1

43 2 0
                                    

Manusia hidup dalam kutukan. Sama ada kutukan baik mahupun buruk. Meskipun orang yang terkena kutukan baik, mereka tetap benci akan orang yang terkena kutukan buruk. Kutukan buruk dipandang hina meskipun mereka perlu hidup di negara yang sama.

.........

Nama aku, Clara. Kutukan? Aku ni daripada keluarga yang terlahir dengan kutukan baik. Tapi.. bukan bermakna aku dilahirkan dalam garisan kutukan baik. Sebaliknya aku dianggap pembawa malang. Setiap kutukan, ia memberi kelebihan kepada seseorang bila umur menginjak 5 tahun. Nasibku tak baik. Kenapa..!? Kenapa aku?

......
Petang yang indah diikuti dengan hembusan angin yang damai. Seperti biasa aku akan ke kebun ibu untuk menyapa bunga kesukaanku. Indah. Kelopak bunga kusentuh dan merasakan kelembutan yang nyaman. Dupdup.. jantungku berdegup kencang. Terasa sangat sakit hingga menyerang otakku. Tubuh kecilku terbaring diatas rumput nan menghijau sambil badanku mengerikut kesakitan.

"Ibu!!" Jeritku kesakitan. Aku terus menjerit hingga pekebun vila lari untuk mendapatkan aku.

"Tuan muda..!" Dia hendak melangkah ke arahku tiba-tiba dia berhenti. Matanya terbeliak mengundur beberapa langkah ke belakang. "Tolong... Sakit..." Rayuku.

Akhirnya ibu datang dan dia pun terkejut. Rumput yang aku baring diatasnya mula menghitam dan merebak. "Puan.. bukan ke sepatutnya.. dia harus dapat kutukan seperti puan?" Soal pekebun dengan hairan.

"Saya.. saya tak tahu.. tapi kenapa..?" Ibu menyeru tumbuhan menjalar dan cuba membawaku keluar daripada kebun itu tetapi gagal. Tumbuhan itu mati. "Jangan kata, tu.. kutukan buruk.. " ucap pekebun itu. "Tak! Anak aku takkan kena kutukan buruk. Sepatutnya dia dapat kutukan aku. Kutukan tumbuhan.. bahkan dia pernah kembangkan mawar aku.. ini mustahil!"

Sakitku mula reda. Tangisku mula berkurangan dan akhirnya berhenti. "Anak ibu.." aku berlari ke arahnya dan cuba menyentuhnya. Pabila kusentuh jarinya, ibu kesakitan dan jarinya merah seperti melecur. Aku berundur ketakutan. "Ibu..." Panggilku takut. "Ya sayang.. ibu ok. Mari.." ibu hendak mendapatkan aku tetapi aku berundur lagi. "Jangan sentuh! Jangan sentuh Clara!" Aku menangis.

Aku melihat mawar yang pernah kukembangkan dahulu. Ia layu menghitam dan menjadi abu setelah ditiup angin.

.......

Frank dan Suzy mendekat ke arahku. Mereka berdua ni sahabat aku. Meski kami tergolong dalam kutukan buruk tetapi mereka tetap tak boleh menyentuh aku secara kulit ke kulit. Sebab apa? Aku mampu menyedut tenaga kehidupan bila tersentuh kulit orang lain atau makhluk hidup. Sebab tu aku pakai sarung tangan.

Oleh sebab rambut merupakan salah satu cara orang boleh mati bila tersentuhnya, maka aku hanya berpenerampilan seperti lelaki. Frank menyeru hantu perisiknya manakala Suzy, mengambil bukunya secara psikik.

"Well hey.. korang nak jawapan untuk exam ni tak? Hantu aku dah copy jawapan.. so nak?" Soal Frank. "Nak!" Balas Suzy. "Kau taknak?" Soal Frank pada aku. "Dia dah pandai.. bagi je kat aku." Balas Suzy. Ya aku memang paling pandai kat sekolah. Kat sekolah, akulah yang pelajar paling pandai dan paling digeruni. Sebab? Selain daripada kutukan aku, aku ni kaki pukul. Tapi hanya pukul bila ada yang nak tunjuk belang. Oh lupa, bukan aku je pelajar takut tetapi dorang pun takut bila jumpa Frank dan Suzy. Hantu Frank bukan calang-calang hingga mampu buat semua orang terkencing-kencing bila datang perangai gila-gila. Suzy pulak, kuasa psikiknya sangat kuat. Ye aku sangat kagum.

Kenapa kami dikatakan manusia kutukan buruk? Sebab hanya kutukan baik je yang mewarisi kutukan seperti mengawal elemen tanah, api, air, angin, tumbuhan dan beberapa lagi elemen. Selain daripada elemen itu, ia akan tergolong dalam kutukan buruk.

