10

168 18 10
                                    

Week 7 in semester one.

Everything went smooth. Kecuali bab aku kena pair dengan Taehyung. Petang ni dia ajak aku siapkan portfolio dekat library.

Apahal siaaa

Kolej dia memang dekat dengan library! Kolej aku? Jauh macam apa! Dahla sekarang musim panas!

Aku cadang nak siapkan dekat cafe Aloha. Adil sikit. Sama dekat sama jauh. Tapi pak cik ni kompelin yang tempat tu banyak nyamuk, ramai orang, bising dan kotor. Banyak cekadak pula.

Sampai saja library, aku accesskan student card aku ke mesin pengimbas. Lima saat menunggu, wajah menggerutu aku muncul di skrin. Librian yang bertugas membenarkan aku masuk ke dalam.

Aras bawah, batang hidung tak nampak.

Aras satu, bulu mata still tak nampak.

Aras dua, aku nampak wajah beku dia tengah hadap laptop.

Aku mengeluh perlahan sebelum menghampiri meja yang menjadi pilihan Taehyung di library Universiti mereka itu. Kerusi bertentangan dengan kerusi yang diduduki Taehyung aku tarik sebelum aku melabuhkan punggung.

"Kau lambat 5 minit"

"Okay so kau fikir aku ada sayap? Dari Kolej Lavender tu, terbang sampai sini?"

Taehyung berdiri. Dia menyinsing lengan baju sebelah kanan sebelum-

Tark!

"Ouch!"

"Dah cepat siap, cepat balik. Aku malas nak duduk dengan kau lama-lama"

"Siapa juga nak duduk dengan kau lama-lama?"

Aku pegang dahi aku sambil buat kerja. Nak protes.

"Kau tahu, fairytale story annoyed me so much. Kenapa kau tak pilih grim story ke, horror story ke.

Fairytale tak menarik. Jumpa dua minggu jatuh cinta, lepastu ada mak tiri jahat. Cringe. Cuba kalau kau pilih horror. Hensel and Gretel senang"

"Jangan banyak cakap. Siapa suruh tak datang kuliah hari tu"

Taehyung putarkan bebola matanya. Heh, salah dia nak salahkan orang pula.

"Then, kau dah decide nak cerita apa? Aku taknak cerita cringe"

"Aku ada senaraikan sikit-sikit"

"Then? Cepat"

Eii mamat ni. Ada yang kena lepuk nanti.

"Cinde-"

"Cliché"

"Umm, Rapun-"

"Cringe"

"Beauty and the Beast?"

"No"

"Frog Prince?"

Buku conteng aku, ditarik Taehyung dan dicampak ke tepi. Mata kami berlaga tajam.

"Kau- kau suka kan cerita karut macam ni. Cium katak? Motif? Nak dapat Corona?"

"Its just a story okay? Tak semestinya betul. Kau lahir zaman Paleolitik ke haa? Kau pun dibesarkan dengan cerita-cerita fairytale-"

"Shut up, now, choose one. Yang kau rasa betul-betul banyak nilai"

Aku menyilangkan tangan ke abdomen. Mata aku masih merenung mata dia.

Kacak. Tapi sayang, over-

"Nanti kau complain pula"

"Bagitahu dulu. Cerita apa lepastu nilai yang ada dalam cerita tu. Kalau banyak, kita pilih yang tu"

Aku mengalah.

"Aku explain guna ayat aku sajalah. Asal kau faham. So, aku pilih 'Little Mermaid'"

"Sebab?"

"First, dia kan muda lagi and dia ada cita-cita. Cita-cita dia nak naik permukaan laut, nak tengok dunia luar. Which means, she's not an introverted.

"Second, she's kind hearted. Dia selamatkan putera yang lemas. Dan menyorokkan diri dia since dia mermaid"

"Third,she's brave. Dia berani pergi jumpa sea witch untuk jadi manusia, walaupun dia perlu gantikan suara merdu dia demi sepasang kaki"

"The last one, loving. Dia tak sanggup nak bunuh lelaki yang dia sayang. Cause she believe that he's the one. The prince is her true love"

Aku tekankan ayat terakhir sekali tu. Taehyung cuma diam. Mata dia tak lepas tenung aku.

"True love doesn't exist. Pengkhianat"

"Oh really? Why do you think that he's a traitor?"

Aku pandang dia. Wajah dia nampak kecewa. Penumbuknya dikepal.

"No. She. She's a traitor."

Tanpa mengatakan ayat lain, Taehyung mengemas barangnya, ingin beredar. Aku berdiri, membuatkan dia berhenti mengemas.

"Its not her. Its him. Its all his fault. Lelaki tu pilih perempuan lain"

Tanpa sedar, air mata aku mengalir.

"Lepas dia pilih perempuan lain, dia tuduh kekasih dia curang dengan lelaki lain. Sedangkan kekasih dia langsung tak pandang sesiapa. Melainkan putera tu"

Aku mencapai buku conteng milik aku.

"Aku akan siapkan slide. Kau cuma study pasal kisah ni"

Dan aku beredar dari situ tanpa berpaling lagi.

Oh my god, jangan jadi lemah, Areum! Kenapa kau menangis depan dia?!

Forget about the past!

End Areum Pov

Tbc.

Ex + Kth [√]Where stories live. Discover now