TH BAB 2

29K 2.4K 195
                                    

"AWAK...."

Dahi Zufar berkerut. Kenapa dia macam dengar suara perempuan? Tapi tak mungkin lah. Sekarang ni kan dah pukul empat pagi. Tak mungkin seorang perempuan boleh ada di pantai ini.

"Awak...."

Zufar menghela nafas perlahan. Siapa pula nak main-main dengan dia ni? Terus dia menoleh kepalanya untuk mencari gerangan yang tengah memainkan dia sekarang ini.

"Ya Allah!" Zufar terkejut. Matanya membulat apabila melihat seseorang sedang duduk di tepinya. Dia terus bangun dari duduk kemudian menjauhi 'lembaga putih' itu. Sudahlah lembaga itu berpakaian baju warna putih ditambah lagi dengan wajah yang comot!

Aakif terus melangkah laju menuju ke tembok itu selepas mendengar jeritan Zufar. Dadanya berdebar-debar. Jarang Zufar nak jerit macam itu. Did something happen?

"Arghh!" Jerit Aakif sebaik sahaja dia tiba di tembok itu. Wajahnya pucat tak berdarah. Zufar di sebelahnya juga sedang tergamam. Masing-masing tergamam dan kelu untuk berkata apa-apa. Wajah lembaga itu diperhati lama oleh mereka berdua.

"Tuan, ini hantu ke manusia?" Bisik Aakif. Zufar terus menjeling Aakif dengan tajam.

"Kau ingat aku nak ambil tahu ke?" soal Zufar kembali.

Terkebil-kebil Tihani apabila dirinya diperhati dengan begitu lama oleh dua orang lelaki di hadapannya ini. Geram juga dia apabila dilabel sebagai 'hantu' oleh mereka berdua. Ini semua sebab baju tidur dia yang berwarna putih dan wajahnya yang sedikit kotor dengan debu tanah. Tak ada masa dia nak fikir tentang penampilan dirinya. Sudahlah dia melompat keluar dari beranda biliknya dari tingkat dua. Memang teruklah penampilan dia!

"Excuse me, I am a human for sure." kata Tihani. Aakif menghela nafas lega. Zufar pula hanya beriak biasa.

"What are you doing here, miss? Sekarang ini dah pukul 4 pagi and you are here alone? At Pantai Cahaya?" Aakif memandang Tihani dengan tidak percaya. Nampaknya ada 'tiga orang gila' yang datang ke pantai pada waktu-waktu sebegini. Dia, Zufar dan wanita yang dia tak tahu nama ini.

Tihani diam tidak menjawab tapi matanya hanya memandang Zufar dari tadi. Aakif yang menyedari perlakuan Tihani, terus memberikan hoodie miliknya kepada Zufar. Risau jika wanita di hadapan mereka ini mengenali Zufar walaupun perkara itu amat mustahil untuk terjadi.

Zufar terus memakai hoodie Aakif kemudian ditarik sikit hoodie itu menutupi mukanya. Tidak selesa dia apabila dipandang sebegitu oleh Tihani.

"Aakif, jom balik." Zufar mengajak sambil dia melangkah pergi. Aakif terpinga-pinga. Biar betul Zufar ini.

"Tuan Zufar, takkan nak tinggal je perempuan ni? Macam mana kalau ada orang jahat nak culik dia ke, ragut dia ke atau lebih teruk lagi kena rogol?" soal Aakif dengan nada risau. Tihani pula hanya memandang gelagat Zufar dan Aakif dari tadi.

'Jadi, nama dia Zufar?' Tihani berbicara di dalam hatinya. Sebenarnya tadi dia ingin mencari rantai miliknya yang mungkin terjatuh di atas tanah. Tengah dia cari, tiba-tiba dia ternampak seorang lelaki sedang menangis. Lama juga dia memerhati lelaki itu dan perasaan tenang lahir di dalam hatinya tatkala melihat wajah lelaki itu. Sebab itulah dia duduk di sebelah Zufar. Rasa ingin tahu tentang keadaan Zufar yang menyebabkan dia memanggil lelaki itu.

Zufar menghentikan langkahnya kemudian wajah Tihani dipandang. Tak lama, hanya 3 saat dia pandang wajah polos itu. Keluhan dilepaskan.

"Kau tanya dia, siapa yang kita boleh hubungi untuk hantar dia pulang." arah Zufar. Aakif mengangguk faham kemudian dia mendekati Tihani.

"Cik, maaf saya bertanya. Nama cik siapa ye?" soal Aakif dengan sopan. Tihani memandang Aakif kemudian dia memandang pula Zufar yang sedang memerhatinya dari jauh.

Pre-order Novel The Hunter (C) Where stories live. Discover now