3

16 2 0
                                    

Mark duduk di sebelahku. Aku memandangnya.. dan dia pun pandang aku sambil tersengih. "Berambus" ucapku datar. Dia masih memandang aku. "Duduk belakang" arahku. Tapi dia enggan. "Kenapa?"

"Please. Atau kau yang sakit" aku menjarakkan diriku. "Tak.. aku kan penyembuh.. jadi aku tak sakit" tiba-tiba Mary menyampuk. "Kalau macam tu...." Mary pegang lengan Mark dengan tangan yang berapi.

"Auchhhh...arghh panas panas!.." Mary lepaskan genggaman. Lalu lecuran tu pulih. "Kata tak sakit.." sindirku.

"Lebih baik kau duduk tempat lain. Walaupun kau boleh pulih tapi kau masih boleh rasa sakit."ucapku tetap tak diendah. Rasa nak aja aku tarik rambut dia. Aku bangkit dan pindah di meja belakangku. "Alaa.." cebiknya. "Aku taknak pandang muka kau.."

.........

Hari berlalu seperti biasa. Dalam keluarga aku, hanya ibu je yang ambil berat pasal aku. Meskipun aku diberi kutukan buruk, dia tetap sayang aku walaupun aku ada kembar. Ayah, dia boleh kawal tumbuhan seperti ibu. Jadi, tak salah la Sara sangat kuat kerana darah yang mengalir dalam tubuhnya adalah darah asli untuk pengendali tumbuhan. Tambah pula ibu dan ayah tu pengendali terbaik tumbuhan. Urghh! Malang betul nasib aku.

Tapi, dalam dunia kutukan buruk boleh dikatakan aku ni paling digeruni oleh mereka. Apa yang aku buat sebelum ni hanya sedikit skill yang aku tunjukkan pada Sara.

........

Beberapa keping potato chips disuap ke dalam mulutku. Sambil berjalan melewati bangunan-bangunan lama, tiba-tiba telingaku terdengar sesuatu di sebuah lorong.

"Hei.. bagi dompet kau.." sebuah belati ais dihunus pada leher.

"Taknak.." ucap lelaki itu tertunduk.

Zapp! Lelaki itu dikelar hingga darah berhamburan. Aku terkejut melihat kejadian itu. Kemudian dua lagi kelaran hinggap dileher. 'kejam! Sial!' dan tak lama tu, aku baru perasan.. Mark? Mark dikelar. Dia kesakitan. Tapi pulih semula. Mereka terkejut dan mengulang semula aktiviti kelar itu. Mark seperti dijadikan mainan. Hatiku jadi sakit. Air matanya menitis.. ya, meski dia boleh pulih tapi dia tetap rasa sakit.

Aku masuk ke lorong itu. Salah seorang dari mereka nampak aku dan menepuk bahu bosnya. "Bos" mereka melihatku.

"Tuan Clara!" Mereka gelabah. "Maaf tuan.. " melutut minta belas kasihan. "Aku taknak maafkan kau."

"Ampunkan kami.. kami akan buat apa saja tuan nak.."

"Betul?" Soalku. Mereka angguk.

"Serahkan semua duit kau.." mereka akur dan serahkan pada aku. "Baik aku maafkan.." mereka gembira dan mahu pergi tapi aku sempat menghalang..

"Tuan..kami dah bagi duit.. kasihankan kami.." rayu mereka.

"Bila kau kelar laki tu kau gembira. Jadi aku pun nak tau rasa tu macam mana. Best ke tak?" Aku buka sarung tangan dan menyentuh dengan jari telunjuk pada lengan si bos. Dia daripada gemuk terus kurus hingga jadi rangka. Dua orang lagi hendak lari dan serta-merta aku rentap rambut mereka hingga mereka menjadi abu.

Aku melihat ke arah Mark. Dia bangun sambil wajah yang terkejut. "Kau.. terima kasih!.." dia lari ke arahku untuk peluk, cepat-cepat aku elak. "Jangan sentuh aku" larangku.

Tanganku diraih dan aku telah berada di dalam dakapannya. Mataku terbeliak takut. Dia peluk aku. Terasa hangat. Ya, aku rindu kehangatan tubuh manusia. Aku rindu. Badannya berasap sebab melecur tapi dia pulih semula. Proses tu berulang-ulang semasa dia memelukku. "Tolong jangan sentuh aku.. aku taknak kau sakit. Cukuplah apa yang kau dah rasa.." aku menolak tubuhnya. Tapi tangannya masih menggenggam erat tanganku. Air mataku menitis.

