⚫part 5⚫

330 31 6
                                    

Setelah 1 jam menunggu, akhirnya doktor yang merawat Yun Hwa keluar. "Siapa pemilik kucing berbulu putih?" Seong Hwa dan Yeo Sang bangun. Seong Hwa mendekati doktor itu

"Doktor! Macam mana keadaan kucing saya?" Seong Hwa menahan dirinya daripada mengalirkan air mata. Yeo Sang yang berdiri di sebelah Seong Hwa bersedih melihat keadaan Seong Hwa

"Kucing encik agak kritikal. Mata kirinya tidak dapat lagi berfungsi jadi kami memutuskan untuk membuang mata kirinya. Kami telah menjahit luka-luka yang ada di badan kucing encik. Kami jugak telah membersihkan darah yang ada di bulu kucing encik. Harap encik bersabar" terang doktor itu panjang lebar. Ya allah dah macam bini plak ahahahaha

Seong Hwa berterima kasih kepada doktor itu lalu masuk ke dalam untuk melihat kucingnya. Ya allah kucing je kot dah macam nak tengok bini ahahahah

"Yun Hwa" Seong Hwa membelai lembut bulu kucingnya. Kini Yun Hwa hanya mempunyai satu mata. Pedih hati Seong Hwa. Tidak mampu dia menerima hakikat ini

"Sabar Hwa" kata Yeo Sang yang turut bersimpati

Petang itu Seong Hwa membawa Yun Hwa pulang ke rumah. Seong Hwa mengajak Yeo Sang kerumahnya dan Yeo Sang hanya mengikut

Buka saja pintu rumah, Yeo Hwa kucing Seong Hwa yang seekor lagi berlari ke arah Seong Hwa dan Yeo Sang. Yeo Sang membelai Yeo Hwa. Lembut gila ah bulu kucing Seong Hwa

"Yeo Hwa meow sini tengok Yun Hwa" Yeo Hwa berlari ke Seong Hwa lalu menjilat Yun Hwa. Yeo Hwa nampak sedih sahaja

Yeo Sang tersenyum melihat gelagat Yeo Hwa. "Kau mainlah dengan Yeo Hwa dulu. Aku nak masak jap" Yeo Sang mengangguk lalu bermain dengan Yeo Hwa

Yeo Hwa tertidur di paha Yeo Sang. Alamak gediklah kau ni Yeo Hwa huu jealous aku

"Yeo. Jom makan" kata Seong Hwa lalu mengangkat Yeo Hwa pergi ke katil yang disediakan untuk Yeo Hwa

Yeo Sang dan Seong Hwa menjamu selera. Mereka senyap sahaja. "Kau ada yeojachingu?" Tanya Seong Hwa memecahkan keheningan

Yeo Sang menggeleng. "Kau suka aku?" Yeo Sang tersedak. Seong Hwa menghulurkan air kepada Yeo Sang. Yeo Sang meminumnya dengan pantas

"Maaf soalan aku pelik" Seong Hwa sambung makan. Yeo Sang merenung Seong Hwa. Seong Hwa merenungnya balik. Wahhhh

"Aku suka kau. More than friend" Yeo Sang tersenyum begitu juga Seong Hwa

"Kalau macam tu-" belum sempat Seong Hwa menghabiskan kata-katanya, telefon Yeo Sang berdering. Siapa lagi kalau Yun Ho. Selalulah budak ni kacau line

"Ha apahal Yun" Yeo Sang agak dingin. Seong Hww hanya memerhati. "Seriuslah? Ok aku datang sekarang"

Yeo Sang mematikan panggilan. "Kenapa?" Tanya Seong Hwa. "San masuk hospital" Seong Hwa terus mengemas pinggan mereka dan keluar bersama Yeo Sang menuju ke hospital

***

"Akh sakit" kata San kepada Woo Young. Woo Young sedih melihat sahabatnya ini. "Yang kau tak tengok kiri kanan tu apahal? Main lari je. Nasiblah orang tu bawak slow. Kalau laju dah mampos dah kau" marah Hong Joong

San menundukkan pandangannya. Memang salah dia tidak memandang ke kiri dan kanan sewaktu melintas. "Dahlah Hong. Tak payah marah-marah. Benda dah jadi" kata Jong Ho

