TH BAB 1

44.9K 2.5K 255
                                    

30 Januari 2020 (3:00 a.m.)

BUNYI nyanyian cengkerik menghiasi suasana sepi pada pukul 3 pagi. Deruan ombak yang kedengaran dari jauh membuatkan Tihani semakin laju melangkah. Kakinya berjalan di atas tanah yang dipenuhi batu-batu kecil dan dibiarkan sahaja tidak dialas dengan kasut. Kesakitan yang dirasa di kakinya bagaikan tidak memberi rasa apa lagi kepadanya.

Tembok yang memisahkan darat dengan laut itu dipanjat. Perlahan-lahan Tihani melabuhkan punggung di atas tembok itu. Nafas ditarik panjang kemudian dilepas perlahan. Langit yang dihiasi oleh gugusan bintang itu dipandang dengan perasaan sayu.

"Langit pun ada bintang-bintang yang menghiasi dan menemaninya. Sedangkan aku ni?" Tihani ketawa sayu. Air mata semakin galak membasahi pipinya. Sungguh, hanya air mata yang dapat menggambarkan perasaanya sekarang ini.

Badannya hanya beralas dengan baju tidur berwarna putih dan rambutnya ditutupi dengan sehelai tudung sarung. Tindakan drastiknya untuk melompat dari tingkap bilik telah menyebabkan seluruh muka dan bajunya sedikit comot. Huh, dia tak ada masa nak memikirkan tentang penampilannya.

"Mesti tak ada orang yang perasan dengan kehilangan aku. Siapalah aku di rumah agam itu. Hanya seorang manusia yang dibenci." Rintih Tihani dengan sayu.

Seseorang manusia itu boleh berada di dalam kesedihan, tetapi jangan terlalu lama melayan kesedihan kerana lama-lama ia akan memakan diri sendiri. Kata-kata nasihat daripada Madam Salima tiba-tiba menjelma di dalam fikirannya.

Tihani tersenyum tawar. Kata-kata Nenda memang benar sekali. Dia tak boleh layan perasaan sedih ini dengan melampau. Dia terpaksa lari sekejap daripada 'penjara dunia' itu. Hanya untuk 'bernafas' seketika. Selepas ini, dia kena kuat dan jangan pernah tersungkur lagi.

"Ya Allah, berilah kekuatan kepadaku. Sungguh, aku hanya hamba-Mu yang lemah." Rintih Tihani di dalam kegelapan malam.

KERETA yang dipandu oleh Aakif membelahi jalan yang lengang itu. Sunyi sahaja pagi itu. Hanya beberapa buah kereta kelihatan pada pukul 3 pagi ini. Mungkin ada hal yang belum diselesaikan. Tatkala Bumi Malaysia masih 'tidur', tiba-tiba sahaja dia diarahkan untuk membuat sesuatu. Tak pernah-pernah Zufar menyuruhnya membuat sesuatu pada waktu-waktu sebegini. Pelik sungguh.

Aakif memandang Zufar yang duduk di sebelahnya. Kelihatan diri itu ralit memandang ke luar tingkap kereta. Wajah itu tidak menunjukkan reaksi apa-apa. Aura dingin tu sampai terpancar-pancar dari wajah itu. Bibir itu pula, jarang melorekkan senyuman dan dia tahu kenapa Zufar jadi sebegitu. Kalau dia juga lalui kehidupan seperti Zufar, dia sendiri tak akan mampu untuk tersenyum.

"Tuan, are you alright?" soal Aakif dengan perlahan.

"Yes, I'm alright." Jawab Zufar dingin. Aakif mengangguk faham. Mendengar nada dingin Zufar, tahulah dia bahawa lelaki itu tak nak diganggu. Kereta Aston Martin itu hanya dipandu tanpa arah tuju. Selagi Zufar tidak memberi arahan,selagi itulah dia tidak akan memberhentikan kereta.

"Aakif, take me there." Suara Zufar memecah kesunyian di dalam kereta itu.

"Pantai cahaya?" soal Aakif untuk kepastian.

"Yes." Jawab Zufar.

