16

1K 39 0
                                    

Jimmy menuangkan air teh panas berperisa lemon untuk dihidangkan kepada Amir. Amir pula hanya memeluk anak patung beruangnya itu tanpa berkata apa. Sweater berwarna kuning cerahnya pun masih dipakai kerana masih rasa kesejukkan kerana sekarang musim hujan.

Mata Jimmy tidak sudah memandang anak patung beruang yang berada ditangan Amir itu. Dia masih ingat, anak patung itu dia yang hadiahkan kepada Amir suatu masa dahulu. Tidak sangka sampai sekarang Amir masih simpan.

"Amir, dari tadi tak lepas pegang anak patung tu kan? Suka sangat ke?" Tanya Jimmy perlahan sambil mengulurkan secawan teh kepada Amir.

Amir tersenyum bila ditanyakan soalan itu oleh Jimmy. Anak patung beruang itu ditenung lama olehnya.

"Amir.. Amir langsung tak ingat pasal anak patung beruang ni tapi.. Amir rasa macam anak patung beruang ni ada sesuatu kenangan manis bagi Amir. Macam ada kenangan yang tersimpan tapi Amir tak dapat ingat tentang apa." Amir tersenyum. Pelukkannya lebih erat sambil mendodoikan anak patung beruang itu.

"Hmm~ Hmm~ Hmm~"

-

Tiba-tiba Jimmy terimbas kembali kenangan suatu ketika dahulu. Kini, semuanya bermain di mata kembali.

"Awak pejamkan mata!" Kata Jimmy sambil memberhentikan keretanya di suatu kawasan. Jam tepat sembilan malam. Suasana sunyi hanya ada mereka berdua sahaja ketika malam itu.

"Eh, kenapa pulak awak? Kenapa awak suruh saya pejamkan mata eh? Nak buat apa ni?" Tanya Amir sambil mengerutkan dahinya.

"Alah pejam jelah." Kata Jimmy sambil mendecitkan mulutnya.

"Tak nak." Kata Amir sambil menggelengkan kepalanya. Air mineral diteguknya laju. 

"Pejamlah kejap. kejap je please." Rayu Jimmy dengan nada mengada.

Amir mendecitkan mulutnya sambil memusingkan bebola matanya.

"Haish, alah dia ni. Suka mengada kan sekarang? Okaylah saya pejamkan mata saya. Awak pun tahukan saya tak suka buat benda-benda macam ni." Amir pun memejamkan matanya dengan sedikit senyuman walaupun mulutnya tidak henti bercakap laju.

Jimmy mengambil sesuatu dari tempat duduk belakang. Kotak berwarna merah yang besar dan di ikat dengan tali berwarna putih. Mukanya sudah gembira, tidak sabar menunggu Amir untuk membuka kotak itu.

"Okay sekarang awak buka mata." Arah Jimmy dengan suara yang paling romantis sekali.

Perlahan-lahan Amir membuka mata. Jantungnya terasa berdebar.

Pup...

Satu ciuman singgah di pipi Amir. Serta-merta pipi Amir berona merah menahan rasa malu. Terbeliak matanya diperlakukan seperti itu walaupun perkara itu selalu dilakukan oleh mereka berdua di dalam kereta.

"Saya sayang awak Amir." Ucap Jimmy dengan suara macho. Jimmy menunjukkan kotak yang dipegangnya itu kepada Amir.

Terselit sedikit senyuman di wajah walaupun hatinya tertanya-tanya apa isi kotak berwarna merah itu. Wajah Jimmy dipandangnya sekilas.

"What is this?" Tanya Amir dengan nada yang agak teruja.

"Open it." Balas Jimmy ringkas sambil tersenyum.

"Okay." Amir pun mengambil kotak itu. Perlahan-lahan dia membukanya.

"What the.." Amir terkedu.

Jimmy tersenyum melihat reaksi wajah Amir yang mulut separuh terlopong itu.

"Ini kan.." Amir seperti hilang kata-kata.

"Ini anak patung yang awak tengok kat kedai tadi tu. Macam mana suka tak?" Tanya Jimmy sambil membelai pipi Amir dengan manja. 

HANYA RINDU |BL| (COMPLETED)Where stories live. Discover now