♚ - one

784 81 42
                                    

Thantophobia : New Version

I can't say,
But i love everything about you.

Dia melemparkan pandangan ke luar jendela. Melihat suasana langit malam yang sentiasa ditemani bulan dan bintang. Birai katil menjadi santapan duduknya. Berfikir tentang dirinya yang sudah bergelar milik orang.

"Aisya..." Tatkala namanya dipanggil, bibir mengukir senyuman paling manis. Gaun pengantin masih lagi tersarung elok di badan.

Aisya bangun dan berpaling menghadap si empunya suara yang memanggil. Wajah berdua ini kelihatan penatnya namun masing-masing cantik dan tampan. Tidak pernah ada istilah tidak elok bagi mereka.

"Y-ya Tae?" Sedikit gagap Aisya menjawab sahutan suaminya. Mata redup membalas pandangan Taehyung. Segala perhiasan raja sehari mereka masih setia melekat di badan.

Majlis baru sahaja selesai. Taehyung membawa Aisya pulang ke rumah mereka. Kerana majlis berlangsung di dewan, jadi tidak perlu menunggu lama.

Aisya terlebih dahulu masuk ke bilik diikuti si suami. Perlahan-lahan Taehyung membuka langkah mendekati Aisya. Secubit senyuman dikoyak buat seorang perempuan yang kini bergelar isteri.

"Pergi mandi dulu. Kita solat isyak sama-sama." Taehyung berkata seraya tangannya mencapai tangan Aisya. Buat pertama kali dia menyentuh gadis sebaya dengannya.

Aisya mengangguk perlahan. Tangan masih dalam genggaman Taehyung. Mata Aisya jatuh kepada genggaman itu membuatkan Taehyung segera melepaskan.

"I'll wait outside." Taehyung mengenyitkan mata sebelum mengundur diri untuk keluar. Hilang sahaja kelibat Taehyung, Aisya terduduk laju. Tangan yang dipegang Taehyung tadi, dia tekap di dada.

"Ya Allah, begini kah rasanya jika dapat memiliki seorang yang aku cintai. Sangat indah. Terima kasih.." monolognya sendiri.

Nafas ditarik dalam sebelum dia meleraikan segala perhiasan dari atas kepala hingga hujung kaki. Gaun putih dibuka perlahan-lahan. Bukan hak miliknya, sudah pasti perlu berhati-hati.

Tuala di atas yang tersedia bersama pajamas satin dia ambil. Melilit badan yang terdedah. Tidak lupa juga untuk bawa masuk sekali baju pajamas itu. Terus dia meloloskan diri ke dalam bilik air.

Setelah hampir 30 minit dia berada dalam bilik air, dia keluar dengan baju kotor. Kepala ditutup dengan tuala. Entah kenapa dia masih lagi berapa kekok. Walaupun rumah ini adalah rumahnya dan Taehyung.

Keluar sahaja, Taehyung sudah menghias retina mata. Taehyung hanya memakai sweatpants dan baju Tee putih. Dia sedang menyusun perhiasan yang mereka sewa dari butik. Tiba-tiba terasa getaran hebat di dada Aisya. Berdiri kaku tanpa berganjak seinci pun.

"Sayang, kenapa berdiri lagi ? Sini.." entah bila masa Taehyung melihat Aisya berdiri di situ.

Aisya dengan sengihan kecil berjalan menghampiri Taehyung. Baju kotor dimasukkan ke dalam bakul. Tuala yang masih terletak elok di kepala, dipegang. Berfikir mahu buka atau tidak.

"Here's your telekung. Dah, jom solat." Telekung putih bersih bercorak bunga kecil dihulurkan kepada Aisya. Dengan sopan Aisya menyambut huluran tersebut.

Mata tertumpu pada bentangan dua sejadah di atas karpet gebu. Atas katil pula tersedia elok kain pelikat dan juga songkok. Jelas itu milik Taehyung.

"There's bilik solat downstair. Tapi kita solat sini je lah, okey ?" Taehyung menyoal ketika perasan mata Aisya yang memerhati.

𝐓𝐡𝐚𝐧𝐭𝐨𝐩𝐡𝐨𝐛𝐢𝐚 : 𝐒𝐰𝐞𝐞𝐭 𝐍𝐢𝐠𝐡𝐭 Where stories live. Discover now