Depresi (Roza x Mika)

501 22 28
                                    

Note:Roza dan Mika 17 tahun dalam oneshot ni.

Roza POV

Aku Roza.

Aku sudah penat hidup di dunia yang tidak bermakna ini.

Ditipu rakan-rakan,dijauhi semua orang,dipergunakan dan dilayan macam sampah.

Orang tuaku?Mereka sibuk dengan kerja masing-masing.

Tiada masa untuk dihabiskan dengan manusia tidak berguna sepertiku.

Tapi apabila gred ujianku menurun,tahu pula mereka akan kewujudanku.

Aku sudah muak.

"Aku mahu mati."

End of Roza POV
.
.
.













Mika POV

Aku menggerakkan roda yang dipasang di kerusi roda ku menuju kedai runcit berdekatan.

Ya,aku tidak boleh berjalan.

Awalnya, ibuku menolak tawaran ku ke kedai runcit untuk membeli sedikit barangan dapur.

Tetapi selepas mendengar rayuanku,ibuku mengeluh dan membenarkan sahaja.

Sambil-sambil menggerakkan kerusi roda,aku menghirup udara segar di kawasan perumahan ini.

"Hahhh........lama dah aku tak keluar rumah."Ujarku sambil menghembus nafas dengan tenang.

Kedai runcit yang menjadi destinasi ku tidaklah terlalu jauh.Lebih kurang 200 ke 300 meter dari rumahku.

Sedang sibuk menghirup udara segar,aku memandang hutan yang terletak disebelah kananku.
.
.
.














Mataku terbeliak.

Rasa tenang ku terus hilang.

"BERHENTI!!"Jeritku selepas melihat seorang gadis berambut pendek mengikat tali pada dahan besar pokok itu.

Itu bukan tali biasa.

Itu adalah tali gantung.

Aku menjerit-jerit meminta gadis itu memberhentikan niatnya.

Namun,jarak kami terlalu jauh.

'Aku tiada pilihan.'Gumamku sendirian.

Aku menyeluk poket seluar ku dan mengambil sesuatu.

Pil tahan sakit.

Aku menelan 3 biji dari pil itu dan terus berdiri.

"Ouch!"

Walaupun sudah menelan 3 biji,sakit di kakiku tetap terasa.

Aku melompat pagar yang memisahkan kawasan perumahan dan hutan.

Aku berlari sepantas boleh ke arah gadis itu.

Dia sudah naik ke atas kerusi.

"Tidak.....tidak...."Aku terus berlari tanpa mempedulikan keperitan di kaki.

Dia memegang tali itu dan perlahan-lahan menyarungnya ke leher.

Kakinya juga perlahan-lahan cuba menendang kerusi itu.

"BERHENTI!"Jeritku sekuat hati.

Gadis itu menoleh ke arahku dengan wajah terkejut.

Mukanya dibasahi dengan air mata.

"Tolonglah...........berhenti."Kataku tercungap-cungap.
.
.
.































Ejen Ali OneShots Where stories live. Discover now