5

19 2 0
                                    

Sejak Clara berubah mendapat kutukan buruk, aku yakin ada sesuatu yang tak kena. Ayah selalu mengasingkan aku daripada kembarku. Mungkin dia akan benci aku. Takpa.. aku faham..

"Jangan sentuh aku!" Ucapnya menangis-nangis. Dia takut aku mati. Ya, selepas kejadian di kebun, ada beberapa orang pekerja yang tak tahu soal Clara, mereka menyentuh rambut Clara dan akhirnya mereka mati serta-merta.

Kes ni tak logik. Kakak aku dilahirkan dalam garisan kutukan baik.. kenapa dia boleh dapat tu. Malah, skill tumbuhan dia lagi hebat daripada aku. Ibu cuma sempat lihat dia mengembangkan bunga mawar tu je. Dia tak tengok Clara buatkan aku istana kecil untuk aku. Masa tu aku masih belajar dari dia. Sejak kejadian tu, aku ambil keputusan dan jadi lebih kuat. Aku yakin tu semua hanyalah sebuah kesilapan.

Ayah selalu bawa aku ke arkib. Disitu, aku membaca banyak hal. Dan satu je aku tertarik. Info mengenai Dark Power. Dia kutukan buruk yang akan menumpang dalam badan seseorang. Kisah ni pernah berlaku 100 tahun yang lalu. Dan aku yakin, ia terlahir semula dalam badan Clara.

Jadi, dia ada cara sama ada nak hapuskan atau 'seal' kekuatan tu. Menurut buku tu, kalau nak hapuskan tu hanya dengan keluarkan jasad hitam dari jantungnya. Tapi, ia bahaya, ia perlukan kekuatan yang sangat besar. Ayah dan ibu tak sekuat yang buku ni nak.

Cara kedua, 'seal' kekuatan. Ya aku boleh! Terutamanya dia memerlukan pengendali tumbuhan.

Sejak itu, aku bekerja keras mengumpul tenaga dan kekuatan. Aku taknak bantuan ayah ataupun ibu.

Aku masuk ke dalam bilik Clara senyap-senyap. Kemudian aku letakkan sebatang ranting yang baruku patahkan pada dahinya untuk aku masuk ke dalam diri Clara. Aku melihat sisi jasad hitam yang dikatakan tu. Lalu aku cuba merantai jasad tu dengan kuasaku tapi gagal. Benda tu marah dan menolakku keluar dari badan Clara. Shit!

Saat perlawanan di sekolah, aku gembira juga dapat lawan dengan dia. Dia memang hebat.. aku mencari lagi info untuk seal dan akhirnya aku tahu! Aku perlu berkorban. Hanya kasih sayang yang tulus je yang boleh ikat jasad tu.

.....

Disaat aku lihat Mark, aku mula tertarik padanya. Tapi bila dia menolakku dan memilih Clara, aku relakan meskipun sakit. Tapi aku rela. Aku yakin, bila dia dh sembuh.. dia akan rasa semula kehangatan tubuh manusia. Aku akan buat apa sahaja sampai hari tu tiba.

Tak disangka-sangka, hari tu adalah hari ni. Dia meluahkan perasaan padaku hingga aku sebak. Akhirnya aku tak tahan lagi, aku peluk dia.. aku tak kisah mati demi dia. Aku nak dia bahagia. Sebab aku sayang kembar aku. Saat aku peluk dia, aku sedang berdepan dengan jasad hitam. Dia marah..
"Aku takkan bunuh kau. Tapi, aku hanya kunci kuasa kau. Kau boleh hidup dalam badan kembarku tapi aku takkan biarkan kau gunakan dia lagi. Kecuali dia yang nak gunakan kau" kami buat perjanjian dan setelah janji dipateri, aura gelapnya terkumpul di sekelilingnya. Lalu muncul lagi satu jasad hijau berseri dan besar di sebelah jasad hitam.

...........

"Tahniah Clara.. kau dah kembali.." aku peluknya semula. Kami pulang ke homestay dengan tangan berpegangan. Sampai di sana, barulah aku ceritakan semuanya hingga larut malam akhirnya kami tidur bersama.

..........

Aku tak sangka Sara sayangkan aku sampai macam tu sekali. Aku bersyukur ada kembar macam dia. Dan masa balik tadi, nasib dorang semua takde. Dorang keluar kejap buat latihan malam. So aku dan Sara pun sambung cerita.

..

Semua peserta telah berkumpul di stadium besar Hidden Valley. Penganjur memberi taklimat dan peraturan.

"Baiklah, seperti biasa.. setiap kali perlawanan ni, peraturannya tidak sama seperti di sekolah. Nak diingatkan sekali lagi yang ini permainan membawa bahaya. Tapi, sekeras-kerasnya tak boleh membunuh! Faham?"

Fantastic Healer Version 1 (Malay) [Complete] Where stories live. Discover now