Bab 27

1.6K 97 0
                                    

RANCANGAN Syed Adzrin untuk bawa Balqis dinner bersama keluarganya malam itu terbatal begitu saja. Puas juga dia cari alasan untuk tipu sunat Sharifah Qaseh. Mujur si mummynya itu percaya.

"Nanti dia senang-senang bawalah jumpa mummy. Teringin juga nak tengok bakal menantu mummy tu. "Sempat lagi Sharifah Qaseh berpesan kepada Syed Adzrin.

Syed Adzrin hanya mengangguk. Dia sendiri takut kalau Balqis tiba-tiba menerima lamaran Tengku Amirul. Ya Allah! Dia tidak sanggup Balqis jatuh ke tangan orang lain. Dia takkan biarkan hal itu terjadi.

"Kamu tercegat apa lagi dekat situ Adz? Masuklah tidur. Esokkan kerja. "Syed Adham pula menegur anak bujangnya itu. Malam itu saja kerap dia lihat Syed Adzrin termenung. Apa yang difikirkannya pun dia tidak tahu.

Syed Adzrin yang tengah sibuk termenung itu lantas menggaru belakang lehernya yang tidak gatal.

"Err.. Daddy masuklah dulu. Kejap lagi Adz masuk tidur. Nak kena angin luar dulu. "Ujarnya sambil matanya memandang bintang di langit malam.

'In a thousands star, i still cannot find the star as good as you deep in my heart. 'Gumam Syed Adzrin.

Tangannya naik memeluk tubuh merasa kesejukan angin malam yang mulai menyapa kulit lengannya yang terdedah. Tiba-tiba dia fikirkan sesuatu saat itu. Lantas, senyuman senget melorak di wajah kacaknya.

Laju kakinya mengatur langkah ke bilik tidurnya. Telefon yang berada di atas almari dicapainya pantas aplikasi Whatsapp dibukanya.

Online

Cantik! Itu yang dia nak. Laju jarinya menaip ayat yang dia fikir tadi. Mana tau itu jadi bonus untuk dia pikat hati Balqis.

-In a thousands star, i still cannot find the star as good as you deep in my heart, Balqis Qaisara. I'm really hope that you can accept me as your husband.

The most important is i'm really hope too that you know who am i to you before.. 😉

Send!

Butang 'send' ditekannya. Harap saja Balqis baca apa yang ditulisnya. Kepalanya diketuk perlahan apabila dia terlupa tulis satu benda. Sekali lagi jarinya menaip. Dia lihat chat dia yang sebelum telah bluetick jadi Balqis dah baca tapi tak balas. Hmm, it's okay.

-Sorry for disturbing you, good night sayang. Have a sweet dream and get your answer soon. I hope you'll give me a chance🙏

Balqis sekali lagi membuka telefonnya apabila mendengar notifikasi yang masuk. Syed Adzrin lagi. Pantas dibacanya mesej itu.

Sayang?

Balqis sudah menyimpul senyum. Tapi, kembali beriak biasa selepas dia ingat bahawa esok hari di mana dia harus memberi jawapan atas lamaran dua jejaka tersebut.

Tapi...

Sekarang, dia rasa dia perlukan seseorang untuk dia beri kata putus kepada mereka. Pantas dia tekan video call kepada abangnya, Hazim.

Beberapa saat kemudian panggilan videonya diangkat oleh Hazim. Nampaknya abangnya itu elok pakai apron di luar rumah.

Sah!

Abang dia tengah goreng char kuey teow hasil permintaan pelanggan-pelanggannya. Minta dia tidak mengganggu abangnya itu.

"Kau nak apa ngah? "Soal Hazim tanpa banyak kata.

Balqis mencebik bibir menerima sapaan kasar abangnya itu.

"Assalamualaikum.. "Sengaja Balqis perli si abang.

Oops,Terjatuh Cinta?✔Where stories live. Discover now