⚫part 3⚫

403 38 7
                                    

Akhirnya sampailah jugak YunHwaSang di dorm Ateez. Baru saja ingin membuka pintu, terdengarlah jeritan highnote si Woo Young

Yun Ho menggelengkan kepalanya. Penat dia tengok si Woo Young ni. "Jemputlah masuk Hwa" Seong Hwa hanya tersenyum

Apabila Seong Hwa melangkah masuk, tudiaaa bersepah sungguh dorm ateez. Kertas, baju sana sini. Plastik snek sana sini masyaAllah malas sungguh anak-anak Ateez

"Woi?! Asal tak kemas lagi hah?! Kan aku kata aku bawak kawan baru. Aduh malu aku macam ni" marah Yun Ho

Hong Joong, Min Gi, Woo Young dan San memandang Yun Ho dan Yeo Sang. "Sorry tak sempat kemas. Si WooSan ni buat drama diorang" kata Hong Joong

"Hai member baru. Welcome to Ateez Dorm!" Kata Min Gi. Seong Hwa hanya tersenyum

"Otak kaulah. Dorm bersepah macam ni kau boleh ajak member baru masuk? Silap hari bulan dia lari sia" marah Yun Ho lagi. Min Gi menundukkan wajah apabila dimarahi Yun Ho

"Dahlah Yun. Jangan marah-marah" kata Seong Hwa. Yeo Sang tersenyum melihat Seong Hwa

"Dah kemaslah tunggu apa lagi!" Kata Yeo Sang yang dari tadi menyepi. Maka anak-anak Ateez pun membersihkan dorm mereka. Seong Hwa turut membantu kerana bosan

***

Setelah hampir 30 minit membersihkan dorm, mereka berehat sebentar. Jong Ho baru pulang dari kelasnya. "Yow aku dah balik"

Jong Ho melihat semua membernya sangat keletihan. Eh ada muka baru. Hensem sial kata hati Jong Ho

"Ho buatkan kitorang air cepat. Kau tak kemas dorm so kau buat air untuk kitorang ok" arah Woo Young. Eh sukati je nak arah-arah orang

Jong Ho akur lalu meluru ke dapur. Seong Hwa juga mahu ke dapur tetapi lengannya ditarik oleh Yeo Sang. "Kau nak pergi mana Hwa?" Seong Hwa tersenyum lalu terus ke dapur

"Hai. Kau pergilah rehat. Mesti penat baru balik kelaskan? Biar aku yang buatkan air untuk diorang" kata Seong Hwa kepada Jong Ho. "Eh tak apalah. Kesian kau dahlah kena tolong kemas, pastu kau nak buat air pulak. Tak payah"

Seong Hwa tersenyum kearah Jong Ho. "Biarlah aku buat" tiba-tiba pandangan Seong Hwa jadi menyeramkan walaupun dia sedang mengukir senyuman manis. Jong Ho akur

"Mana air kitorang?" Tanya San. Jong Ho mengeluh. "Seong Hwa nak buat"

Baru saja hendak memulakan pergaduhan, mereka terbau sesuatu yang sangat enak datang dari dapur. Ateez pergi ke dapur untuk melihat makanan apakah yang sangat enak baunya ini

"Eh aku tak siap masak lagi. Duduklah dulu dekat depan. Nah Yun Ho aku dah buat air. Dah siap masak aku panggil korang ok?" Kata Seong Hwa. Ateez hanya mengangguk faham

"Pandai jugak kawan kau masak Yeo" kata San. Yeo Sang dengan bangganya menjawab "tengoklah kawan dia" mereka mengulingkan mata tanda menyampah

"Ok aku dah siap masak" panggil Seong Hwa. Maka berlarilah anak-anak Ateez pergi ke emak mereka eh tiber

Mereka terpegun melihat nasi goreng kimchi yang disediakan oleh Seong Hwa itu. Sungguh kreatif dan nampak menyelerakan. Seong Hwa juga sempat menyediakan korean spicy chicken

"Maaf ni je mampu buat. Jemput makan" kata Seong Hwa. Ateez menjamu makanan dengan sungguh berselera. Sedap gila si Seong Hwa ni masak

"Pandai bhai kau masak! Jomlah join grup kitorang" kata Min Gi. Yang lain hanya mengangguk setuju terutamanya Yeo Sang. "Boleh ke? Aku ni orang luar je" kata Seong Hwa

"Tak apa. Kitorang nak cukupkan 8 orang. Aku tengok kau yang paling sesuai hoho" balas Hong Joong. Seong Hwa memandang Yeo Sang. Yeo Sang tersenyum

"Ok aku join Ateez" mereka semua bersorak kegembiraan

***

"Wah aku kenyang" kata Woo Young sambil memegang perutnya. Member yang lain bermain phone setelah kenyang. Seong Hwa hanya memerhati perangai mereka

"Hwa. Kau tak selesa ke?" Tanya Yeo Sang. Seong Hwa tersenyum. "Tak adalah. Aku ok je. Lawak tengok perangai korang macam ni" Seong Hwa tergelak kecil

Yeo Sang membalas senyumannya. Yun Ho hanya memerhati dari jauh. Aduh abe Yun Ho kita jealous ke tu

"Aku balik dulu eh? Ada kerja" Seong Hwa meminta diri. "Tak nak tidur sini?" Tanya San. Seong Hwa hanya menggeleng

Sebaik Seong Hwa melangkah pergi, Jong Ho mengatakan sesuatu kepada member Ateez. "Kau ingat tak masa kau suruh aku buat air?" Woo Young mengangguk

"Seong Hwa kan pergi dekat aku. Pastu aku tak bagi dia buat yelah dah tolong kemaskan, pastu dia pandangan dia seram au even dia tengah senyum depan aku. Weyh seram bodo" cerita Jong Ho kepada member Ateez

"Perasaan kau je tu. Kau penat mulalah fikir macam-macam. Kau tengok dia tolong kemas dorm kita, buat air untuk kita siap masak lagi. Basuh pinggan apa semua. Tak elok ok?" Kata Hong Joong. Jong Ho hanya menundukkan pandangannya

Yun Ho yang mendengar cerita Jong Ho tadi memikirkan sesuatu. Memang benar kata Jong Ho, pandangan Seong Hwa agak menyeramkan. Cara Seong Hwa memerhati mereka sangat lain

"Yeo ikut aku jap" Yun Ho menarik tangan Yeo Sang masuk ke biliknya. "Eish kau ni asal?" Kata Yeo Sang

"Kau tak rasa Hwa tu pelik ke? Apa yang Jong Ho cerita tadi ada betulnya" Yeo Sang mengeluh. Mudah terpengaruh sungguh anak Jeong ni

"Yun. Tu perasaan kau je ok? Hwa tu baik. Dia tak pelik pun. Kau cuba tanya member lain pasal Hwa. Jangan jadi paranoid Yun" Yeo Sang terus keluar dari bilik Yun Ho

Yun Ho masih tercegat disitu. Dia cuba untuk berfikiran positif tentang Seong Hwa

[C] PSYCHO LOVE《SEONGSANG》Where stories live. Discover now