Bab 1

64 3 0
                                    

Aku suka menulis,
Bagi aku menulis itu satu cara,
Cara aku luah apa aku fikir,
Apa aku rasa dan tak boleh kata,
Menulis untuk diri sendiri,
Tak akan ada yang terluka,
Sebab aku tulis,
Hanya untuk diri sendiri.

(Hannah Kaleela, 2017)

"EL! Ela Ela Ela ! weh weh weh ! ". Seraya tangannya menepuk bahu EL. Kuat.

"Ha?! Ye ye, kot ye pun bahu aku ni nak pakai lagi. Sakit la!". Kata EL pada kawannya, Lia. Kot ye pun excited, bahu dia pula jadi mangsa.

Muka Lia ditilik, dah senyum semacam je. Ni tak lain tak bukan ..

"Zaif bagi aku cincin! ". Dah agak.

"Cincin? buat apa?". Balas EL nak tak nak. Bukan dia tak kenal Lia ni, kalau mula cakap pasal boyfriend dia tu. Sampai esok pun tak habis.

Lia menghulurkan tangannya. "Tengok cantik kan? Aku tak tahu kenapa tapi tiba-tiba dia bagi aku cincin ni. Makin sayang aku hehe". Lia tersengih.

"Oh cantik". Tak disangkal, cincin Lia memang cantik. "Nampak manis kat tangan kau". kata EL sambil membelek tangan Lia.

"Kan! pandai dia pilih". Mata Lia tak lekang dari cincin. Macam nak makan je cincin tu.

"Okay, kau makan la cincin tu. Aku lapar nak pergi kantin". EL angkat kaki.
"Eh! tunggu! Aku nak ikut!".

_

Bangun duduk, bangun duduk.
Mata EL perhati gelagat si Lia.
Tanya nak makan, tak mahu.
Minum pun tak nak.
Nak kata broken tadi punya excited dapat cincin bagai. Rumit-rumit.

"Kau dah kenapa? tadi nak ikut sangat tapi makannya tak nak".
Lia duduk. Wajah berubah suram.

"Aku kan kan.. Aku kan..".
"Kau Apa?". Banyak pula pusing dia ni.

"Ye la, aku sorang. Tak ada orang teman. Mama outstation". Lia dah mula karang ayat-ayat sedih dia.

"Cakap je la nak apa". EL bukan tak tahu, kalau tunggu boleh habis satu perenggan alasan si Lia ni.

"Kau teman aku pergi mall boleh?". Itu point dia.

"Mall? Kau nak buat apa? Lagipun aku banyak kerja ni". Semua kerja makin banyak sejak nak dekat final exam ni. Tambahan pula, latihan pun makin banyak.

"Okay. Tapi kejap je tau". Jawab EL bersetuju dengan pelawaan si Lia.
"Alright boss! aku janji kejap je". Balas Lia sambil tersengih. Berhasil drama air mata dia.

_

Hujung minggu, EL biasa habiskan masa di rumah. Dia lebih suka duduk dalam bilik. Lebih privacy dan tenang katanya. EL mencapai buku nota dan mula menulis.

RINGG! RINGG!

Tiba-tiba telefon dia berbunyi. Terpampang nama Lia. Oh Lia. Detik EL di dalam hati. Dia mengangkat.

"Weh EL! Kau kat mana? Dah sejam aku tunggu ni! Lambat lagi ke?".
Keluh Lia, kalut benar bunyinya tu.

"Hah? Aku kat ruma........" . EL terdiam. Dia baru teringat. MALL! .

"Ruma? Rumah!? Kau tak keluar lagi ke? Aku tunggu kau lama tau!". Marah si Lia, mana tak marahnya dah sejam dia tunggu. Berkotak air juga dia habiskan.

"Sorry! sorry! Aku lupa kita janji nak keluar hari ni. Aduh kejap". Dia betul-betul lupa tentang janji tu. Maklumlah kelmarin pula dah seharian buat revision sampai tak ingat dunia.

Perempuan Hati BatuWhere stories live. Discover now