팙 : 23

1.7K 241 19
                                    

❝ Abang Kacak Kook ❞

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Abang Kacak Kook

" kook, nak ni " , aku dan reyhaa sekarang berada di dalam pasaraya untuk membeli sedikit barang basah.

" tak boleh, membazir je " , balas aku lalu menolak troli untuk bergerak ke rak lain pula.

" ala kook sayang kite, boleh laaaa " , rengek reyhaa sambil menggoyang goyangkan lengan aku dengan mukanya yang saje dicomelkan.

Reyhaa sekarang makin lama makin manja, kadang kadang dia garang, kadang kadang dia terlebih matang.

Aku pun pelik dengan perangai dia yang tiba tiba sahaja berubah.

" ish yelah! " , kata aku mengalah lalu mengambil plushie yang di peluk oleh reyhaa itu dan memasukkan ia ke dalam troli.

" cayang kookie kita hihi " , kata reyhaa lalu mencubit geram pipi aku.

Aku menolak troli ke rak makanan ringan, banyak yang reyhaa ambil dan letakkan ia ke dalam troli.

Selesai sahaja mengambil semua barang yang diperlukan, aku terus membawa troli ke kaunter dan membayarnya semua.

•••

" jungkook! Saya dah katakan lepas makan tu terus basuh pinggan! Kenapalah susah sangat nak dengar cakap? Sebijik je pun pinggan yang nak di basuh " , bebel reyhaa dari dapur. Aku hanya memekakkan telinga aku sambil mencungkil sisa makanan yang terlekat di gigi.

Ala dia tu bebel marah marah sambil basuh pinggan aku tu jugak. Baik duduk diam buat pekak je.

Kan aku dah kata yang bini aku ni makin hari makin pelik, kejap manja, kejap garang, kejap jadi penyayang dan matang.

Aku pun pelik dengan dia ni.

Period setiap hari ke apa?

Reyhaa yang dah selesai basuh pinggan aku tu terus keluar dari dapur dan mengorak langkahnya untuk ke bilik.

Aku mengikut langkahnya perlahan lahan. Dia mengambil duduk diatas katil lalu menjeling aku tajam.

Auch! Panahan cinta!

" sayang, sorrylah! Saya janji tak buat dah lepas ni " , pujuk aku dan duduk disebelahnya.

" pergi mati dengan janji kau " , balas reyhaa dingin. Ish dia ni! Kerja asyik nak marah orang je!

" aip sayang! Kenapa cakap macam ni? Pasal pinggan je pun dah boleh derhaka dengan suami " , kata aku. Dia menjeling aku.

" dah lah pergilah keluar, saya nak tidur " , katanya lalu menolak aku sedikit kuat.

" kalau macam tu saya pun nak tidur la dengan awak " , balas aku lalu merebahkan diri aku disebelahnya dan memeluk pinggangnya erat.

" ish rimaslah! " , kata reyhaa.

Peduli apa aku? Nak jugak peluk dia.

Perlahan lahan reyhaa membalas pelukkan aku, aku tersenyum kecil dengan tindakkannya.

Dia menyembamkan wajahnya pada leher aku lalu mencium suka.

Sejak dua menjak ni dia memang suka buat macam ni. Tak tahu lah dia nak goda aku ke apa, asalkan aku peluk dia je mesti dia kata aku ni wangi.

" hmm wangi " , ha kau tengok? Aku yang terasa agak terangsang ni hanya mampu bersabar sahaja.

" s-sayang janganlah macam ni " , kata aku sedikit gagap. Hm dia ni memanglah!

" taknak, sape suruh awak wangi sangat? " , katanya lalu dia mencium cium pipi aku suka.

" sayang jangan em—

Aku menahan mulut aku lalu cepat cepat aku bangkit dari perbaringan dan pergi ke tandas.

Aku memuntahkan segala benda yang aku makan tadi.

Tiba tiba pulak terasa mual.

Selesai berkumuh aku membaringkan diri aku disamping reyhaa semula.

" kenapa muntah? " , soal reyhaa sambil mengusap rambut aku lembut.

Datang lah tu mood penyayang dan matang dia.

" tak tahu, tiba tiba je terasa mual " , balas aku. Dia tersenyum kecil lalu mencium lembut dahi aku.

" kesiannya, tidur ye? Meh kita peluk dia " , kata reyhaa lalu memeluk aku dan menepuk nepuk lengan aku lembut.

Lalu aku pun terlelap.

•••

Akibat saya rajin main ml, maaf, tiada story update untuk kalini. Jungkook kan mual hikhok

" √ " ♡ Abang Boba • JJKWhere stories live. Discover now