Makan tengah hari yang sepatutnya mereka anak beranak bagai dilanda taufan apabila Tengku Zubaidah datang tanpa diundang. Dua beradik itu hanya memerhati dua orang wanita berusia yang mempunyai aura dingin. Sementara Izara peliknya makin bertambah-tambah bila suasana ceria tadi bertukar dingin sekelip mata.
Nampaknya kehadiran Tengku Zubaidah memang tidak dialu-alukan di sini. Hubungan Puan Helena dan Tengku Zubaidah nampak tak begitu baik. Dia tak pasti sama ada ini bayangan atau pun tidak, sepertinya Tengku Zubaidah membawa petir bersamanya. Pandangannya begitu tajam menentang mata Puan Helena.
Lamunannya pecah. Dikejutkan dengan bunyi air paip yang mencurah-curah. Sedar-sedar Tengku Hael di sebelahnya sudah tiada membawa diri membasuh tangan. Nasi yang masih berbaki sedikit di dalam pinggan dihabiskan. Kalau diikutkan dengan situasi yang penuh persoalan sekarang, perutnya sebu. Demi menjaga hati Puan Helena dipaksa jua nasi itu melalui tekaknya. Lalu dia turut bawa pinggannya menyertai Tengku Hael di sinki.
Berdiri di belakang lelaki itu, nampaknya lelaki itu sedang termenung. Pili air dibuka mengejutkan Tengku Hael. Tubuh bosnya ditolak ke tepi sebelum pinggannya dicuci bersama dengan pinggan Tengku Hael.
"Thanks." Ucap Tengku Hael dengan senyuman nipis. Izara tidak membalas. Lelaki itu tidak nampak seperti biasa. Apa perubahannya ada kena mengena dengan kehadiran nenda lelaki itu?
"You dah siap makan? I hantar you balik office okay?" baru Tengku Hael mahu berpaling lengan kemeja lelaki itu ditarik lalu dilepaskan. Cukup untuk buat Tengku Hael memandangnya semula.
"Nenda Tengku ada dekat sini. Bonda lagi yang tunggu-tunggukan masa nak berkumpul dengan Tengku. Kita duduklah sini lama sikit. Saya tak kisah pun." jelas Izara. Dari cara Puan Helena menyampaikan perasaannya semasa mereka tiba tadi dia cukup faham akan perasaan ibu yang mahukan masa bersama anak-anaknya. Tambah lagi dia kenal dengan Tengku dua beradik itu yang sibuk sepanjang masa. Ini masa yang tepat untuk mereka meluangkan masa bersama. Sayanglah kalau Tengku Hael mahu angkat kaki dari situ. Agak-agak bila lagi lelaki itu akan datang ke sini lagi?
"Zara, no. You tak faham. I feel bad for you. I am sorry." Tengku Hael kedengaran kesal. Benda yang dirancang nampaknya tersekat di pertengahan jalan. Nenda Zubaidah datang mencemar duli merosakkan segala-galanya.
"You owe me an explanation then." Mata mereka bertentangan. Suara Izara yang memasuki gegendang telinganya kedengaran lembut selembut baldu.
"But first you tak boleh ada dekat sini. Harris akan hantar you dekat office." Tak membantah Izara angguk sahaja. Tidak mahu melawan seperti biasa kerana dia tahu Tengku Hael nampaknya seperti serabut memikirkan masalah. Dia pun tak patut menyoal siasat lebih lanjut.
"Hael? Buat apa lagi dekat situ? Meja makan ada, ruang tamu ada, dekat sinki itu juga korang nak berbual. Kenapa? Penting sangat ke sampai korang perlukan privasi sebegitu rupa?" Tengku Zubaidah sudah membuka mulut. Menyasar dua pasangan yang sedang bercakap tanpa menghiraukan keadaan sekeliling.
Bila cucu sulungnya dan gadis itu berada di hadapannya mata tuanya terus-terusan merenung gadis pilihan Tengku Hael. Perkenalan di pejabat Tengku Hael tempoh hari sungguh singkat. Cantik. Sekali imbas nampak keperibadian santun.
"Bila nak kahwin?" aju Tengku Zubaidah.
Izara pandang Tengku Hael. Hatinya cukup terkedu dengan soalan tentang perkahwinan itu. Dia juga tahu Tengku Hael ada jawapannya. Apa yang dimulakan oleh lelaki itu akan diakhiri olehnya juga. Izara akan memilih untuk berdiam diri.
"Nenda sebenarnya hubungan ini masih baru. Hael dengan Zara tak fikir pun pasal itu lagi. Masih awal untuk kitorang bincang pasal itu." jawab Tengku Hael penuh berhati-hati.
YOU ARE READING
His Only One
Romancecover by : @SyuhadaAbshah Izara Aisyah gadis kampung yang punya ibu dan dua adik lelaki. Hidup dalam serba daif. Usia yang menjangkau 20 tahun memaksa dia berhijrah ke Kuala Lumpur untuk mengubah nasib hidup. Tak pernah terdetik di dalam hidupnya ak...