Suzy khusyuk menyalin jawapan daripada hantu Frank. Manakala aku melemparkan pandanganku ke luar tingkap. Pelajar kelasku tak banyak bising lagi-lagi aku ada dalam kelas tu. So semua tak berani kacau. Walaupun kutukan buruk dipandang hina tapi mereka takut nak kata hina kat kami bertiga.

Pelajar yang ada kutukan buruk yang lain pula cuma hormat pada kami. Ada juga yang mengidolakan kami walaupun dorang tu ada daripada senior aku. Dan pelajar yang kena kutukan baik sememangnya benci puak seperti kami terutamanya kami bertiga.

Suasana padang agak riuh pada waktu sukan. Dan ni lah waktu yang paling aku suka. Sukan yang paling terkenal ialah sukan tempur. Kami bertiga masih tetap dalam kumpulan. Sukan ni dibahagikan kepada dua team. Dan setiap team akan bercampur golongan kutukan.

"Baiklah, macam biasa.. aku akan jadi kapten. Dan korang mesti ikut cakap aku kalau nak menang. Faham?" Soalku membuatkan pemain kutukan baik ketakutan tapi mereka tetap patuh. "Jangan risau.. bila group dengan aku, korang mesti akan menang dan markah korang akan naik." Aku memberikan senyuman.

"Baiklah.. kau akan jadi defence berhampiran dengan kita punya globe sebab kau  boleh manipulasi tanah, so buat benteng.. kau pulak akan jadi defence kedua.. disebabkan kuasa ais kau lemah jadi kau akan dibantu oleh hantu-hantu Frank... kau pulak akan jadi striker.. kerja kau mudah, kau hanya perlu jalan lurus ke globe pihak  lawan dan musnahkan pakai api kau... Suzy akan buka laluan untuk kau. Dan aku akan protect semua orang." Jelasku. Nampaknya mereka bersemangat.

Aku melihat pihak lawan. Seorang yang aku sangat kenal berdiri dihadapanku. Kami sama-sama memakai tag kapten. Dia memandangku sinis. Dia adalah orang yang paling aku benci.. paling suka wat aku sakit hati. Tapi aku tak boleh.. dia je yang aku tak boleh nak lukakan. Sebab apa? Dia tu kembar aku. Benci macam mana pun, dia darah daging aku. Tapi dia memandang hina kat aku. Peduli!

"Bergerak ikut arahan aku.. faham!?" Soalku pada pasukanku. Mereka menyahut. Hanya pasukan yang aku dan kembar aku pimpin je yang hebat. Tapi ini kali pertama aku berlawan dengan dia.

Prtttt! Wisel dibunyikan.

Aku terus terbang ke udara begitu pula dengan kembarku..Sara. Sebuah menara tumbuhan keluar dijadikan tempatnya mengatur strategi.

"George.. mulakan pertahanan tanah pada globe.. Frank, Vicky.. sedia pertahanan kedua. Suzy, Mary.. berundur dahulu ke pertahanan pertama bersama George. Frank dan Vicky bersedia dengan pertahanan untuk menyerang."

"Baik!" Serentak mereka bergerak sesuai arahan. Posisi telah diambil. Aku mulakan permainan dengan strategi pertahanan-serang dan Sara mulakan dengan strategi menyerang. Dia menghantar seorang pengendali api dan seorang pengendali angin.

Mereka melihat Frank dan Vicky berdua sahaja di garisan hadapan. "Fireball!" Lelaki tu serang dengan bebola api yang sangat besar.

"Vicky! Defence!" Arahku.

"Baik! Mini ice wall!" Apa? Mini? Serius laa?  Lalu keluar benteng ice dari tanah. Apa yang tak disangkanya ialah, benteng tu telah merentas separuh daripada padang perlawanan. Sangat besar! Aku tarik balik kata-kata aku yang dia tu lemah..api besar tadi tak dapat menembusi dinding ais.

"Harry! Serang!" Arah Sara.

Harry terbang ke atas dan mula menyerang. "Double torpedo!" Dia hendak menyerang globe dari atas. "Vicky! Buat super ice wall!"

"Hmm..! super ice wall!" Saiz dinding mengganda keatas dan menebal. Aku bersorak dalam hati. Giliran aku pulak nak balas serangan.

"Frank.. serang ghost level 1!"

Frank menyeru ribuan hantu tempur level 1 dan menyerang kawasan musuh.

"Bane.. hancurkan!" Seorang defender pihak lawan yang berada di garis depan mula bertindak. Dia terbang setinggi aku terbang dan jatuh sambil menghentam kelompok askar hantu hingga semuanya lenyap menjadi debu. Dia tu kutukan buruk.. dia kuat..

....

Diluar daripada padang perlawanan, seorang lelaki melihat ke arah pertempuran sengit itu. Senyuman dilakar.

Fantastic Healer Version 1 (Malay) [Complete] Where stories live. Discover now