Bab 4

1.9K 34 3
                                    

" Baba ! " panggil seorang kanak kanak perempuan di taman permainan

" Baba !" jeritnya lagi

Aku memandang ke sekeliling , tiada seorang lelaki pun disini selain aku.

Tiba tiba lengan ku dipaut oleh seseorang .

" Abang.....kenapa muka abang ni berbedak ?" soalnya sambil menyapu halus wajahku

Wajahnya..

Wajahnya seperti wanita yang sangat familiar dalam hidupku

" Baba !" budak yang menjerit tadi terus memeluk kakiku membuatku terkejut

" Khatirah syaheqrah ! Kenapa comot ni " ucap wanita itu

" baba...qera nak ais krim " wajahnya sepertiku

" no no sayang..muka dah comot macam ni nak Ais krim pulak .." balas wanita yang masih setia memegang lengan ku

Tak lama kemudian seseorang memegang bahuku .

" anak muda..kembalilah ke jalan Allah , Jalankan tanggungjawab ! Jangan lari dari masalah "

Aku membuka mata menatap gerangan yang berkata tadi , tetapi hilang .

Kemana dia ?

Mana ?

" Abang !!!!"

" Baba !!!"

" WAN FAHEN MIKHAIL ! " aku terkejut dan terus terbangun dari baring .

Aku memandang sekeliling Bilikku namun kosong . Tiada seorang pun disini kecuali aku.

Suara yang memanggil nama ku tadi siapa ?

" Allahuakbar
Allah...huakbar " Azan subuh mula berkumandang

" astagfirullahalazim , mimpi rupanya "

Fahen terus masuk ke bilik mandi untuk mengambil wudhuk .

Dia menunaikan solat subuh dengan penuh kusyuk .

Baru sahaja Puan Nabihah ingin memasuki bilik anak lelakinya itu tetapi terbantut di celah pintu apabila ternampak fahen menunaikan solat subuh .

Cair hati puan Nabihah

" Alhamdulillah " Syukur , Allah telah kabulkan doanya agar Fahen berubah .

.
.

.
.

.
.

.
.

.
.

.
.

.
.

" ibu..." seru Fatimah setelah menghabiskan sarapannya

Puan Maria berpaling menatap wajah anaknya itu .

" Ayah tak pulang lagi ka ?" soal Fatimah , puan Maria hanya menggeleng .

" Fatimah pergilah sekolah , nanti lambat pulak masuk kelas " Fatimah terus menyalam Puan Maria kemudian menarik beg sekolahnya lalu keluar dari rumah .

Pemergian Fatimah hanya ditatap sepi oleh puan maria .

Fikirannya masih bercelaru dengan pelbagai masalah yang tak pernah habis .

" Ada suami pun kaki botol kaki pompuan " kutuk puan maria sambil menyapu ruang tamu rumahnya

Teringat lagi zaman mereka bercinta , semua benda puan maria berikan sehingga dirinya sendiri berada dalam kesusahan. sudah lagi terang lagi bersuluh bahawa Encik fitri bukan lelaki yang baik tetapi dia tetap ingin menjalinkan hubungan bersama lelaki itu

" Maria..awak sakit ka ni sayang ?" soal Encik Fitri

" Eh. Taklah , saya okay jer ..penat sikit jer " jawab Puan maria yang masih kelihatan kurus dan cantik

" jom saya hantar pergi klinik " ajak Encik fitri

" tak apalah..saya nak rehat sekejap jer " Tolak Puan maria

" awak tak kerja ka ?" soal puan maria

" kerja tapi demi awak saya ambil cuti " jawab Encik fitri dengan kenyitan matanya

" awak ni , Asyik cuti jer . Minggu ni rasanya dah 4 kali awak cuti " Kata puan maria mengambil tempat di sebelah Encik fitri

" tak apalah..demi awak " ujar Encik fitri

" macam mana awak nak survive hidup awak nanti? Sewa rumah awak , sapa yang nak bayar ? Duit makan awak sapa yang nak bagi ? " Encik fitri mendiamkan diri sambil menghisap sebatang rokok

" okay sayang...esok saya kerja yer " puan maria menggeleng

" awak nak makan ? Jom kita pergi makan " ajak Encik fitri

" tak naklah " tolak puan maria lagi

" kenapa ?" soal Encik fitri

" jomlah...saya lapar ni " pujuk Encik fitri lagi

" yerlah yerlah.." akhirnya puan maria mengalah

Mereka memasuki sebuah restoran di tepi pantai .

" awak nak makan apa ?" soal encik fitri sambil membuka buku menu

" saya nak nasi goreng dengan air mineral jer " jawab Puan maria

" saya nak Nasi ayam , sup ayam , roti telur dan ice lemon tea " terbutang mata Puan maria

Setelah menghabiskan makanan , Puan maria menatap encik fitri .

" saya tunggu awak kat luar yer..awak pergilah bayar " ucap Encik fitri

Puan maria hanya mengangguk dengan senyuman manis yang tidak lekang dari wajahnya .

Dikaunter , dia dikejutkan dengan harga Makanan yang telah mereka makan tadi .

Dompet dibuka , Hanya Rm100 yang tersisa .

Kedua dua keping Rm50 itu diambil lalu diserahkan kepada pekerja yang menjaga kaunter .

RM5 diberi sebagai baki

Diluar , Encik fitri menghisap rokok sambil melembaikan tangan seperti orang yang mesra kepada gadis gadis yang lalu lalang .

' ini sebab aku tak nak makan , Bukan kedekut tapi ni dah melampau . keluar date jer duit aku yang habis ' monolog Puan maria

" hey..sayang jom kita pergi tengok wayang kat mall " ajak puan maria

" taknaklah.." tolak puan maria lembut

" alah..jomlah , ada movie syok " ujar Encik fitri

" awak jerlah pergi tengok , saya nak balik " tolak puan maria menolak ajakan encik fitri sekali lagi

" kalau macam tu , awak bagilah saya Rm50 ..." kata encik fitri mengejutkan puan maria

" kenapa pulak ?" soal puan maria

" saya nak pergi tengok wayang " jawab Encik fitri

" kenapa nak minta duit saya ?" soal puan maria

" saya takde duit..duit saya habis belanja awak kelmarin " jawab Encik fitri

wanita yang ku beliWhere stories live. Discover now