Setelah bertungkus lumus si Joshua di dapur , akhirnya maggi sudah sedap. Tapi , asal bau maggi dia lain main. Joshua terus mengangkat periuk itu dan terus diletakkan di atas meja makan berlapik tuala dapur.
" Siapa nak makan maggi ?!! ", jerit Joshua dari dapur dan semua terus datang , menerpa ke dapur.
" Bau apa ni ", hidung Dokyeom terangkat , menghidu bau maggi buatan Joshua.
" Maggi apa bau macam ni ", Mingyu yang baru sahaja mendekati periuk itu , terus memandang maggi buatan Joshua.
" Kau suruh aku masukkan kebodohan aku-",
" Ah ni bau kebodohan Shua rupanya ", Jeonghan gedik ketawa kecil , menekup mulut sebaik saja Joshua memandang.
" Dah. Makan jelah ! ", Joshua menghulurkan pinggan mangkuk kepada mereka semua yang sudah pun duduk di atas kerusi masing masing dan hanya menunggu maggi terhidang.
Ada yang teruja mau makan , ada yang takut diracun dan ada juga yang 'kalau makan nanti kena work out balik ni'.
" Jangan complain apa apa. Makan je ", ucap Joshua sebaik saja semua orang sudah mendapat hidangan. Masing-masing mengambil chopsticks dan menghirup maggi itu.
Suasana yang bising menghirup tadi , terus tiada. Tiada lagi bunyi hirupan urat urat maggi , yang ada hanya bunyi maggi dikeluarkan semula dari mulut.
" Ke-Kenapa ", Joshua risau. Dia rasa , dia tak ada letak apa apa pun.
Semua bergegas ke sinki untuk berkumur. Ada yang tercegat , tidak tahu berbuat apa. Namun , beruntung kepada siapa yang tidak gelojoh merasa maggi buatan Joshua.
" Firasat aku betul. Maggi ni ada tak kena ", Mingyu menolak mangkuk itu ke depan , menghala ke Joshua. Joshua hanya berkerut. Masak maggi je kut , takkan tak boleh dimakan.
" Nasib baik aku malas nak makan ", Seungcheol turut menolak mangkuk ke tepi.
" Kenapa ? ", Joshua mengambil chopstik di atas meja , dan menghirup maggi buatan dia sendiri. Sesudah masuk ke dalam mulut , menyentuh lidah , terus terasa. Sakit yang amat rasa ketidaksedapan maggi.
Dia pun segera berkumur.
" Ah sorry-", pinta Joshua dan dia terus berfikir sejenak , apa yang dia bubuh semasa memasak tadi. Whisky ke ?
" Dengan maggi yang rasa macam ni , perut lapar lagi-",
" Ikat jelah perut tu ", Seungcheol mengerling Seungkwan. Dua Seung-okay.
" Ah takpe takpe , kita order ", Joshua memecahkan suasana , dimana semua mukanya murung sendu saja tak dapat makan , nanti difikir Seungcheol pula tak bagi mereka semua makan. Tapi sebenarnya , dah berapa kali makan ?
" Aku ambil phone kejap ek ", Joshua segera keatas untuk mengambil telefon bimbitnya. Sebaik saja telefonnya ditangan , dia segera menuju ke tingkat bawah semula. Aplikasi foodtiger dibuka.
" Nak order apa ? Aku belanja ", ucap si Joshua , menenangkan hati mereka yang lara , dilema kerana tidak dapat merasa maggi belian Seungkwan.
" Ikut sajalah ",
" Apa apa je ",
" Ramen ke maggi ke-",
Joshua terus mencari menu - menu tersebut. Setelah mendapatnya , dia terus memesan makanan tersebut. Joshua pun terus menghembus nafas lega. Nasib kawan kawannya semua tak mati kerana kisah magginya.
Kalau ada berita , sekumpulan pemuda meninggal dunia kerana maggi tu , tahu tahu lah apa puncanya. Jangan tuding jari ke Joshua. Joshua budak baru belajar , kalau salah tolong tunjukkan.
YOU ARE READING
love mission + svt'ff
Fanfictionapabila 13 lelaki muda yang sudah puas hidup dalam kebosanan , mereka pun cuba meletakkan satu misi untuk semua dimana misinya ialah mencari 'yeojachingu' dalam tempoh yang ditetapkan. " BOSANNNNN ! ", [♡] #1 meanie #1 verkwan #1 jeongcheol #5 seven...