Hana keluar dari kereta yang dipandunya. wajahnya yang bertopeng dibuka. matanya tajam menikam sebuah kereta hitam yang dipandu musuh. Hana mengeluh
"takguna !" jerkah Hana. mata dipejam rambutnya diraup ke belakang dengan kasar. Aimi, Aulia dan Eva yang baru sahaja tiba. mereka keluar dari kereta masing² lantas mendekati Hana
bahu Hana disapa perlahan oleh Aulia. "sabar Hana. kita mesti dapat jejaki dorang lagi" ujar Aulia sambil bahu Hana diusap perlahan. Hana mengeluh kasar, kepalanya digelengkan beberapa kali
"malaysia ni tak besar manapun"
"kalau dulu kita dapat tangkap penjenayah dekat england. takkan lah dekat malaysia ni tak boleh?"
"kan?" kata Eva sambil menjongket kening mencabar Hana. Eva tersenyum sinis melihat Hana turut mengangkat kening dengan wajah yang tegang.
"balik dulu"
"lepas magrib kita keluar balik" arah Hana. mereka semua memasuki kereta masing masing dan dipecut laju.
Hana tiba dirumahnya. "asalamualaikum" daun pintu dibuka oleh pembantu rumahnya. "waalaikumussalam" jawab mereka yang didalam. Hana berkerut hairan, suaranya seperti ada ramai disini
Hana menyimpan kasutnya didalam almari berdekatannya. kemudian dia beralih memandang ruang tamu. kelihatan keluarganya bersama sama keluarga angkatnya. Hana terkedu seketika melihat Izyan Haiqal yang turut memandangnya
sudah dua tahun berlalu mereka tak bertemu. kerana sebelum ini Hana kerap mengsibukkan dirinya dengan tugasannya dan juga latihan. sengaja dia lakukan semua itu untuk mengelak daripada bertembung Izyan Haiqal tiap kali jejaka itu dan keluarganya datang ke mari
tapi malangnya hari ini. Hana tak dapat untuk mengelak lagi. gadis itu terus melangkah menuju ke arah tangga. "Farisyahana" langkahnya mati mendengar teguran tengku Harraz
"tak nampak ada tetamu?" soal tengku Harraz. Hana memandang ayahnya. dia perasan Izyan tersenyum sinis melihatnya. "oh ya. nampak. Hana tak buta" bidas Hana dengan kasar
baru sahaja mahu melangkah lagi. langkahnya terbantut buat kali kedua. "duduk sini" kata tengku Harraz lagi. "Hana dari mana?" soal puan Normi, ibu angkatnya
"Hana minta maaf. Hana ada kerja. bonda, lepas magrib Hana keluar balik. ada mision" lantas gadis itu terus naik ke tingkat atas tanpa menghiraukan mereka yang berada di ruang tamu
Izyan berkerut dahinya melihat sikap Hana begitu. dahulunya Hana bukan orang yang bersikap kasar begitu. gadis itu berubah? hampir dua tahun mereka tak bertemu.
di fikirannya Hana hanyalah gadis yang polos seperti dulu. tapi sangkaannya salah. senyum sinisnya terus mati apabila melihat Hana petah berkata dengan kasar begitu
Izyan memandang Farhin dan Haris. keduanya saling memandang antara satu sama lain lantas Farhin dan Haris terus naik ke tingkat atas. apa yang mereka bincangkan? bisik hati Izyan
"maaf normi, azhar"
"sejak kami pindah sini. sikap Hana memang macamtu" ujar tengku Fathiya. puan Normi menggelengkan kepalanya dengan senyuman hambar terpaksa diukir. dia terkesan dengan sikap anak angkatnya
"bukan salah dia. mungkin dia letih" kata puan Normi. tengku Fathiya saling berpandangan dengan suaminya. "er Izyan pergilah naik atas dulu. bersihkan diri lepastu kita makan malam sama sama ya" kata tengku Fathiya lagi
"Normi dengan Azhar pon pergilah berehat dulu. korang datang dari jauh ni mesti penat" kata tengku Harraz pula.
"ha iyelah razz, thiya. kami masuk bilik kami dulu ya" kata encik Azhar. Izyan pula sudah naik ke tingkat atas. biliknya dan bilik Hana bersebelahan sahaja.
