BAB 7

1.5K 32 0
                                    

HARI Ahad berikutnya, entah kenapa Maya mengharapkan Syakir Aliy yang datang menghantar Maini. Excited pula dia menunggu Maini. Tetapi akhirnya, perasaan kecewa datang menjengah di hatinya kerana orang yang datang menghantar Maini adalah mama Maini sendiri, Juliana.

"Cikgu." Maini berjalan terkedek-kedek sambil memanggil Maya.

"Hi princess. Happynya dia hari ni." Maya mencuit pipi gebu Maini.

"Mestilah happy Maya. Ucu dia belikan mainan baru. Sukalah dia." Juliana tersenyum kepada Maya.

Maini pula berjalan masuk ke dalam kelas.

"Oh. Dapat upah rupanya. Patutlah happy semacam ye." Maya tersenyum juga.

Juliana tersenyum memandang Maya sambil menjongket kening. Lain macam pula senyumannya di mata Maya.

"Kenapa kak? Ada benda ke kat muka Maya?" Maya bertanya sambil menyapu-nyapu mukanya. Manalah tahu pipi terlebih merah ke apa.

"Lepas ni Maya kena panggil akak, alonglah nampaknya." Juliana sengih lagi.

"Kenapa?" Maya hairan.

"Ucu bagitau akak, dia keluar makan dengan Maya malam tu."

"Oh. Itu... Kami takde apa-apa hubungan pun kak. Keluar makan aje."

"Kalau ada pun takpe. Akak suka. Mak akak pun suka. Maini lagi suka."

"Akak ni. Segan Maya. Kita orang takde apa-apa pun kak. Baru nak berkawan."

"Nak segan apa pulak? Takpe. Famili kita orang semua sporting tau. Tak payah nak segan-segan, malu-malu."

Juliana ingat lagi, betapa bersungguhnya adik lelakinya bertanyakan tentang Maya. Maya ada kekasih atau tidak? Maya dah berpunya ke belum? Manalah Juliana tahu semua itu.

"Maya takde apa-apa dengan adik akak tu. Lagipun malam tu, Maya pun tak tahu kenapa. Tiba-tiba aje dia datang ajak Maya gi makan. Maya pulak tengah lapar, on ajelah."

"Hurm. Tu tanda awal yang dia suka kat Maya. Mana ada lelaki nak belanja perempuan suka-suka aje. Melainkan sebab dia sukakan perempuan tu."

"Tak la kak. Dia belanja sebab nak ganti makanan Maya siang tu aje. Takde sebab lainlah." Maya menangkis. Tidak mahu Juliana membuat andaian yang belum pasti.

"Alah. Itu alasan dia aje. Dia sebenarnya nak dekati Maya. Percayalah cakap akak."

"Maya ni dah tua kak. Takkanlah dia nak pandang Maya ni." Maya ketawa perlahan.

"Berapa umur Maya?"

"30, kak."

"Adik akak tu 27. Beza tiga tahun aje pun dengan Maya. Lagipun Maya tak nampak pun macam lebih tua daripada dia. Nampak sebaya aje."

Aduh! Bercakap dengan Juliana asyik buat Maya terasa hendak sengih saja. Jangan Juliana ingat Maya syok sendiri sudahlah!


MALAM itu, Maya asyik terkenangkan kata-kata Juliana siang tadi. Penangan apa Syakir Aliy ni? Takkan baru jumpa sekali dah jatuh cinta? Peliknya!

Sedang Maya melayan perasaan, WhatsAppnya berbunyi.

Hai.

Maya membaca mesej daripada Syakir Aliy. Tangannya gatal mahu membalas. Hati pula menegah. Hanya dengan hai saja pun sudah cukup menggembirakannya. Betul-betul sudah mabuk Maya ni!

Hai.

Akhirnya Maya membalas juga. Orang tua-tua kata, jangan ikutkan hati, nanti mati. Jadi, Maya buat keputusan untuk ikut tanganlah.

KAU RASMI MILIKKUWhere stories live. Discover now