TH- BAB 3

28.4K 2.3K 122
                                    

ZUFAR memandang dashboard kereta. Jam menunjukkan 6:00 a.m. pagi. Waktu subuh sudah masuk.

"Aakif, kejap lagi kau belok masuk simpang kat depan itu. Ada masjid kat depan itu."

"Baik tuan." Jawab Aakif. Sebaik sahaja sampai di simpang yang dimaksudkan oleh Zufar, Aakif terus membelok kereta masuk. Tidak lama kemudian, terpampang cantik sebuah masjid. Selesai meletakkan kereta di tempat yang disediakan, Zufar dan Aakif berjalan masuk ke dalam masjid. Zufar sempat mengambil kopiah putih di dalam peti dashboard. Kelihatan beberapa orang masih berada di dalam masjid.

Selesai mengambil wuduk, Zufar mengangkat takbir kemudian diikuti Aakif. Walau setinggi mana pun kedudukan kita di mata manusia, tapi di sisi Allah SWT kita hanya hamba yang tak lepas daripada melakukan dosa. Tundukklah kepada Allah dengan setunduk- tunduknya. Dengan penuh penyesalan dosa yang telah kita lakukan. Sesungguhnya Allah Tuhan yang Maha Pengampun dan Maha Mengasihani hamba-Nya.

FLORA mengeluh perlahan. Jarinya sudah mula memicit dahi. Pening! Pening dengan kerenah Cik Muda Tihani ni! Dia dah kematian ayat nak pujuk Tihani.

"Cik muda, betul ke tak nak balik rumah ni?" soal Flora dalam keadaan sebak. Sungguh, dia memang nak menangis dah ni. Tak boleh dia bayang muka bengis manusia dalam rumah agam itu. Cukuplah dia kena marah pada pukul 4 pagi tadi.

'Ibu pun satu, tak perlulah bising satu rumah yang cik muda hilang. Boleh je bagitahu aku melalui telefon. Tak adalah aku kena marah dengan Dato Firdaus dan Datin Qaleda!' Bebel Flora di dalam hatinya. Tapi dia kenal sangat dengan perangai kalut ibunya itu. Takkan dia nak marah ibu sendiri? Berdosa jika seorang anak yang naikkan suara terhadap ibu dan ayahnya.

Tihani berasa serba salah. Dia tahu, semua orang akan sengsara disebabkan perlakuannya. Tapi sungguh, nak buat apa lagi dia balik ke rumah itu? Siapa dia di mata semua orang? Hanya seorang manusia yang tak patut ada dalam dunia ini!

"Saya tak nak balik. Bagitahu je diorang semua yang insan bernama Tihani Arissa dah hilang." Tegas Tihani.

"Cik muda, semua orang sayangkan cik muda. Pulanglah ya?" Pujuk Flora sekali lagi. Dua orang bodyguard tadi sudah angkat bendera putih. Mereka sudah lama duduk bersila di atas tembok itu. Siapa je tak kenal dengan cik muda degil ini!

"Kalau semua orang sayang saya, kenapa saya dilayan seperti sampah dalam rumah itu? Saya dah buat segalanya yang saya mampu sampai saya dah jadi macam robot. Tapi disebabkan satu kesalahan yang saya buat, semua orang benci saya! Walaupun mereka memang tak sayangkan saya tapi di mana nilai kemanusiaan dalam diri mereka semua?" soal Tihani dengan sayu. Air mata yang kering tadi, sudah mula membasahi wajahnya.

Flora terdiam. Wajah pilu Tihani dengan perasaan sedih. Sungguh, kalau dia di tempat Tihani memang dah lama dia masuk Hospital Bahagia! Dia membesar dengan Tihani, jadi dia tahu segala kesengsaraan yang dilalui oleh cik mudanya ini. Memang perit! Tapi dia tahu Tihani seorang yang sabar. Kalau orang lain, dah lama tengking dan memberontak tapi Tihani tidak. Malah dia mengikut segala arahan dengan patuh. Memang Tihani seorang anak yang baik.

"Allah takkan membebani hamba-Nya dengan sesuatu ujian yang kita takkan mampu hadapi. You are a strong woman. Mengadulah kepada yang Maha Esa. Sungguh, Allah mendengar segala rintihan hamba-Nya." Flora memeluk erat badan Tihani.

Ya, Allah ada bersama aku. Jangan bersedih wahai diri. Tihani tersenyum tawar. Tak patut dia bersedih sampai macam ini. Dia kena kuat! Kelemahan orang perempuan ialah mereka terlalu mengikut emosi sampai perlakuan mereka, memakan diri sendiri.

"Nak tahu tak?" Flora tersenyum penuh makna. Lega hatinya melihat wajah tenang Tihani. Tahulah dia yang Tihani sudah mampu bertenang.

"What is it, Flora?"

Pre-order Novel The Hunter (C) Where stories live. Discover now