13

155 17 6
                                    

Choi Areum Pov

"Bodoh siaaa. Geram betul aku!"

"Aku syak, dia nak rebut kau. Sebabtu dia panggil kau macam tu!"

"Entahlah weh. Mungkin dia nak Taehyung jealous"

Nayeon, Hyejin dan Wheein. Roommates aku. Diorang tahu cerita pasal Taehyung tu ex aku. Aku bukannya nak berbangga yang ex aku tu handsome, aku cuma nak diorang support aku and benci Taehyung sekali. Jadikan pengajaran bahawa men are trash.

"Jimin buat perangai tau hari ni"

"Kitaorang dari selasa lepas dah janji untuk last touch Statistics. Boleh pula dia cancel hari ni. Dia cakap ada hal penting nak kena settle. Rupanya, dia nak jumpa kau"

Hyejin dan Wheein merupakan kelas A. Satu kelas dengan Jimin. Satu group juga dengan Jimin. Mereka tiada pilihan lain kerana madam nak mix perempuan dengan lelaki.

"Kau tahu, ulat buku group kitaorang tu-"

Belum sempat Wheein habis bercakap, Nayeon menyampuk.

"Ulat buku? Siapa?"

"Alah! Siapa lagi! Seungcheol la!"

"Okay-okay. Sorry. Kenapa dengan dia?"

"Dia mengamuk dalam telegram tadi. Dia maki Jimin sebab tiba-tiba cancel plan"

Entahlah, aku rasa macam annoying pula dengan Jimin ni. Menyampah. Cakap sayangkan Eunbi. Tapi hampeh, pergi cakap dengan perempuan lain, keluar dengan perempuan lain, okay pula?

"I'm like TT, Just like TT"

Secara tiba-tiba, kami dikejutkan dengan ringtone telefon canggih milik Nayeon. Dengan cepat dia bangun dan keluar dari bulatan gosip, menuju ke meja belajar. Panggilan dijawab.

"Hello? Ya, saya Nayeon, ni siapa?"

Aku, Hyejin dan Wheein hanya diam sambil memandang Nayeon. Takut ada berita gempak atau-

"Areum, untuk kau"

Aku mengerutkan dahi. Untuk aku? Kalau untuk aku kenapa tak call phone aku je? Siapa yang call ni?

Tanpa banyak cakap aku bangun dan menghampiri Nayeon yang menghulurkan telefon canggihnya kepada aku. Aku ingin bertanya kepada Nayeon, gelaran yang berada dalam talian sekarang. Namun, Nayeon menggeleng dan suruh aku cepat-cepat jawab. Aku mengeluh kecil dan melekapkan telefon canggih Nayeon ke telinga.

"Hello?"

"Phone kau ada dengan aku. Esok datang awal kelas. Aku tak nak orang lain nampak kita"

"Wait-"

Panggilan dimatikan. Aku mengerutkan dahi. Suara macam-

"Taehyung. Dia nak apa dari kau?"

Minda aku seakan akan berhenti seketika. Aku meletakkan telefon canggih milik Nayeon ke atas meja. Beg galas aku dicapai dan diselongkar. Tiada. Aku jeling atas katil. Tiada.

"Kenapa Areum?"

"Aku rasa phone aku jatuh masa aku langgar Josh. Damn"

Tak guna. Aku kena hadap muka dia esok.

End Areum pov


K

im Taehyung pov

Wallpaper Areum gambar dia dan San. Comel.

She really loves her younger brother. Haritu aku pergi majlis hari jadi San, adik Areum. Banyak kali budak tu request nak bergambar dengan dua orang kakak dia. Selagi tak puas hati dengan gambar tu, selagi tu kena ambik semula.

Aku la yang jadi mangsa kena ambil gambar diorang.

Mungkin sebab San merupakan satu-satunya lelaki dalam adik-beradik Areum, dia jadi manja dengan kakak-kakak dia.

Nak-nak dengan Areum. Asyik berkepit saja. Dalam satu hari kalau takde skinship memang tak boleh.

Aku pernah la juga cemburu dekat San. Sebab Areum lebih pilih dia dari aku.

Tapi sekarang ni- macam mana aku nak hadap muka perempuan tu esok?

Tbc.

Ex + Kth [√]Where stories live. Discover now