"Mark.. please.." dia melepaskan tangannya. Lalu, aku bergerak tinggalkan dia.

Aku taknak kau sakit..

..........

Aku melihat diriku di hadapan cermin. Kehangatan tubuh Mark masih terngiang-ngiang. Hanya dia sahaja yang pernahku rasa kehangatan tubuh setelah sekian lama aku terperangkap dalam kutukan durjana ni.

......

"Hai.." sapa Mark dibelakangku. Aku membuka locker untuk menyimpan buku. "Jangan kacau boleh tak?" Dia tetap tersenyum.

"Aku ada sikit nak cakap.." ucapnya. "Cakaplah.."

"Terima kasih semalam.."

"Okey sama-sama.. dah? Dah nyah kau dari sini" aku menyandang begku dan langsung bergerak ke kelas. Tiba-tiba lenganku ditariknya. Mujur berlapik. "Kau nak apa lagii?!" Marahku.

Dia akhirnya lepaskan aku tapi raut wajahnya terlihat kecewa. Argh biarkan! Aku terus masuk kelas.

Sejak ketika itu, dia jarang tegur aku. Sentap ke?. Setiap hari akan ada perlawanan di padang. Dan kali ini, giliran aku menjadi penonton pula. Team yang akan berlawan ialah team Mark. Aku nak tau jugak kehebatan dia.

Nampaknya dia jadi pemain support di garis tengah. Aku rasa, dia mesti akan jadi healer untuk teammates. Posisi yang sesuai jadi peratus untuk menang sangat tinggi.

Pihak lawan menggunakan serangan bertubi-tubi pada striker dan defender. Kemudian Mark menggunakan kuasa skala besar..? Waw! "Heal!" Teammates yang berada dalam lingkungan tu takkan terkena efek damage yang teruk malah akan segera sembuh.

Striker mereka akhirnya berjaya hancurkan globe pihak lawan. Permainan tamat.

Dia disanjung oleh rakan sepejuangnya. Memang hebat. Walhal sebenarnya mereka bergantung pada kelebihan Mark sebagai healer.

Aku melihat wajah gembira milik Mark.. dia sangat nikmati keseronokan tu. Ramai yang boleh sentuh dan melambung-lambungkan tubuhnya ke udara. Sedangkan aku? Dorang tak berani dan aku pun tak jamin dorang akan selamat kalau buat hal tu kat aku. Tiba-tiba Mark melihat tepat kearah aku. Oh damn! Aku bangkit dan pergi dari situ.

.....

Suasana atas atap bangunan sekolah ni memang indah. Ni lah port lepak aku yang paling best kat sekolah ni.

"Hai.. kau tengok tak tadi?" Soalnya dengan nada gembira. "Tak" aku menafikan. "Cup.. cam mana kau tau aku kat sini?"

"Frank.." dia tersengih. Tak guna la Frank! Mesti dia guna hantu dia suh cari aku.

"Kau nak apa?" Soalku. "Sebenarnya, aku tak tahu nak cakap macam mana kat kau..." Dia menggaru kepalanya yang tak gatal. "Tak tahu nak cakap macam mana? Pakai mulut laa.." perliku dengan raut wajahku yang tidak lagi seperti pembunuh.

"Aku.. sejak hari tu.. hmm apa yee.." Mark mula salah tingkah. Tiba-tiba dia memegang kedua-dua bahuku. "Aku rasa, aku suka kau" luahannya itu berjaya membuatkan jantungku bekerja keras. Mata kami masih bertentangan. Inilah buat pertama kalinya seorang lelaki meluahkan perasaan padaku. Lagi-lagi orang tu daripada kutukan baik.

"Maafkan aku.. aku terpaksa tolak" aku berpaling untuk pergi tetapi dia menarik aku. "Aku.. aku betul-betul sukakan kau. Kau orang memahami kesakitan aku.." tanpa dia sedar, tangannya sedang melecur dek tersentuh kulit tanganku. "Disebabkan aku faham lah aku taknak lagi sakit disebabkan aku. Lupakan aku." Aku menarik perlahan tanganku. Dia tertunduk hampa. Aku sangat hargai perasaan tulusnya yang berjaya buat detak jantungku laju. Dia orang pertama yang aku suka. Tapi, dia bukan milik aku.

Mark...

Fantastic Healer Version 1 (Malay) [Complete] Where stories live. Discover now