"hana" gadis itu memandang abangnya. "bonda dengan ayah.." haris seakan teragak agak mahu memberitahu hal sebenar pada hana. sarah memandang tunangnya itu. keluhan terbit di bibirnya
"bonda dengan ayah.. da.. dah takda" sarah turur tergagap. tapi mereka perlu beritahu hana dan farhin juga hal ini. hana mengerutkan dahinya. mungkin ada maksud lain. bisik hatinya. tangannya mula menggigil
"ma..maksud akak?" kata farhin. suaranya bergetar. dia tak salah dengan kan? izyan turut tersentak. matanya memandang hana. gadis itu jelas riaknya tidak percaya. kepalanya digeleng perlahan.
puan normi teresak esak menangis. "bonda.. de..dengan ayah dah meninggal dunia dekat tanah suci.." ujar haris. dia cuba untuk menahan sebaknya. hana menggelengkan kepalanya beberapa kali
farhin yang hampir terduduk di lantai itu ditahan oleh sarah. "adik!" kata sarah terkejut melihat farhin hampir sahaja menyembah lantai. sarah memapah farhin duduk di sofa
semua mata memandang hana. gadis itu kaku tak berkata apa. air matanya sahaja mengalir deras. wajahnya sudah berona merah menahan sebak yang mendalam. haris memandang hana sayu. dia turut sebak
puan normi meraih pergelangan tangan hana. "macam mana boleh jadi" suara hana bergetar. tubuhnya sudah hampir menggigil mendengar apa yang disampaikan oleh abang dan kak sarah tadi. dia cuba bertahan
"dua hari lepas. ada kes jadi dekat pasar pagi mekah. bonda dengan ayah salah satu mangsa keadaan" jawab haris. hana terduduk di lantai. izyan mendapatkan gadis itu
puan normi menahan sebaknya tak mahu meratap. kasihan pada arwah disana. lagi pula dia kasihan pada hana, haris dan farhin juga. "hana.." suara izyan lembut menyapa gegendang telinga hana
ini perasaan yang dirasanya tempoh hari ? pasti ada sesuatu disebalik semua kejadian ini. air mata hana deras membuatkan dia teresak esak kecil. puan normi memeluk hana
encik azhar menyapa bahu haris. dia tahu ada sesuatu disebalik segala ini. hanya puan normi dan izyan sahaja tak tahu. "takziah ye haris. kamu kena kuat untuk farhin dan hana" ujar encik azhar
haris angguk faham. dia menghela nafasnya. dia telah memikul tanggungjawab menjaga adik adiknya. dia perlu lebih kuat. hana kelihatannya semakin lemah. baru sahaja haris mahu mendekati hana
tubuh hana semakin lemah. izyan sempat mendakap tubuh itu sebelum rebah. "hana!" suara izyan kedengaran kuat. farhin mengangkat wajahnya. sarah turut terkejut dengan suara izyan yang nyaring
"akak.." suara farhin perlahan kedengarannya
tubuh hana diangkat dan dibawa ke biliknya. izyan membaringkan tubuh itu di atas tilam empuknya
matanya dibuka perlahan lahan. hana memandang sekeliling ruang biliknya. keluhan dilepaskan. kejadian semalam seakan akan mimpi baginya. bonda.. ayah..
"hana.." sapa seseorang. gadis itu menoleh di sebelahnya. dia baru perasan jejaka itu berada disebelahnya. ubun ubun hana diusap perlahan. "dah sedar pun. nak makan?" soalnya
hana geleng. haris menghela nafasnya. semalaman dia menjadi adiknya itu. hana sempat mengerling ke arah seseorang yang sedang tidur di bawah belapikkan tilam nipis
farhin.
hana mengeluh. tubuhnya disandarkan di kepala katil. "kenapa tak suruh je far tidur sebelah hana?" soalnya. haris memandang sekilas farhin di bawah. "dia taknak" jawabnya. hana menggelengkan kepalanya
"angkat dia letak sini" ujar hana lagi sambil dia menepuk nepuk perlahan tempat disebelahnya. "macam la dia tu budak kecik nak kena angkat bagai" keluh haris membuatkan hana tergelak kecil
