13 爱 : Special Dress From Special Somebody

185 33 0
                                    

❝ 스타는 연인을 넘어 ❞┌ 15th May 2020 ┘♡ 전장국 ♡

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

❝ 스타는 연인을 넘어 ❞
┌ 15th May 2020 ┘
♡ 전장국 ♡

🌟


┌ SPECIAL TAG ┘

M1NY00NGI-

*╔═══❖•ೋ° °ೋ•❖═══╗*🌟 CHAPTER THIRTEEN 🌟❛ Special Dress From Special Somebody ❜

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

*╔═══❖•ೋ° °ೋ•❖═══╗*
🌟 CHAPTER THIRTEEN 🌟
❛ Special Dress From
Special Somebody ❜

*╚═══❖•ೋ° °ೋ•❖═══╝*

Sepatutnya tinggal 4 hari sahaja lagi, tapi, Ella tidak pasti kenapa begitu tiba-tiba Jungkook kembali. Entah benar atau tidak, semua akan terjawab malam ini.

Dia memberitahu Puan Carmela bahawa dia mahu pergi ke rumah Haesoo dan mungkin balik lewat sedikit untuk tenangkan diri selepas menjalani musim latihan yang panjang. Dia tidak menipu kerana dia benar-benar ke tempat Haesoo. Itupun cuma sekadar untuk beberapa minit.

Ella menaiki teksi ke satu perhentian yang Jungkook maklumkan melalui mesej. Pemandu teksi tersebut sempat bertanya dengan penuh prihatin kenapa seorang gadis sepertinya berhenti di kawasan yang sunyi. Namun, Ella sekadar tersenyum dan menjelaskan bahawa akan ada orang lain akan mengambilnya di situ nanti.

Lima minit kemudian, sebuah kereta hitam muncul. Cermin kereta di hadapan diturunkan dan terpaparlah wajah seorang lelaki botak yang garang.

"Cik Ella Audrey?" Lelaki tersebut bertanya dan Ella segera mengangguk. Dia memang tidak kenal, tapi dia tahu ini anak buah Jungkook.

"Kau. Buka pintu," si lelaki tadi memberikan arahan kepada rakannya di sebelah. Tanpa sempat pun yang satu lagi keluar, Ella segera menolak awal-awal.

"Takpa. Saya boleh masuk sendiri."

Berpandangan seketika dua lelaki itu. Ella pergi membuka pintu belakang dan dia duduk. Rasa kurang selesa dan hairan sedikit. Selalunya, Daniel yang akan datang. Nak pergi rumah Jungkook ke, atau sekadar hantarkan pesanan, memang Daniel akan menjadi perantara. Tak sangka kali ni lain.

❪ COMPLETED ❫  🌟 ─  ❝ 스타는 연인을 넘어 ❞ | 蝴蝶 Healer Killer : Star Crossed Lover ♡Where stories live. Discover now