Bersedia dengan tudung periuk, senduk diacu pada kuali yang berasap. Keropok lekor dari kampung digorengnya kerana lapar. Peluh di dahi berkeringat dek bahang panas di dapur. Hidayah biarkan sahaja peluh yang mengalir. Apa yang penting sekarang keropok dia tu. Entah hangit ataupun tidak?
"Ya Allah akak! Akak buat apa ni?" terkebil-kebil mata Izara melihat apa yang terhidang di depan mata. Kak Hidayahnya tertonggeng-tonggeng berlindung dengan tudung periuk sebesar tapak tangan. Berkepul-kepul asap naik ke udara memenuhi ruang dapur. Keropok lekor di dalam kuali sudah rentung. Mengucap panjang Izara.
Dengan kaki yang terhincut-hincut, Izara cepat-cepat menutup api dapur. Izara terbatuk-batuk bila asap masuk ke hidung.
"Eh hati-hati." Lengan Izara dipegang Hidayah. Memimpin gadis itu ke kerusi.
"Kaki sakit degil juga nak keluar bilik. Ini kalau jatuh lagi, patah kaki tu. Silap-silap kena hantar balik kampung. Tak boleh kerja." Bebel Hidayah. Buas sungguh adik angkat dia yang seorang ini. Nak juga ke situ ke sini. Mahu diluku, anak orang. Haishh!
Izara kerling Hidayah sekilas. Panjang tengkuknya mencuri pandang keropok yang telah rentung.
"Orang bosan lah kak. Akak pun satu, dah tahu tak pandai masak, masuk dapur juga. Lepas tu buka api besar-besar. Mana tak rentung keropok tu. Dah tak boleh makan." giliran Izara memulang paku buah keras. Hidayah hanya mendengar. Langsung tak ambil hati. Sudah terbiasa dengan komen orang tentang skill memasaknya.
"Akak tak pandai masak pun at least akak cuba tahu tak? Dah nama perempuan terpaksa jugalah masuk dapur, nak biasakan diri. Mak akak tu juga yang cakap, kita belajar dari kesilapan."
"Habis akak belajar tak dari kesilapan itu? Rasanya tak ada improvement langsung pun."
"Amboi main kasar." Izara tergelak. Dia mengemam bibir selepas Kak Hidayah menghadiahkan jelingan. Ampun Kak Dayah.
Keropok dan minyak yang tak dapat diselamatkan itu Hidayah buang ke dalam plastik sampah. Nanti-nantilah dia buang sampah itu. Tak pun suruh je Razi buang nanti lelaki itu datang. Hidayah melabuhkan punggung di sebelah Izara.
"Kesian Zara tak sarapan lagi. Nanti akak telefon Razi suruh dia belikan nasi." Jam di dinding sudah menunjukkan pukul 10 pagi. Masing-masing belum menjamah makanan berat. Hanya roti dan jem sebagai pengalas perut.
"Razi bukan dah balik tempat dia ke?" Izara berpaling menghadap Kak Hidayah. Takkanlah Razi masih ada dekat Kuala Lumpur. Tempatnya di Shah Alam. Semalam pun lelaki itu datang untuk bawa dia keluar. Last-last tinggalkan dia seorang diri dekat situ dengan alasan mahu berjumpa kawan lama. Arghhh sakit hati pula bila ingatkan balik. Dan kejadian memalukan semalam, Tengku Hael selamatkan dia dari jatuh dan Tengku Harris rawat kaki dia yang terseliuh. Siap hantar dia balik rumah lagi.
Izara geleng kepala... dah-dah dia dah tak nak ingat. Tengku Hael mahupun Tengku Harris, dua-duanya sila nyah dari fikirannya.
"Heii Zara!" terhinjut kedua belah bahunya. Kaget.
"Dengar tak apa yang akak cakap?" Izara angkat kedua belah bahu.
"Apa?"
"Razi dah minta nak tukar ke balai sini. Sekali dengan akak." Hah? Razi minta tukar? Kenapa pula tiba-tiba? Haishh kau Zara. Kenapa pula kau nak pelik satu hal? Dia nak tukar, suka hati dialah.
"Tiba-tiba je." Perlahan suara Izara namun sampai di pendengaran Hidayah.
"Haah kan? Tiba-tiba. Akak pun terkejut juga. Lagipun hari ni dia memang dah cakap nak datang. Katanya nak tengok Zara. Rasa bersalah la tu." Izara memeluk tubuh. Memang patut pun Razi tu rasa bersalah. Kaki dia berbalut sebab lelaki itu juga. Susah dia nak bergerak cari kerja kosong.
YOU ARE READING
His Only One
Romancecover by : @SyuhadaAbshah Izara Aisyah gadis kampung yang punya ibu dan dua adik lelaki. Hidup dalam serba daif. Usia yang menjangkau 20 tahun memaksa dia berhijrah ke Kuala Lumpur untuk mengubah nasib hidup. Tak pernah terdetik di dalam hidupnya ak...