24

159 15 5
                                    

Still Taehyung Pov

"Baru sekarang pandai nak call mama?! Hei Kim Taehyung. Mama ni dah lama besarkan kamu. Penat-penat carikan kamu makanan. Kamu call mama sebulan sekali?!"

Aku gelak perlahan. Haih, rindu betul nak dengar mama membebel. Aku dapat dengar suara papa ketawa dalam talian.

"Sorry ma. Banyak kerja la nak kena settle. Inipun Tae baru siap buat kerja sikit"

Penipu. Siap buat kerja apa. Baru lepas hantar Areum.

"Don't overwork Taehyung. Ingat mama tak tahu yang kamu ada insomnia? Jangan buat mama dengan papa risau macam ni"

Aku terkejut. Mana mama dengan papa tahu?

"Mama papa tahu dari mana?"

"Joshua. Dia yang bagitahu kami. Taehyung, kalau ada masalah share dengan papa. Papa ada ni nak dengar apa apa cerita dari Taehyung"

Kata-kata papa buatkan aku terharu. Mungkin papa selalu sibuk dengan business, tapi disebabkan aku satu-satunya anak dan pewaris syarikat dia, dia sentiasa ada untuk aku. Business papa jenama "Kim's". Fashion business.

"Mama pun ada. Taehyung nak apa. Cakap saja. Kecuali nak berhenti belajar. Yang tu tak boleh"

Aku tergelak perlahan. Kalau ikutkan, aku memang nak berhenti belajar. Tapi bila fikir tanggungjawab sebagai seorang anak, aku tak jadi nak ikut perasaan aku itu.

"Mama. Papa. Tae nak minta satu benda. And Taehyung harap mama dengan papa setuju dan terima apa yang Tae minta ni"

"Bunyi macam serius"

"What is it, son?"

"Taehyung nak kahwin"

Ex + Kth [√]Where stories live. Discover now