Pintu bilik wad San ditolak dengan kuat. Terpampanglah dua wajah tampan iaitu Yeo Sang dan Seong Hwa

"San kau ok tak?" Kata Yeo Sang risau. Auch terharu San disitu. "Aku ok je" kata sambil tersenyum comel

Satu ketukan singgah di kepala San. "Cuai! Padan muka kau!" San mencebik. Ingatkan Yeo Sang nak sweet-sweet rupanya hampeh

***

Seorang lelaki berkeliaran di waktu malam yang sunyi. Mencari mangsa yang berdekatan. Mencari nyawa yang boleh ditarik

Setelah 20 minit berjalan, lelaki itu menjumpai mangsanya. Seorang remaja perempuan yang memakai uniform sekolah, berjalan seorang diri di malam yang hening ini. Berani sungguh. Peluang tidak akan dilepaskan

Lelaki itu mengikuti langkah remaja perempuan itu. Biasalah manusia, bila rasa tak sedap hati baru nak beringat. Remaja perempuan itu berjalan dengan laju apabila merasa sesuatu yang buruk akan terjadi

Remaja perempuan itu terpaksa berjalan di lorong yang agak gelap. Dia berjalan dengan laju tanpa menoleh ke belakang. "Laju-laju nak ke mana?" Remaja perempuan itu berhenti setelah melihat susuk tubuh seseorang berdiri di hadapannya

Remaja itu mengundur sedikit ke belakang manakala lelaki itu maju ke hadapan. "Janganlah takut" kata lelaki itu sambil menunjukkan sabitnya. Remaja perempuan itu kelu. Tidak mampu untuk menjerit

"Say goodbye Shin Hoe Ri" lelaki itu tersenyum dibalik masknya lalu menghayunkan sabitnya ke arah remaja itu. Lelaki itu mengambil kepala Shin Hoe Ri lalu dibuang ke dalam tong sampah manakala badannya dikerat dan dimasukkan ke dalam kotak. "Kesian"

***

"Seong Hwa! Annyeong Seong Hwa-ah!!" Seong Hwa membuka pintu rumahnya. Terlihat wajah jirannya, Puan Shin. Seong Hwa tersenyum ke arah Puan Shin. "Annyeong. Wae ahjumma?" Puan Shin mengalirkan air mata

Seong Hwa terkejut melihat Puan Shin. "Waeyo?" Seong Hwa makin pelik. "Hoe Ri tak balik-balik dari semalam Hwa. Tolong ahjumma" Seong Hwa terkejut. "Jinjja? Tak apa ahjumma. Hwa akan cari dia. Ahjumma balik dulu ok?" Kata Seong Hwa. Puan Shin hanya mengangguk

"Seriuslah Hwa?!" Ateez terkejut mendengar kata-kata yang keluar dari mulut Seong Hwa. Seong Hwa hanya mengangguk

"Jomlah cari sekarang" semua member Ateez mengangguk. "Eh aku nak pergi jugak" kata San. Terlupa pulak budak ni tengah sakit ish ish ish

"Korang pergilah. Aku jaga San" kata Woo Young. Auch WooSan sungguh. San terharu disitu hek

Mereka mengangguk lalu memulakan pencarian mereka

Mereka bertanya kepada semua orang di sekitar Seoul (aku xtau so letak jla ni ok bye)

Tetapi hampa. Seorang pun tidak melihat Shin Hoe Ri. Mereka berehat sebentar di kafe pak cik Min Gi

"Nampak penat je korang. Dari mana?" Tanya pak cik Min Gi, Han Sol kepada mereka. "Kitorang tengah cari budak perempuan ni. Dia tak balik dari semalam" kata Min Gi sambil menunjukkan gambar Shin Hoe Ri

"Shin Hoe Ri? Semalam baru je dia datang sini study sama-sama dengan kawan dia. Pak cik nak tutup kedai baru dia balik" kata Pak Cik Han Sol

"Seriuslah pak cik?" Pak Cik Han Sol hanya mengangguk

[C] PSYCHO LOVE《SEONGSANG》Where stories live. Discover now