Lesung Pipit

22 0 0
                                    

"You hide but only appear when you smile

Where did you come from?

Don't lie, I know you're an angel

What are you?"

(BTS – Dimple)

Loceng sekolah berbunyi menandakan waktu rehat sudah tamat. Kelihatan para pelajar berlari dari kantin serta padang menuju ke kelas mereka semula. Ada juga tergesa-gesa keluar daripada tandas, tak sempat nak zip seluar pun ada. Tak apa lah sekolah semua lelaki nak risau apa, takda perempuan nak tengok pun. Seorang demi seorang murid masuk ke dalam kelas dan menunggu guru untuk subjek yang seterusnya. Sekolah lelaki tu tak pernah tak riuh, tak kira ada cikgu atau tidak. Sampaikan suara riuh rendah mereka dapat didengari dari luar sekolah, orang yang lalu lalang pun boleh dengar, ingat ada gaduh ke apa. Yang paling best, bila ada budak perempuan dari sekolah sukan lalu kat sekolah mereka maka keluarlah bunyi 'tikus-tikus gatal' dari tingkap kelas. Bukan tikus je, segala macam bunyi pun ada lah buaya, anjing, ayam... ha sebut lah semua. Babi pun ada hahaha.

Dalam keriuhan tersebut, satu sosok tubuh badan tinggi lampai sedang menuju ke kelas 3 Berlian. Setiap kali dia lalu di hadapan kelas-kelas, semua pelajar bertegur sapa dengannya.

"Assalamualaikum cikgu! Makan dah ke?".

"Walaikumusalam, sudah Abu!". Balasnya dari luar kelas.

"Cikgu malam ni pubg on tak?",tanya pelajar dari kelas lain pula.

"On jangan tak on!".Balasnya lagi dengan mesra.

Dia meneruskan langkahnya menuju ke kelas paling hujung di sekolah itu. Sebaik sahaja dia masuk ke dalam kelas, alarm phonenya berbunyi dengan volume yang paling kuat. Serta-merta kelaas yang riuh tadi terus menjadi senyap. "Kalau saya tak buat macam ni, sampai habis kelas pun saya tak boleh nak mengajar". Dia meletakkan beg serta bukunya di atas meja. "Ha duduk lah semua. Duk tercegat macam beruk ni kenapa?", sambungnya dan sempat lagi dia berseloroh walaupun dalam nada yang serius. Pelajar-pelajar kelas itu cepat-cepat mengambil tempat duduk mereka semula.

Cikgu tadi mengambil sebatang kapur dan menulis sesuatu di papan hitam. 'LESUNG PIPIT'. Di sebelahnya dia melukis wajah manusia dengan lesung pipit.

"Okay siapa kat sini ada lesung pipit? Angkat tangan saya nak tengok",tanyanya. Ada beberapa pelajar yang mengangkat tangan tetapi tidak ramai, dalam sepuluh orang daripada 30 pelajar kelas itu. "Tak ramai eh tapi tak apa. Hari ni kita nak belajar pasal lesung pipit saja. The art of dimples",ujarnya. Para pelajarnya membuat muka bingung.

"Cikgu Faizal, bukan sepatutnya kita belajar sains ke sekarang? Bukannya pendidikan seni kan?", tanya salah seorang daripada pelajarnya.

"Kita tengah belajar sains lah sekarang ni. Kamu tahu tak yang lesung pipit ni sebenarnya satu kecacatan semula jadi yang indah?". Ada beberapa pelajar yang melepaskan ketawa besar apabila mendengar kata-kata cikgu mereka. Mereka mengusik rakan-rakan mereka yang mempunyai lesung pipit.

"Eeii cacat rupanya kau ni haha",usik Rafi kepada kembarnya Wafi yang mempunyai sepasang lesung pipit yang agak dalam di kedua-dua belah pipinya. "Walaubagaimanapun, ia bukanlah cacat yang berpenyakit, malah lesung pipit ni merupakan cacat semula jadi yang cantik dan indah" sambung Faizal lagi.

"Ha dengar tu, cantik dan indah!",Wafi membalas usikkan Rafi. Perkataan cantik dan indah sengaja dikuatkan.

"Jadi cikgu, lesung pipit ni berkaitan dengan sains? Ada kena mengena dengan genetik ke?",soal Mail pula.

"Ya betul tu memang ada kaitan dengan genetik. Lesung pipit ni terjadi akibat dari variasi otot muka yang dipanggil Zygomaticus Major. Sepatutnya otot ini hanya mempunyai struktur tunggal dari tulang zygomatic. Namun, apabila otot wajah ini terbelah dua, ia akan menyebabkan lesung pipit terbentuk. Kalau zygomaticus lebih pendek dari normal juga, ia akan menyebabkan kulit tertarik dan terbentuklah lekuk pada pipi. Kalau nak tau apa benda zygomatic ni, naik form 4 nanti masa ambil biologi, awak akan belajar". Faizal mengeluarkan sekeping gambar anatomy wajah manusia dan menunjukkan otot yang dipanggil Zygomaticus Major kepada pelajar-pelajarnya.

Yayımlanan bölümlerin sonuna geldiniz.

⏰ Son güncelleme: Apr 07, 2020 ⏰

Yeni bölümlerden haberdar olmak için bu hikayeyi Kütüphanenize ekleyin!

Lesung Pipit - CerpenHikayelerin yaşadığı yer. Şimdi keşfedin