidak mengendahkannya dan cuba menyudahkan kerja itu secepat mungkin.

"Nain." Tegur Pak Mail.

"Ya, pak cik." Usai sahaja mengangkat kesemua guni beras, dia bergerak ke kaunter. Di situ Pak Mail perhatikannya sejak tadi.

"Kenapa kau kerja? Ayah kau bukan engineer ke? Minta je la duit dekat bapak kau tu." Puntung rokok yang sudah memendek dibuangnya.

"Saja tambah duit poket." Dalih Iskandar. Orang luar akan melihat keluarganya serba cukup padahal hanya dia yang rasa betapa mereka hidup dalam kekurangan. Disebabkan slip gaji ayahnya la, dia sukar untuk mendapatkan biasiswa di sekolah.

"Nanti sudahkan kemas stor belakang. Tengok barang apa tak cukup, buat senarai bagi aku." Ujar Pak Mail.

"Tapi pak cik... Saya nak cakap pasal gaji."

Pak Mail memandang Iskandar.

"Gaji RM10 sehari tak cukup la pak cik. Saya kerja dekat sini 14 hari, RM140 je saya dapat nanti." Jujur Iskandar.

"Dah kerja kau senang je. Susun barang, kemas kedai, apa lagi? Mana boleh bayar mahal-mahal. Kedai runcit aku ni pun kecil je." Pak Mail berkerut melihat remaja itu. Dilihatnya atas dan bawah.

"Pak cik ada kerja tambahan tak? Saya boleh buat dua kerja asalkan gaji saya banyak." Iskandar masih bersungguh-sungguh sanggup melakukan apa sahaja.

"Kerja?" Pak Mail berfikir sejenak. Darah muda ni memang sanggup buat apa sahaja asalkan dapat duit.

"Aku ada mesin rumput dekat rumah. Kau nak tak ambil upah mesin rumput? Aku sewa dekat kau untuk 14 hari ni."

"Boleh-boleh. Berapa tu pak cik nak sewa?" Pantas Iskandar mengangguk.

"RM200. Aku bagi kau semua kelengkapan dia. Macam ni, datang kerja dekat kedai aku pagi sampai tengah hari. Nanti zohor kau pergilah mesin rumput dekat mana-mana. Tapi aku nak kau datang balik kedai ni lepas Isyak untuk tolong aku kemas-kemas dan tutup kedai. " Pak Mail menepuk bahu Iskandar. Dia membiarkan remaja itu tersenyum sehingga telinga. Bahagia betul dapat buat dua kerja.

Iskandar segera menyambung kerjanya. Jika sebelum zohor dia dapat mengemas stor belakang, Pak Mail akan memberikannya mesin rumput itu. Bolehlah, asalkan dapat tambah duit poket.

Banyak perbelanjaan yang perlu ditampung. Yuran taekwando Zulaikha lagi, perbelanjaan harian rumah dan perbelanjaannya di sekolah.

"Siapkan kerja tu cepat! " Laung Pak Mail dari kaunter kedai.

***

Zulaikha menyikat rambut ikal mayangnya di ruang tamu. Dia kusyuk menonton televisyen sejak tadi setelah tidurkan Salahuddin di biliknya. Terasa sunyi malam-malam sejak ibunya bekerja.

Ingatkan kalau abang sendiri dah balik, bolehlah lepak dengan alongnya itu. Tapi Iskandar pun bekerja sejak pagi, pukul 10 malam baru pulang. Ibunya pula akan pulang lewat malam.

"Bosannya." Keluh Zulaikha. Buku-buku rujukan di tepi sofa cuba diambil menggunakan hujung jari.

Pintu utama terkuak setelah seseorang memberi salam. Zulaikha bingkas berdiri.

"Along." Panggil Zulaikha. "Baru balik?"

"Hm." Jawab Iskandar acuh tidak acuh. Dia terduduk di sofa dengan mata yang terpejam.

"Along, kenapa ni?" Gadis itu menggaru keningnya yang tidak gatal.

"Along penat." Badannya sudah lesu kerana tidak berehat sejak pagi. Memadailah dengan duit yang diperoleh hari ini. RM200 untuk upah memotong rumput buat hari ini sahaja. Bayangkanlah berapa kaki rumput telah dia kerjakan.

Aᴋᴜ, Isᴋᴀɴᴅᴀʀ Dᴢᴜʟᴋᴀʀɴᴀɪɴ✓[TERBIT] | كاونΌπου ζουν οι ιστορίες. Ανακάλυψε τώρα