two

94 20 21
                                    

Choco's Cafe

Seperti biasa seungwoo dan rakan2nya yang lain akan bersantai di cafe sungyoun. Jiyun juga di tempat yang sama dan waktu yang sama dia berada di cafe tersebut.

Seungwoo mengusha figura jiyun dari belakang sambil menghirup iced choconya berterusan sehingga habis [apa aku merepek ni siot]

"Oi hyung, kau ni lama aku perati dah ni asyik usha yeoja tu. Hyung suka dia eh?", usik yohan.

"Ish kau ni mana ada lah, hyung saje je tengok dia. Yelah dia selalu kan dekat sini"

"Hyung, dia tu regular customer aku. Dia selalu datang sini, buat assignment pe semua dia buat kat sini"

"Berapa umur dia?"

"Lebih kurang yohan ngan hangyul jugak lah kot, sebab dia belajar lagi rasanya"

"Nama dia kau tahu?"

"Mana lah aku tahu, hyung nak tahu pi lah tanya sendiri"

"Ayy hyung dah jatuh cinta ke tuuu", usik dongpyo

"Lempang nak lempang? Kau sambung je buat homework kau tu", terus dongpyo menyambung kerjanya.

Seungyoun berjalan ke arah jiyun sebab jiyun angkat tangan tadi. Mungkin ada apa2 yang dia nak.

"Ya, ada apa yang saya boleh bantu?", seungyoun senyum hingga menampakkan eye smilenyaa.
[aku boleh imejin do aaaaaaa semnyaaa weh]

"Nak iced americano lagi satu and cheesecake satu"

"Okay, tunggu kejap ya"

"Nae", seungyoun terus pergi ke dapurnya untuk menyiapkan order jiyun. Seungwoo pulak menyibuk dekat dapur tu.

"Hyung nak apa ni hyung?"

"Dia order apa?"

"Iced americano dengan cheesecake"

"Dia memang selalu order tu ke?"

"Haah, kalau cuaca tengah sejuk dia selalu order hot chocolate"

"Ouh lepasni hyung order macam dia lah"

"Eh eh hyung ni apahal?"

"Apa? Salah ke?"

"Tak salah, tapi kenapa tiba2?", seungyoun buat muka peliknya.

"Eh sukati aku lah"

"Yelah sukati hyung lah ye, dah sana aku nak hantar ni", seungyoun terus menghantar order jiyun tadi. Seungwoo kembali ke tempat duduknya dan sambung usha jiyun. Obses nau kau ngan dia ya.

Jiyun's pov

Seperti selalu, aku duduk dekat cafe ni. Sekumpulan lelaki yang selalu ada dekat sini pun masih ada disini, aku tak pernah kenal pun diorang tapi apa yang aku tahu diorang kawan2 owner cafe ni.

Aku hanya fokus pada assignment aku, tapi aku rasa macam ada orang pandang aku buatkan aku kurang selesa. Aku tengok dari screen handphone aku, ada seorang daripada diorang pandang ke arah aku. Dia pandang aku ke pandang luar sebenarnya? Aku hiraukan dia.

Selepas aku siapkan assignment aku, aku bangun dari tempat duduk aku dan pergi ke kaunter untuk bayar. Owner dia ramah orangnya cuma aku je yang agak dingin.

Selesai aku bayar, aku keluar dari cafe tu dan aku berjalan ke arah rumah aku. Rumah aku dengan cafe tu tak jauh mana pun, dalam 15 minit berjalan sampai lah.

Sampai rumah macam biasalah, aku akan terus ke bilik aku. Ya, hidup aku terlalu sendu ya gais. Oppa aku mungkin dalam bilik kot, sebab kereta dia ada tapi dianya tah ke mana.

Aku mandi, selesai tu aku baring atas katil aku. Kenapa aku rasa hidup aku kosong? Aku tahu aku dah banyak berubah, aku dah tak tahu macam mana nak senyum. Aku dah tak tahu macam mana rasanya bahagia.

Kedengaran pintu bilik aku terbuka, jinhyuk menjengah sikit kepalanya ke dalam bilikku.

"Boleh oppa masuk?"

"Masuklah", aku bangun dan duduk menghadap oppa aku yang duduk dia atas katil aku.

"Waeyo oppa?"

"Esok jiyun busy tak?"

"Esok tak busy pun, kenapa?"

"Oppa ingat nak ajak jiyun pergi ziarah makan omma and appa. Nak ikut?"

"Nak, jiyun rindu diorang", aku menundukkan kepala aku sedikit. Sedih. Jinhyuk membelai rambut aku.

"Jiyun, oppa tahu jiyun rindu diorang. Oppa pun rindu diorang. Tapi jiyun, diorang dah tinggalkan kita 5 tahun jiyun. 5 tahun. Sampai bila jiyun nak bersikap macam ni?"

Aku hanya mendiamkan diri. Mesti oppa aku pun dah penat hadap perangai aku macam ni.

"Tapi oppa, jiyun rasa kosong"

"Jiyun, apa gunanya oppa ni jiyun? Oppa ni bukan sesiapa ke bagi jiyun? Atau jiyun tak pernah anggap oppa ni abang jiyun?"

"Bukan macam tu oppa, tapi haih tahlah jiyun pun tak tahu oppa. Jiyun dah cuba buang perangai ni tapi jiyun tak boleh"

"Jiyun, oppa rindu jiyun yang dulu. Oppa rindu adik oppa yang suka gelak yang suka sakat oppa dulu. Mana pergi jiyun yang dulu?"

"Maafkan jiyun oppa, tapi jiyun tak boleh jadi jiyun yang dulu. Jiyun tudur dulu, jaljayo", aku terus menyelimutkan diri aku dan aku menangis dalam diam.

Aku juga rindu diri aku yang dulu, tapu aku tak mampu nak ubahnya semula. Lama kelamaan aku tertidur bertemankan air mata.


 Lama kelamaan aku tertidur bertemankan air mata

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Heyyooooo

FF yang ni aku cuba buat kelainan tapi alahai asal aku rasa sendu ngat ni sedih2

Tapi takpelahh

Enjoyy!!

[✓] Votement

Random tag:-

ippeoyobunny
cherrypyo
snowinmira
W00J1NPUMA_
WROSLIDAWARASHID
emaajjaeni
VMinhope716

maap kepada yang tak suka ditag😬

[SU] CAFE || Han SeungwooWhere stories live. Discover now