Aakif hairan tapi dia tetap mengangguk patuh. Tiba-tiba dia teringatkan sesuatu. Pantas dia melihat tarikh di dashboard kereta. Matanya membulat! Patutlah Zufar berperangai pelik. Timbul rasa geram di dalam hatinya.

'Macam mana la aku boleh lupa? Itulah kau Aakif! Ralit sangat bercuti sampai kau lupa tarikh hari ini.'

Setiap kali tarikh 30 Januari, memang dia akan menemani Zufar pergi ke Pantai Cahaya. Kadang-kadang itu sampai seharian dia menemani Zufar. Pantai Cahaya satu-satunya tempat yang menyimpan memori terindah buat Zufar. Tempat di mana Zufar masih boleh rasai 'kasih sayang mereka' yang telah pergi.

'Mereka' yang dia maksudkan ialah keluarga Zufar.

Aakif menghela nafas perlahan sambil dia melihat wajah dingin Zufar. Wajah yang menyimpan seribu perasaan yang tak diketahui orang ramai.

Kereta dipandu laju menuju ke Pantai Cahaya. Pantai yang tersimpan memori buruk dan manis bagi insan yang bernama Zufar Emiir.

ASTON Martin berwarna putih itu diletak di tempat tersorok. Aakif memandang sekeliling untuk memastikan keberadaan mereka di Pantai Cahaya itu tidak diketahui orang. Mereka harus berhati-hati dengan 'mata' yang mungkin sentiasa memerhati Zufar. Setelah memastikan tiada perkara yang mencurigakan di kawasan pantai itu, Aakif kembali memandang Zufar.

"Tuan, 'clear'." Ujar Aakif sambil dia melangkah keluar dari kereta dan Zufar turut melangkah keluar dari kereta.

Zufar memandang ke arah tembok pantai itu. Kakinya mula melangkah menuju ke bahagian tembok yang memisahkan darat dan air laut itu. Aakif di belakang hanya mengikut rentak Zufar tanpa mempersoal apa-apa soalan.

"Tuan, where is your hoodie?" soal Aakif tiba-tiba selepas menyedari Zufar tidak memakai hoodie hitam yang selalu dipakai olehnya apabila datang ke sini. Itu salah satu cara untuk mencegah orang supaya tidak mengenali Zufar.

Zufar berhenti melangkah kemudian dia memandang Aakif di belakangnya.

"Siapa yang gila sangat untuk ada dekat pantai pada pukul 3 pagi? Nobody here except us. Sebab itu aku tak pakai hoodie dan jangan risau, identiti aku masih tersimpan rapat." Jawab Zufar sambil dia meneruskan langkah menuju ke tembok itu.

"Kita berdua lah yang gila tu." Gumam Aakif. Betul apa yang dikatakan oleh Zufar itu. Identiti Zufar masih tersimpan rapat dan perkara itulah yang menjadi keutamaan mereka sekarang ini.

Aakif memandang Zufar yang sedang memanjat tembok batu itu. Memang dari dulu lagi dia hanya menemani Zufar dari jauh. Jadi, dia tak pernah nampak apa yang Zufar buat di atas tembok itu.

Zufar melabuhkan punggung di atas tembok itu kemudian dia menghayati deruan lembut angin laut. Mata dipejam rapat kemudian dilepas perlahan nafasnya. Dia kembali membuka mata untuk menghayati ciptaan Allah yang Maha Esa. Deruan ombak yang kuat menyebabkan dia teringat memori pahit 10 tahun yang lepas. Pelbagai perasaan dia sedang rasakan sekarang ini. Semuanya bercampur-baur.

Namun, tiada reaksi yang terpamer di wajah itu. Hanya wajah yang dingin dan beku. Perlahan-lahan tangan Zufar mengenggam batu tembok itu sehinggakan tangannya menjadi merah-kemerahan.

"I am sorry."

♟️♟️♟️


Ops! Esta imagem não segue nossas diretrizes de conteúdo. Para continuar a publicação, tente removê-la ou carregar outra.
Pre-order Novel The Hunter (C) Onde histórias criam vida. Descubra agora