⚫part 17⚫

256 33 7
                                    

Seong Hwa membuka pintu rumahnya. Member Ateez yang lain memandang Seong Hwa. Seong Hwa terus naik ke bilik tanpa menegur mereka

"Seong Hwa tu dah kenapa?" Tanya San. Yang lain angkat bahu tanda tidak tahu. "Yeo, kau pergilah tanya" arah Hong Joong. Yeo Sang mengangguk lalu pergi ke bilik Seong Hwa

....

"Hwa?" Yeo Sang menolak pintu bilik Seong Hwa. Seong Hwa sedang termenung di tepi katil. Tidak sedar akan kehadiran Yeo Sang

Yeo Sang mendekati Seong Hwa lalu menepuk bahunya. Seong Hwa tersedar dari lamunannya. "Fikir apa tu?" Tanya Yeo Sang sambil tersenyum

Seong Hwa menatap wajah Yeo Sang. Mengalir air mata Seong Hwa. "Yah Park Seong Hwa. Waeyo?" Yeo Sang memeluk Seong Hwa. Seong Hwa masih menangis di bahu Yeo Sang

"Uljimayo. Kenapa ni hm?" Kata Yeo Sang sambil menggosok belakang Seong Hwa. Seong Hwa tersedu sedan. "Aku ke-kena buang kerja" bertambah kuat Seong Hwa menangis

"Shhh uljima" Yeo Sang bersimpati dengan Seong Hwa. Member Ateez yang curi-curi dengar itu menerjah bilik Seong Hwa apabila mengetahui perkara itu. Jangan ikut perangai anak-anak Ateez ya😂

"Seong Hwa ah" mereka semua pergi ke Seong Hwa lalu memeluk Seong Hwa. "Uljimayo. Nanti tak kacaklah Angry Bird kitorang ni" kata San. Yeo Sang mengesat air mata Seong Hwa

"Mianhae" kata Seong Hwa yang masih tersedu itu. "Nanti kitorang pergi bakar restoran Tae Il hyung eh?" Kata Jong Ho. Semua memandang Jong Ho. "Apa?" Tanya Jong Ho

"Bukan salah Tae Il hyung. Aku kena buang kerja sebab wartawan selalu datang dekat restoran Tae Il hyung" Seong Hwa mengesat laju air matanya

"Serabut betullah aku dengan wartawan hanat ni. Kang aku bakar sekor-sekor tak pasal je" marah Woo Young. Mereka terus memujuk Seong Hwa supaya tidak bersedih

***

Seorang wartawan dari syarikat Mak Cik Bawang mengemas barangnya untuk pulang setelah seharian mencari jejak Ateez

"Ryeong aku balik dulu tau! Annyeong" kata wartawan itu kepada rakannya. "Nae annyeong Ryu Jinnie" kata Chaer Yeong

Parking lot agak sunyi kerana yang lain sudah pun pulang ke rumah. Ryu Jin masuk ke dalam kereta lalu menghidupkan enjin keretanya

Ryu Jin berbalas mesej bersama tunangnya sebelum memulakan perjalanan. Tiba-tiba cermin keretanya diketuk. Terkejut Ryu Jin dibuatnya. Ryu Jin melihat ke arah cerminnya.

Ada seorang lelaki menunjukkan sebungkus mochi kepadanya mungkin untuk menjual. Ryu Jin menggeleng. Lelaki itu mengetuk lagi. Ryu Jin mengeluh

Ryu Jin menjerit ketakutan apabila melihat lelaki itu menunjukkan sabitnya. Lelaki itu memecahkan cermin kereta Ryu Jin menggunakan seketul batu. Ryu Jin dicekik dengan kuat

Ryu Jin menggelupur mencari nafas. Sebelah lagi tangan lelaki itu membuka kunci pintu Ryu Jin. "Kesian" lelaki itu terus memenggal kepala Ryu Jin. Kepala Ryu Jin dicampak ke tempat duduk belakang. Lelaki itu pergi setelah siap membersihkan sabitnya

....

Ateez bangun lewat pada hari itu. Seong Hwa masih mendiamkan diri kerana peristiwa semalam. Ateez kasihan melihat Seong Hwa yang tidak ceria seperti selalu. Author pun sedih😢

[C] PSYCHO LOVE《SEONGSANG》Where stories live. Discover now