hana menyemak rekod nama setiap pelajar untuk kali ketiga bagi memastikan kesemua pelajar sudahpun masuk kedalam bas. mereka akan bertolak ke tapak perkhemahan hari ini
hana memandang ke arah sebuah kereta mewah yang sedang menghampiri mereka. hana tersenyum sinis. dia kenal mereka. dua orang insan itu keluar dari perut kereta. "kau buat ape kat sini?" soal hana
izyan mengerutkan dahinya. ' haris polis ke? ' soal hatinya. kelihatannya farhin turut mendekati haris bersama sama kawannya. "apa abang buat kat sini" soal farhin pula
"okay listen gais" kata sarah
"ayden laei dari penjara" hana tersentak. bergitu juga yang lain.
"dua orang anggota polis yang jaga dia dibunuh. abang dengan kak sarah cuba untuk jejaki dia" kata haris pula
"macam mana dengan irene?" soal farhin
"irene masih dirawat di hospital. tapi akak yakin ayden akan datang sana bawak adik dia" ujar sarah pula
hana berfikir sejenak. dari jauh izyan memerhati gadis itu begitu serius. apa perbincangan antara mereka? "siapa tu iz?" soal faiz
"abang hana. yang polis perempuan tu tak silap aku tunang abang dia" balas izyan. dalam fikirannya tercetus mahu tahu apa yang dibincangkan oleh mereka
mereka tiba di tapak perkhemahan. khemah mula didirikan oleh setiap pelajar yang sudah dibahagikan kumpulannya. Emy memandang sekelilingnya. hana tak ada ! Emy mendekati izyan dengan senyumannya menggoda eiyew !
"hai iz" sapanya
izyan memandang gadis yang menggedik disebelahnya itu sekilas sahaja. "kau nak apa. jangan kacau aku" kata izyan. dia sibuk memasang khemahnya bersama faiz. jejaka itu sejak dari tadi lagi memerhati emy
cantik memang cantik. tapi sayang..
akhlak takda. maruah pon hm
faiz menolak emy hingga terjelupuk ke lantai. hana yang baru sahaja tiba dengan kayu api ditangannya sempat memandang ke arah izyan dan faiz sedang memarahi gadis yang berada di atas tanah
emy. bisik hati hana. senyumannya terbit apabila akal mula mengimbas kisah tempoh hari. emy bangun mendekati izyan. lengan izyan dipagutnya. hana mengerutkan dahinya tak puas hati !
izyan menepis nepis gadis itu. "babyy. sakit tangan i dia tolak!" kata emy sambil menunding jari ke arah faiz. jejaka itu hanya menayang wajah menyampahnya
izyan perasan hana memandang ke arah mereka. dia tak mahu hana berfikir yang bukan bukan tentangnya. pantas izyan menolak kuat emy hingga jatuh ke tanah lagi. hana berlalu pergi ke tempatnya untuk meletakkan kayu api itu
"hana!" izyan mengejar langkah gadis itu.
hana hanya melakukan kerjanya sahaja. entah kenapa dia cemburu dengan sikap emy itu. dia tahu izyan tak suka. tapi entahlah !
"hana.." izyan memanggil lagi. bahu hana disapa lembut. gadis itu menoleh. "apa. hana sibuk ni tak nampak ke" kata hana mendatar. izyan resah dengan sikap gadis itu. dia sendiri tak tahu kenapa.
"pergilah pasang khemah tu dengan emy tu haa" kata hana lagi. izyan tersenyum oenuh makna memandang hana. "hana jealous ea" kata kata izyan menyedarkan hana dengan apa yang dia katakan tadi
hana menepuk perlahan dahinya. langkah di atur mendekati eva yang sedang menyediakan lauk pauk itu. izyan tersenyum mengekori langkah hana. "eleh nak cover. cemburu tu cakap je la" usik izyan lagi
eva memandang hana hairan. pipi hana berona merah apabila disakatnya izyan. eva tersenyum simpul. "tu pipi tu dah merah tu sayangg.." ujar izyan lagi. hana terasa wajahnya makin membahang apabila izyan memanggilnya.. sayang ?
