🍂Chapter three🍂

397 22 3
                                    

'Tak mungkin! Tak mungkin!'

Gadis berteras Neuro itu berlari . Matanya masih basah mengenangkan kekasihnya yang telah tiada..

Huh! Huh! Huh!

Selepas lebih kurang 3 minit berlari, Alicia berhenti di tempat yang hendak ditujunya. Bilik kawalan CCTV.

'Aku harap tekaan aku salah..'

Monolog hati alicia. Mukanya kesat dengan air mata kering.. kemudian dia menggerak masuk kedalam bilik itu..

'Ejen Geetha!'

Alicia menyorok disebalik celah celah mula mengeluarkan telefonnya cuba untuk menggodam telefon Ejen Geetha..

Ting!

Telefon Ejen Geetha berbunyi menunjukkan satu notifikasi masuk.. Ejen Geetha yang tadi sedang melakukan tugasnya terus menyemak telefonnya..

Mukanya berkerut sedikit.. Selepas itu dia terus bergerak keluar.

Selepas memerhatikan keadaan yang sudah selamat, Alicia melajukan langkahnya ke komputer yang merakam setiap penjuru akademi itu.

Dia cuba untuk membuka rakaman CCTV yang lama tetapi..

'Ish! Ada kata laluan!'

Alicia mengeluarkan telefonnya kembali dan dia mengodam sistem komputer itu.. selepas beberapa minit, Alicia akhirnya berjaya.

Laju jarinya menekan di papan kekunci itu untuk mencari data yang diingininya..

'April, 23, 2022.. jam 2034'

Jari Alicia lantas menekan butang main ke rakaman itu..

Rakaman menunjukkan pagar akademi yang sunyi dimalam hari. Tiada apa yang berlaku. Sangat mencurigakan..

Secara tiba tiba rakaman itu mengalami sedikit gangguan dan kembali seperti biasa..

Alicia mula rasa curiga.. matanya tertumpu pada masa yang tertunjuk di rakaman itu.. kemudian dahinya dikerutkan.. lantas jarinya bergerak menekan papan kekunci..

'Ah! Ia telah di-skip ke 15 minit kehadapan.. Seperti yang dijangka! Rakaman ini telah diusik!'

Monolog hati Alicia.. kemudian tangannya mula menekan semula papan kekunci itu untuk melihat rakaman CCTV di perspektif lain akademi.. Tepat tekaannya.. Rakaman CCTV yang lain juga telah digodam..

'This can't be true.. no..'

Mata Alicia melilau keseluruh bilik cuba untuk mencari satu bukti yang boleh digunanya.. kemudian matanya tertumpu pada satu kamera litar yang berada didalam bilik itu.

'Bingo!'

Tangan Alicia mengambil kerusi berdekatan dan meletakkannya bibawah kamera litar itu.. kemudian dia memanjat kerusi itu..

Alicia mengambil telefonnya dan menggodam kamera itu untuk di-link kan ketelefonnya..

'T-tak.. mungkin..'

Matanya terbuntang luas.. terus dia turun dari kerusi itu dan menempatkannya ditempat asalnya..

Setelah menghapuskan bukti bahawa dia telah menceroboh masuk kedalam bilik kawalan CCTV itu, dia terus berlari keluar menuju ke bilik pelajar pelajar akademi..

Sampai dia disatu bilik.. Alicia menghentikan langkahnya.. dari dalam bilik itu boleh dengar bunyi esakan seseorang..

'Tak, tak.. TAK!'

Alicia terus membuka pintu bilik itu.

'Ah, KUNCI!'

Alicia mengambil klip rambutnya dan cuba untuk buka pintu itu..

'Cepatla.. cepatlah!'

Klak!

Dia berjaya.. terus dia menerjah masuk kedalam bilik itu..

"RUDY! BERHENTI!"

To be continue..

Woops.. doesnt make sense there i see.. ah biar jelah 😂.. btw.. apa korang ni Ramadan Ramadan ni baca buku macam ni.. tak elok bunuh bunuh ni.. 💆🏻‍♀️😂..

Anger.Onde histórias criam vida. Descubra agora