팙 : 2

3.5K 374 118
                                    

❝ Reyhaa Suweg ❞

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Reyhaa Suweg

Aku sedang bersandar pada keretaku sementara menunggu kereta aku siap diisi minyak.

Sambil mengulum lolipop strawberry aku memandang sekeliling melihat manusia yang lain membuat perkara yang sama dengan aku iaitu mengisi minyak kereta.

Tapi ada jugak yang tengah bergaduh sebab owner kereta depan tu lambat sangat sebab dia singgah pergi keluar duit dekat atm machine selepas bayar duit minyak.

Inilah perangai rakyat korea yang teruk, malaysia pun sama— fikirkan lah pasal orang yang dekat belakang tu sama, dia nak cepat sebab nak gi amik anak sekolah ke, nak cepat sebab ada sedara mara meninggal ke kita taktahu urusan mereka.

Bak kata mak aku, kita senangkan orang nanti akan datang orang pula yang akan senangkan kita.

Kirituk!

Bunyi tersebut datangnya dari benda alah yang keluarkan minyak petrol tu.

Aku menarik semula benda alah tersebut lalu meletakkan ia di tempat asal. Kemudian aku mengambil penutup tangki minyak kereta aku lalu aku pulas pulas dan tutup dia punya pintu kecil.

Done isi minyak 50 ringgit. Patut tak aku update dekat status whatsapp? Hikhok.

Aku membuka pintu kereta sebelah pemandu lalu aku masuk untuk memandu kereta aku keluar dari situ. Kita bagi orang belakang pulak yang isi minyak yeh.

Aku memandu kereta aku balik ke rumah sewa aku semula. Setelah selamat sampai dan selamat dipakirnya ke dalam perkarangan rumah.

Aku pun mematikan enjin kemudian keluar dari kereta dan kunci semua pintu kereta.

Aku membuka kasut setelah sampai di hadapan pintu kemudian aku susun kan ia di rak kasut.

Aku membuka pintu dengan menggunakan kunci pendua yang telah sedia ada pada aku kemudian masuk ke dalam.

" uit baru balik? " , tegur rakan serumah aku leeka yang sedang enak makan kerepok kepunyaan ailee.

" sesedap engko je makan ailee punya kerepok kan? " , tegur aku apabila aku perasan bahawa keropok itu adalah kepunyaan ailee yang dia beli bersama dengan aku pada tempoh hari lepas.

" diammah, dia takde rumah— dia gi beli roti kejap, sape suruh du tak label yang ni dia punya hoho " , balas leeka dan terus menyumbat rakus keropok tersebut.

" ailee keluar? Lah patutlah motor dia takde " , kata aku kemudiam mula mengorak langkah ke arah sofa yang bersebelahan dengan leeka.

" √ " ♡ Abang Boba • JJKWhere stories live. Discover now