seven

96 19 49
                                    

Seoul University

"Daniel kata yeoja tu perempuan murah" -stud1-

"Uish serious ah?" -stud2

"Iyee, katanya ada simpan anak ikan" -stud1-

"Perangai macam tu pun ada yang nak kat dia eh? hahahahha lawak betul" -stud3

"I know right huh kalau hot macam kita takpelah jugak" -stud4

Dan mereka pun bergelak tawa sesama sendiri. Tah apa yang lawak pun ntah lah.

Kecoh satu kolej yang jiyun ada anak ikan. Semuanya gara2 daniel yang menyebarkan cerita palsu itu, tapi kau ingat jiyun kisah?

Dia jalan selamba macam takde apa jadi pun. Biar lah orang buat dosa kan, kita tak payah join. Biarkan aje mereka menambah dosa mereka k apa aku merepek ni.

Jiyun teruskan perjalanannya ke kafeteria kolej. Dia masuk je dalam kafeteria tu ha semua pandang2, lagi2 daniel ada dekat situ jugak ergh jiyun buat muka nyampah.

Selepas jiyun membuat order di kaunter, dia mengambil salah satu tempat duduk yang berada di situ. Tiba2 daniel datang dan duduk di hadapan jiyun tanpa dipelawa. Jiyun hanya hiraukan daniel.

"Lepak sini pulak? Bukan selalunya lepak kat cafe sunyi tu ke? Dikelilingi anak2 ikan, raba2, minum2", daniel smirk.

"Apa masalah kau ha?"

"Aku tak ada masalah"

"Lepastu, yang sibuk lagi nak kacau aku apahal? Kau tak payah nak sibuk2 life aku boleh tak? Aku penat lah daniel, aku penat. And one more thing, diorang tu bukan anak2 ikan aku"

"Habistu siapa? Sepupu sepapat kau? Huh ingat aku nak percaya?"

"Suka hati kau lah nak anggap diorang as apa, sekarang ni boleh tak jangan kacau aku? Kau dah ada jihyo kan? Blah sana semak kat sini buat apa"

"Kau sekarang makin ganas kan? Agak2 atas katil macam mana eh?", daniel smirk. Oi daniel, ni dah kira sexual harassment bangang. Jiyun dah mula rasa seram sejuk + nafas dia mula turun naik sebab marah.

Daniel terus blah, fikiran jiyun tiba2 jadi kosong. Dia tak takut dengan daniel tapi tiba2 dia rasa tak sedap hati, dia rasa macam ada something yang akan jadi pada diri dia. Dia takut.

Sedang dia melayan perasaan dia, pesanan yang dia buat tadi sampai. Dia order benda yang sama macam yang dia selalu order di Choco's Cafe. Jiyun menghirup sedikit Iced Americano yang dia pesan tadi.

"Nyesal lak aku datang sini, iced americano seungyoun oppa lagi sedap", monolognya sendiri. Dia habiskan minumannya, tak sedap pun kena lah habiskan jugak kan. Tak elok membazir anak2.

Dia malas nak duduk dalam tu lama2 so dia keluar. Jiyun berjalan ke bustop, sampai2 je memang bas pon sampai tepat pada masanya. Jiyun mengambil tempat di bahagian sebelah tingkap.

Dia memang suka duduk dekat sebelah tingkap sebab boleh tengok luar, sampai dekat kawasan sekolah bas berhenti and memang ramai lah budak sekolah masuk dalam bas.Tiba2 ada yang menegurnya.

"Eo, jiyun noona?"

"Eo, hyeongjun ah", jiyun mendongak memandang hyeongjun. Bukan hyeongjun sorang je, yang lain pun ada sekali.

"Noona, nak duduk sebelah noona boleh?", tanya eunsang dan jiyun hanya mengangguk.

"Noona baru habis kelas ke?", diorang cari topik lah tu nak sembang ngan jiyun.

"Hm"

"Noona tak pergi cafe seungyoun hyung ke harini?", tanya dohyon yang tengah mengunyah snek yang dibelinya tadi sebelum balik. Menyempat eh kau dohyon.

[SU] CAFE || Han SeungwooWhere stories live. Discover now